Followers

Tuesday, November 29, 2011

dia buat airmata ku bergenang! finally~

Subhanallah, Alhamdulillah, Laillahailallah, Allahuakbar..

tu je yang berulang-ulang saya ucapkan ketika membaca blog entri dari blogger ini yang ditujukan khas untuk saya..

arra ahmad, my coursemate :)

saya insan yang tidak sempurna, jauh sekali untuk dikagumi..apa yang saya kongsi melalui cerita-cerita didalam blog ini hanyalah bertujuan memotivasi diri, inspire adik beradik, bakal anak cucu cicit serta perkongsian untuk membantu rakan-rakan yang inginkan semangat untuk meneruskan hidup..

Ben tu nama besar..saya? fuhhhh -_-'

hidup ini bukan mudah..lagi pula kita tak berpeluang untuk berhadapan dengan semua manusia secara realiti semasa hayat kita ini..jadi saya rasa sebarang entri yang saya hasilkan hanyalah bertujuan untuk perkongsian dari hati yang ikhlas, agar bila saya dah takde pun, ada manusia yang boleh dapat manfaat dari penulisan disini..

seriously, kadang-kadang terdapat juga entri yang penuh emosi, jika anda baca dan terasa pedas, itu memang tujuan saya..menegur untuk kebaikan..dah banyak sangat penegur budiman dalam dunia blogging ini, tapi anda macam tak faham-faham jugak kan? jadi saya buat yang hard core sikit supaya lepas baca, anda akan rasa mahu melempang diri sendiri..haha..erk, okey, ini entri serius!

okey kembali kepada topik utama..semasa penghasilan entri 'Final Year Student Dinner!' sebelum ini, saya hanya berniat untuk berkongsi aktiviti disekitar tapak kaki sahaja..sharing pictures around, laughing at candid and adore at friends purple outfit..thats all..saya rasa seronok mengedit gambar dengan watermark sendiri, share melalui entry dan post link di facebook..emosi saya ketika itu adalah gembira..again, GEMBIRA..

without knowing that somebody adore my blog too much, silently she create her own blog after read some of my 1st batch entry..thanks arra! tetiba rasa dihargai..huhu..and its seriously touch me when she created several entry and dedicated it for me..yang latest, iaitu 'A Nurse Want To Be A Teacher' memang sungguh-sungguh menukar emosi saya dari gembira kepada terharu dan sebak..

read more by click the link *above*

dear arra, kita tak pernah terlalu tua untuk mempunyai impian dan menggapainya..instead of luck, kita perlu percaya takdir dan berusaha serta akhirnya bertawakkal..yang bulat takkan datang bergolek dan yang pipih takkan datang melayang..sesungguhnya kita hanya mampu merancang, Allah jua yang menentukan segala-galanya..best of luck! saya doakan kamu berjaya mencapai cita-cita..insyaAllah!
 p/s: bermain dengan emosi boleh buat manusia cepat tua..okey lets smile and laugh again! hehe

Monday, November 28, 2011

final year student dinner!

semalam ketika skuad harimau muda berperang dengan Bahrain, pelatih tahun akhir Kolej Kejururawatan Kubang Kerian, telah menghadiri majlis makan malam bagi meraikan kecemerlangan kelulusan 100% di dalam peperiksaan akhir, Kementerian Kesihatan Malaysia..kerana kekurangan penonton, skuad malaysia telah kalah..

majlis yang bertemakan 'gorgeous in lavender' telah diadakan di dewan utama Universiti Sains Malaysia..nama pun lavender, jadi haruslah memakai outfit berwarna purple bagi memberi sokongan kepada penganjur yang telah berpenat lelah menguruskan majlis..terpaksa ye, TERPAKSA! haha..

sila layan beberapa keping gambar dibawah untuk merasai kemeriahan 'purple' kami semalam :)


panjang btol nama dinner nih!

kalendar 2012 buatan sendiri sebagai door gift..sweet! :) 


'geng' since semester 1

beberapa classmate

beberapa classmate bersama 'prince of da night'

beberapa classmate bersama 'prince of da night'

beberapa classmate

classmate lagi :)

bersama 'pelatih terbaik ko-kurikulum'

my clique :)

Pn Teo - the best nursing lecturer i ever had!

posing jap..haha
Alhamdulillah..finally its mine! :D
syukur alhamdulillah..akhirnya kejayaan digenggaman..for those yang tahu tentang cerita suka duka, liku - liku serta onak ranjau yang saya terpaksa tempuh sebelum saya sampai ke tahap ini, they will know, bukan senang nak berjaya..

mesti ada yang pelik, yes i'm a degree holder..saya merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Biologi dengan kepujian..saya mengikuti program matrikulasi satu tahun sebelum melanjutkan ijazah..saya telah menjadi seorang guru selepas saya bergraduasi..tapi takdir Allah tu maha besar..Dia menghalakan saya kearah minat saya semula..walau sejauh mana saya lari, saya tetap menyimpan cita-cita untuk menjadi jururawat..jangan tanya kenapa tidak bermula sejak selepas SPM..yang boleh saya katakan hanyalah, jauh perjalanan, luas permandangan, banyak pengalaman..jadi tak salahkan saya mengambil diploma selepas menggenggam degree? its crazy, but its lovely..lets ur passion be ur profession! :)

update: layan juga pic dinner dan muka innocent saya di blog ARRA AHMAD (^^)V


p/s: semoga maal hijrah membawa saya kearah kegemilangan dan kemurahan rezeki..aminnn..

