Followers

Saturday, December 31, 2011

selamat tahun baru 2012

‎2011 akan tamat dalam beberapa jam lagi..terima kasih kepada Allah atas segala kesempatan, kenangan, pengajaran dan semua kisah suka duka yang telah dilalui..ape yang boleh diguna pakai, letak baik-baik ditepi supaya boleh diselak-selak semula sebagai panduan nanti..apa yang menyakitkan dan menyesakkan, bungkus baik-baik dan humban dalam tong sampah..jangan flush dlm toilet bowl, nanti tersumbat..haha..

semoga 2012 penuh dengan rezeki, dipermudahkan urusan, dipercepatkan ape yang sepatutnya, ditingkatkan kesihatan dan disulami dengan cerita gembira yang indah dan manis dari segenap sudut..insyaAllah..man jadda wa jadda, wa man zaroa' hasoda..saya percaya janji Allah itu benar :)


pesanan penaja: kepada manusia diluar sana, berubahlah di tahun baru ni..baik la kamu-kamu semua duduk rumah, tingkatkan ilmu, amal ibadah atau rapatkan hubungan dengan keluarga..jangan asyik dok pikir nak sambut new year kat mana..confirm banyak road block dan pencegah maksiat malam ni..jangan cari pasal..serius ni! :p

selamat menyambut tahun baru 2012 dan semoga ini adalah titik mula pecutan anda kearah yang lebih baik..take care!

p/s: semoga result LJM saya dan rakan-rakan kump 1/2009 adalah cemerlang dan terbaik..aminnn :)

Wednesday, December 14, 2011

selamat tinggal *tempat* ini

pagi tadi, dengan berakhirnya peperiksaan Lembaga Jururawat Malaysia, maka tamatlah status saya sebagai seorang pelajar di 'tempat' ini.. *berharap untuk menjadi pelajar lagi, satu hari nanti* tahniah kepada semua yang terlibat..semoga kita semua lulus 100% dan saya doakan anda diposting secepat mungkin..insyaAllah..

registered staff nurse :)

malam ini, bermula pula sesi kemas mengemas barang yang dah beranak pinak selama 3 tahun untuk di bawa pulang ke kampung halaman..masa mula-mula datang dulu 2 beg je..la ni tetibe penuh 1 avanza! ohh dahsyat..haha..

another 15 days to finish up 2011, schedule saya dah penuh..all is about family matter and holidays..wow tak sabar nak bersenang lenang sambil melakukan banyak perkara yang tertangguh..put aside all about human anatomy..nanti sebelum posting, kita jumpa lagi okeh! :p

p/s: wahai barang-barang, sila masuk ke dalam kotak dengan sendiri boleh? hehe

Friday, December 2, 2011

1 december..world AIDS day

*maaf kerana lewat publish* semalam ialah 1 december..semalam juga merupakan hari AIDS sedunia..ini bukan bermakna dunia menggalakkan lebih ramai masyarakat menghidap penyakit kronik ni..tapi lebih kepada mendidik masyarakat untuk mengenali apa itu AIDS, mengubah stigma, membuka minda, mengikis diskriminasi dan memupuk sikap positif untuk mengurangkan penularan penyakit ini..


tema DUNIA untuk tahun 2011 hinggalah 2015 ialah 'getting to zero'..iaitu 'zero HIV infection, zero discrimination, zero AIDS related death'..nak kena translate ke? google translate kan ade, sila manfaatkan ye..hehe..bagi MALAYSIA pula, temanya di tambah iaitu 'ke arah eliminasi transmisi vertikal' ataupun menghalang penularan dari ibu ke anak didalam kandungan..

demi untuk menjayakan misi kerajaan ini, hospital-hospital seluruh negara diseru untuk melakukan ujian saringan AIDS keatas ibu-ibu yang mengandung supaya penyakit ini dapat dikesan diperingkat awal, diberi rawatan dan mengurangkan risiko bagi bayi yang bakal lahir untuk menghidap penyakit ini..selain itu, inilah juga tujuan mewajibkan saringan HIV AIDS keatas pasangan yang ingin berkahwin - supaya dapat mengurangkan penghasilan bayi penghidap AIDS..nak info lanjut tentang ujian saringan ini, boleh rujuk post 'HIV Rapid Test' ni..


sekarang ni tengah hangat diperkatakan tentang terdapat virus HIV dalam minuman seperti coca cola, pepsi dan 7up..betul ke? saya pun terfikir-fikir,
  1. boleh ke virus tersebut hidup dalam medium berasid macam coke tu? pernah dengar cerita tak, kalau tuang coke atas kesan darah orang accident kat jalan raya, kesan tu boleh hilang? dulu kecoh cerita tu..ini menunjukkan coke boleh menghakis darah..by the way, untuk sesiapa yang belajar biology, korang tahu kan yang darah merupakan medium terbaik bagi pembiakan virus/ bakteria? so nampak tak kaitannya disini? kalau coke menghakis darah, darah dah takde, macam mana virus tu boleh hidup? kalau virus tu mati, boleh menjangkiti manusia ke? pelik!
  2. berpegangan tangan, bersalaman, berkongsi tandas, berkongsi alatan seperti pinggan, cawan, sudu serta makanan, berpelukan, bercium, duduk berhampiran dengan pesakit, mendapat jangkitan kutu atau gigitan nyamuk sama sekali TIDAK BOLEH MENYEBABKAN JANGKITAN! penyakit ini hanya boleh dijangkiti melalui darah, air mani serta air mazi..didalam susu ibu, air mata, air liur dan air kencing pesakit, virus hanya dikesan dalam kuantiti yang amat sedikit hingga tidak dapat menjadi punca untuk anda dijangkiti..jadi adakah coke boleh menyebarkan virus HIV? curious! 
  3. ape yang tersebar di FB adalah virus telah disebarkan didalam minuman oleh pekerja HIV di kilang yang berada di New Delhi..adakah air coke di malaysia disupply oleh negara India? tak tahu la pulak..

kesahihan gosip ini masih tidak diketahui statusnya..jadi sila jangan percaya membuta tuli..bertindaklah dengan menggunakan ilmu..jika sesiapa yang ada bukti kukuh, tolonglah beri respon di ruangan komen artikel ini okey! perkongsian anda sangatlah dialu-alukan..

update: terjumpa blog ini..Aku HIV Positif..baik untuk pembacaan dan berguna bagi mengikis diskriminasi yang ada dalam diri anda! selamat membaca :)

p/s: banyak penghidap AIDS yang tidak berdosa..bukan semua dari mereka mengamalkan seks rambang atau berkongsi jarum suntikan..mereka hanya tidak bernasib baik :(

    Related Posts with Thumbnails