Followers

Friday, September 27, 2013

kenali pasangan

salam :)

berapa ramai diantara kamu yang betul-betul kenal pasangan masing-masing?

tarikh lahir, baju masa 1st date, makanan kegemaran pasangan?? selalunya pasangan couple, diorang ni concern sikit bab-bab macamtu sebab kalau lupa, sure si makwe merajuk *not me* ye tak? haha..jangan kelentong..

tapi kalau pasangan suami isteri? ade tak yang tak tahu, tak ingat atau buat derk? memang cari nahas la tu..hee..

so, lets check it out!



saya mengaku memang pelupa bab-bab macamni..banyak lagi benda nak fikir..but my teddy always remember! tu la orang kata pasangan-sebagai-pelengkap..ada benda dia ingat, saya lupa, ada yang dia lupa, saya ingat..kan bagus..tak de la jammed kepala nak fikir semua benda *saja nak excuse* hehe


p/s: dont take it serious..tapi kadang-kadang bende kecik pun bole jadi masalah besar dalam rumahtangga kan?


Thursday, September 26, 2013

masalah bahasa



Salam :)

Harini amazingly tak mengantuk pulak lepas balik dari keje malam..biasanya kalo lepas shif malam, lepas mandi dan breakfast, sure pergi cari bantal dan katil empuk nak landing..kadang-kadang tak breakfast pun takpe, bantal didahulukan, katil diutamakan..hehe

Hmm..cerita pasal kerja, saya ni nurse kat Chinese private hospital..ala, yang dekat pudu tu..so of course mostly and majority pesakit disini ialah orang cina..kalau tak pun, mat saleh dan orang arab yang melancong kat KL..biasa sangat la received tourist yang holiday kat sini, suddently food poisoning la, high blood pressure la, tersepit escalator pun ade *sigh* memang jarang dapat pesakit melayu or India..once in a blue moon!


 Disebabkan da biasa sangat speaking English and a bit mandarin/ kantonis/ hokkien dengan pesakit, bahasa melayu saya automatik rojak dan teruk bila melangkah masuk wad..automatik! so kalaulah ada pesakit melayu yang masuk, saya seboleh-boleh mengelak untuk attend..bukan sombong, tapi saya maluuuuu! Haha..dah la bahasa teruk, kadang-kadang terpanggil pesakit dengan gelaran Mr/ miss/ madam/ uncle/ aunty..paling teruk terpanggil popo and apak! Hadoi..failed btol..tu baru nama panggilan, belum nak cakap pasal treatment lagi..zzz

Previously, tiga tahun menjadi student nurse di kelantan, saya dah biasa cakap loghat kelantan dengan pesakit melayu walaupun tak fluent..bila bercakap mulalah keluar deh, gapo dio, koho-koho etc..although  masa mula-mula jadi student saya selalu menangis dan having low self-esteem sebab tak faham loghat pesakit..takut sangat tak reti amik history pesakit untuk running assessment..sampai satu tahap saya guna bahasa isyarat je untuk berkomunikasi dengan pesakit..

lepas cope dengan cara orang pantai timur, tiba-tiba saya kena balik bekerja dengan hospital yang totally environment nya lain dari masa training..then again, language is my problem T_T terpaksa return and serve this hospital because they sponsored my study..TERPAKSA!

nak dijadikan cerita, malam tadi ada la seorang pesakit melayu admit..pakcik harun, 80 tahun..orang biasa-biasa yang boleh berbahasa melayu dengan cantik sekali, tapi beliau tidak membaca akhbar news straits times mahupun the sun *i guess*


kebetulan saya seorang je staf yang boleh cakap melayu dengan baik *kononnya* sebab staf lain yang bersama-sama on duty ialah Chinese..jadi terpaksalah dengan berat hati saya mengambil health history pakcik tersebut..dah la terpanggil uncle, pakcik tu pandang pelik..terkeluar pulak dialek kelantan saya! Omg! Pakcik buat muka blur dan tenung saya..hadoi..mujur ade relatives dia yang boleh speaking melayu rojak dengan saya*shame me*

