Followers

Tuesday, September 24, 2013

berniaga biar ikhlas

salam :) :) :)

hai lama sangat rasanya tak menaip..i mean taip panjang-panjang la..kalau setakat taip status fb tu, selalu..hehe..puas sapu habuk kat sini, mujur takde allergic..haha

okey..today im soooo concern about para peniaga..ini bukan pasal 'peniaga-bazar-ramadhan' or 'peniaga-pasar-malam' yang mostly my teddy said 'macam nak meniaga satu hari jek, orang da rasa, esok da bole bungkus kedai' zzz..im sick of it!

ini hari nak cakap pasal peniaga online yang nampak sangat meniaga pasal nak untung, 'ikhlas' bubuh dalam plastik sayur ikat ketat..ahh..sedih sedihh..

kisah benar:

saya pernah beli baju online kat satu page di fb..wah wah, time kita suh PM, laju berdessup dia punya action..time tu, rasa okey lagi la..ye la, selalu dok beli-belah klik-klik ni tak pernah ade problem kan..so yang ni pun berpositive thinking la hope everything would be okey..haha..

so nak dijadikan cerita, lepas order, bagi saiz and color yang saya nak (untuk dua item), saya pun bank-in la amount duit tu..minah tu janji dalam seminggu, sure sampai depan pintu..tup-tup lepas seminggu, satu item je sampai..saya pun ape lagi, wassap la die bertali arus..die janji akan pos lagi satu item ASAP sebab yang lagi satu tu datang direct dari supplier *katanya*..time order takde lak bagitau..

then, da dekat sebulan, stilllllll barang tak sampai..bila diasak-asak, dia pun kata la, oh supplier kata mereka tak guna poslaju, tapi guna s*%#$@..okey fine, courier tu memang saya tau bermasalah..tunggu punya tunggu, sampai la barang tu lepas hampir 2 bulan..unfortunately, item tu bukan yang saya nak!! dah la color lain, saiz pulak bole lain?! what theeee!! saiz benda tu S-M-L-XL je kot..tu pun bole silap ape kes kan..


so saya wassap la lagi minah tu..and dia buat-buat terkejut plak *pui!* bole plak dia suruh saya pos balik benda tu pada dia dan dia akan pos semula item yang betul..*banyak cantik kau* saya pun decide la nak pi jumpa face-to-face minah tu or supplier yang tak tahu wujud ke tak tu kan..

pada hari yang ditetapkan, lagi lima minit nak tiba waktu yang dijanjikan untuk berjumpa, bole pulak supplier tu wassap bagitau dia akan lewat sebab anak dia jatuh dalam bilik air..ok fine, sebab bersangka baik, saya pun bagi excuse la..takkan bab anak jatuh nak buat main-main, ye tak? kang betul-betul jadi padan muka!

so after 1 hour, saya call dia..malas la nak wassap2..tak sabar dah nak tunggu dia reply..suddenly dia cakap, ha! saya kat danau ni..awak kat mana? OMGGGGGGGGGGG!! 3 kali saya confirm tempat sebelum datang, bole dia tetibe pegi tempat lain? *dia janji nak jumpa kat sungai buloh* ape lagi, memang hilang positive thinking la kan, habis-habisan saya tembak dia sampai dia kata, jap-jap lagi 10 min dia sampai..zzz

bila tiba masa, minah tu bole tak nak turun kereta and suruh husband dia yang hands-on barang pada saya..dia buat-buat tunduk tak nak pandang..saya terus sound 'teruk ke anak jatuh? saya nurse, meh saya tengokkan' terus muka dia macam tercekik butir durian! nak menipu pun agak-agak la kan..haih memang tak la nak beli online lagi lepas ni..sorry la for those yang memang ikhlas berniaga, pasal nila setitik, rosak susu sebelanga..............

ada lagi satu, trend orang jual sabun ketiak color hijau kat fb..memang meriah la iklannye..kalau sebut, mesti orang tau..saje la saya nak tegur, testimoni korang tu betul ke tidak, wallahualam la..maybe betul, sebab ade orang yang berjaya/berhasil ketiak jadi putih *wakakaka* tapi tak semua penjual yang mengiklankan produk tu, dia sendiri guna produk tu, kan?! so, kalo la nak menjual, kaji dulu ape benda yang korang taip dalam iklan tu..ada beberapa orang yang tulis sabun tu berkesan untuk enzema..its ECZEMA la weh! ada lagi sorang tulis ekzimah! da macam nama orang pulak! hahahahahahahahahahahahaha!!! guna google translate la kalo da tak reti sangat..nak kata typo, 3-4x jugak perasan iklan budak tu bertarikh lain-lain naik kat wall..kopipes tak menjadi ye? haha..

anyway, berniaga tak salah, malah digalakkan..tapi biar la ikhlas..duit kaut tapi service hampeh, macamana pulak kan? kalau yang dok kata barang hang warranty seumur hidup, jangan la customer da habis bayar, service korang pun kelaut..ye tak? for those yang berbisness, jaga kepercayaan orang pada anda, insyaAllah rezeki berkat, hidup pun selamat..adios!

p/s: pn moon jual durian crepe dan cik lyana owner panda cookies berniaga online okey je..service tip top..sedap dan sangat puas hati..can give a try, no regret!

2 comments:

eqbalzack said...

Bila abg eq terbca entry ni kadang2 takut nak beli barang online. sebab kita tak kenal dengan siapa kita berurusan. kalau nilainya sikit xpe...kalau makan ratus2 ni rasa cuak siki..hehe

fyezrahman said...

eqbalzack: tu la abg eq..skg ni fikir better g kedai kalo nak beli barang..bole pilih elok2 and nmpk bnd tu depan mata..kecuali la kalo org yg bz sgt xde masa nak shopping or barang yg kite nak tu x available kat kedai..terpaksa la meng-online..tu pn kne kaji selidik kaw2..hihih

Related Posts with Thumbnails