inilah kelemahan bekerja di tempat yang takde multiraces..hancur lebur bahasaku..satu je yang best, staf melayu kurang, senang nak apply cuti raya..hehe..so lepas ni nak kena tanam hobi baca novel melayu semula kot..baru tak terkejut pesakit jumpa staff nurse macam saya :p

p/s: sori ye pakcik harun..saya tak sengaja..tak sabar nak jumpa pakcik malam nanti sebab saya dah berlatih nak borak ape dengan pakcik..haha..get well soon uncle! *opss*

Wednesday, September 25, 2013

bini mat yo mohon maaf

salam :)

bini mat yo mintak maaf?! itu harapan saya..harap-harap menjadi kenyataan..

sebagai orang yang tiada ditempat kejadian, berdasarkan video suara-wanita-maki-hamun-dan-mat-yo-berdiri-buat-muka-blur dan video temubual-pakcik-guard-yang-menyayat-hati, saya betul-betul kecewa dan sedih dengan apa yang berlaku..benda tak masuk akal, sendiri maki hamun, sendiri rakam video, sendiri sebar..motif? kalau gambar, bole la kata 'saya dianiaya, it was superimposed!!'..tapi video ni? *sori, saya buta IT* zzz..

just my two cent, tak kira siapa depan kita, apa pekerjaan dia, berapa umur dia, ape bangsa dia sekalipun, setiap manusia ada maruah dan perlu dilayan dengan baik..kalo die kurang ajar, tak perlu nak jadi 2x5 dengan dia..kalo kita da terbalas dengan jahat jugak sebab kesabaran da hilang, just give one-shot *erk haha* tak payah nak ulang-ulang banyak kali *sayatakbodoh sayatakbodoh sayatakbodoh* daripada tak bodoh, terus betul-betul jadi B*DOH..

sekarang satu malaysia dok maki hamun hang pulak, mana nak letak muka??

tengok muka pakcik ni, sedih tak tau nak habaq lagu mana..


harap-harap bini mat yo mintak maaf secara terbuka, salam dan cium tangan pakcik ni..rakam video gak, bia jadi viral macam dua video yang saya link kan atas ni..semoga jadi pengajaran, dan org lain pun bole stop maki hamun die..memang orang sombong kata 'tak hidup dek puji, tak mati dek keji'..tapi berkat ke hidup tu?? *think* pakcik ni pangkat bapak die kot..ape la...

p/s: biar miskin harta, jangan miskin budi bahasa..semoga jadi iktibar untuk diri sendiri..



Tuesday, September 24, 2013

berniaga biar ikhlas

salam :) :) :)

hai lama sangat rasanya tak menaip..i mean taip panjang-panjang la..kalau setakat taip status fb tu, selalu..hehe..puas sapu habuk kat sini, mujur takde allergic..haha

okey..today im soooo concern about para peniaga..ini bukan pasal 'peniaga-bazar-ramadhan' or 'peniaga-pasar-malam' yang mostly my teddy said 'macam nak meniaga satu hari jek, orang da rasa, esok da bole bungkus kedai' zzz..im sick of it!

ini hari nak cakap pasal peniaga online yang nampak sangat meniaga pasal nak untung, 'ikhlas' bubuh dalam plastik sayur ikat ketat..ahh..sedih sedihh..

kisah benar:

saya pernah beli baju online kat satu page di fb..wah wah, time kita suh PM, laju berdessup dia punya action..time tu, rasa okey lagi la..ye la, selalu dok beli-belah klik-klik ni tak pernah ade problem kan..so yang ni pun berpositive thinking la hope everything would be okey..haha..

so nak dijadikan cerita, lepas order, bagi saiz and color yang saya nak (untuk dua item), saya pun bank-in la amount duit tu..minah tu janji dalam seminggu, sure sampai depan pintu..tup-tup lepas seminggu, satu item je sampai..saya pun ape lagi, wassap la die bertali arus..die janji akan pos lagi satu item ASAP sebab yang lagi satu tu datang direct dari supplier *katanya*..time order takde lak bagitau..

then, da dekat sebulan, stilllllll barang tak sampai..bila diasak-asak, dia pun kata la, oh supplier kata mereka tak guna poslaju, tapi guna s*%#$@..okey fine, courier tu memang saya tau bermasalah..tunggu punya tunggu, sampai la barang tu lepas hampir 2 bulan..unfortunately, item tu bukan yang saya nak!! dah la color lain, saiz pulak bole lain?! what theeee!! saiz benda tu S-M-L-XL je kot..tu pun bole silap ape kes kan..


so saya wassap la lagi minah tu..and dia buat-buat terkejut plak *pui!* bole plak dia suruh saya pos balik benda tu pada dia dan dia akan pos semula item yang betul..*banyak cantik kau* saya pun decide la nak pi jumpa face-to-face minah tu or supplier yang tak tahu wujud ke tak tu kan..

pada hari yang ditetapkan, lagi lima minit nak tiba waktu yang dijanjikan untuk berjumpa, bole pulak supplier tu wassap bagitau dia akan lewat sebab anak dia jatuh dalam bilik air..ok fine, sebab bersangka baik, saya pun bagi excuse la..takkan bab anak jatuh nak buat main-main, ye tak? kang betul-betul jadi padan muka!

so after 1 hour, saya call dia..malas la nak wassap2..tak sabar dah nak tunggu dia reply..suddenly dia cakap, ha! saya kat danau ni..awak kat mana? OMGGGGGGGGGGG!! 3 kali saya confirm tempat sebelum datang, bole dia tetibe pegi tempat lain? *dia janji nak jumpa kat sungai buloh* ape lagi, memang hilang positive thinking la kan, habis-habisan saya tembak dia sampai dia kata, jap-jap lagi 10 min dia sampai..zzz

bila tiba masa, minah tu bole tak nak turun kereta and suruh husband dia yang hands-on barang pada saya..dia buat-buat tunduk tak nak pandang..saya terus sound 'teruk ke anak jatuh? saya nurse, meh saya tengokkan' terus muka dia macam tercekik butir durian! nak menipu pun agak-agak la kan..haih memang tak la nak beli online lagi lepas ni..sorry la for those yang memang ikhlas berniaga, pasal nila setitik, rosak susu sebelanga..............

ada lagi satu, trend orang jual sabun ketiak color hijau kat fb..memang meriah la iklannye..kalau sebut, mesti orang tau..saje la saya nak tegur, testimoni korang tu betul ke tidak, wallahualam la..maybe betul, sebab ade orang yang berjaya/berhasil ketiak jadi putih *wakakaka* tapi tak semua penjual yang mengiklankan produk tu, dia sendiri guna produk tu, kan?! so, kalo la nak menjual, kaji dulu ape benda yang korang taip dalam iklan tu..ada beberapa orang yang tulis sabun tu berkesan untuk enzema..its ECZEMA la weh! ada lagi sorang tulis ekzimah! da macam nama orang pulak! hahahahahahahahahahahahaha!!! guna google translate la kalo da tak reti sangat..nak kata typo, 3-4x jugak perasan iklan budak tu bertarikh lain-lain naik kat wall..kopipes tak menjadi ye? haha..

anyway, berniaga tak salah, malah digalakkan..tapi biar la ikhlas..duit kaut tapi service hampeh, macamana pulak kan? kalau yang dok kata barang hang warranty seumur hidup, jangan la customer da habis bayar, service korang pun kelaut..ye tak? for those yang berbisness, jaga kepercayaan orang pada anda, insyaAllah rezeki berkat, hidup pun selamat..adios!

p/s: pn moon jual durian crepe dan cik lyana owner panda cookies berniaga online okey je..service tip top..sedap dan sangat puas hati..can give a try, no regret!
Related Posts with Thumbnails