Saturday, November 26, 2011

salam maal hijrah

selamat menyambut awal muharam..hari ni 30 zulhijjah dan esok 1 muharam..bermakna petang ini kita disunatkan membaca doa akhir tahun dan selepas maghrib pula disunatkan membaca doa awal tahun..for sure ramai blogger akan tepek doa-doa tersebut di blog masing-masing..jadi anda boleh la google..kalo rajin bukak Fb pun, ramai yang post link pasal doa tu..jika berkesempatan, jangan lupa baca okey..

alhamdulillah kerana tahun ini diberi kesempatan untuk membacanya (insyaAllah jika panjang umur hingga waktu maghrib sebentar lagi) kerana bekerja pagi *nurse kerja shift okey* dan tidak mempunyai masalah wanita *hehe*..

disebabkan perubahan cuaca yang mendadak, hujan-panas-hujan, dan memandangkan sekarang adalah musim pasukan Harimau Muda Malaya sedang hebat beraksi di padang, jadi saya mengalami beberapa masalah..bermula dengan sakit tekak akibat bersorak, kemudian menjadi batuk dan selsema, sehingga hari ini, telah 3 hari saya mengalami demam panas (ada termometer sendiri, jadi boleh cheak suhu badan setiap 1 jam! haha) serta bersin non-stop..memang dugaan yang sangat berat kerana tidak boleh mc..macam tak best la pulak kan terpaksa menunjukkan muka sakit dihadapan orang sakit kat wad tu..haih, sabar je la..


sakit adalah kafarah dosa..semoga sakit ini akan membawa saya memasuki tahun baru islam esok dengan keadaan yang bersih dan terhapus segala dosa..insyaAllah :)
selamat menyambut tahun baru islam!

p/s: malam esok ada dinner la pulak..nak pakai baju ape ni..grrr!

Sunday, November 20, 2011

air kelantan terkotor?

tak tahu nak cakap ape..E.coli, logam berat  seperti arsenik dan besi? keracunan la macam ni..air water-cooler yang ditapis pun masih kuning berkarat dan berbau..macamana la manusia kat sini boleh hidup? patutla wujud macam-macam penyakit..oh tidakkkk!

update:
Kota Bharu, Machang, Pasir Mas, Pasir Puteh, Tanah Merah, Gua Musang, Kuala Krai dan Jeli dikesan mempunyai kandungan mangan melebihi piawaian dengan Kuala Krai mencatat pencemaran tertinggi sejak 2009.

Pencemaran mangan dalam air terawat yang dibekalkan AKSB juga tidak banyak bezanya apabila hanya empat daripada 10 daerah yang bebas pencemaran iaitu Machang, Bachok, Pasir Mas serta Pasir Puteh dan kawasan paling teruk tercemar adalah Kota Bharu.

Mangan boleh menyebabkan gangguan saraf dikenali ‘manganism’ (menggeletar seperti pesakit parkinson) selain gejala psikiatri seumpama halusinasi.

rujukan: 
UTUSAN, 20nov2011 
- air disahkan tercemar bakteria E.coli
- kesihatan rakyat kelantan terancam

p/s: patut banyak orang kurang siuman berkeliaran kat sini -_-'

Saturday, November 19, 2011

11 petanda dia gay

hi kawan-kawan..lately saya rasa macam banyak sangat dengar cerita pasal gay..ya Allah, kenapa ya? perempuan kan banyak, kenapa nak yang sejenis jugak..tengok search trending kat yahoo pun, topik 'gay marriage' tersenarai dalam top ten..banyak kes lelaki kacak, kerjaya bagus, quite berumur, tak kawen -kawen, rupanya gay..tu mujur tak kawen..ade yang nak menutupi, dia gi kawen..lepas tu isteri makan hati bila tahu husband tu bercintan-cintun dengan kaum sejenis..choi! naudzubillah..mintak jauh la :(

dari Fb..anak sape ni..sedih tengok :(
antara petanda yang saya dapat kesan dari beberapa gay yang dikenal pasti melalui pengalaman dan pemerhatian ialah:
  1. sering memuji lelaki lain kacak/ handsome/ tough/ badan kental tanpa segan silu dan seakan-akan terpukau..highlight word SERING..
  2. sukar memuji/ mengagumi/ jatuh hati kepada wanita..kalau ada perempuan seksi lalu depan mata pun die buat macam tak nampak..bukan takut dosa pandang aurat tapi takde nafsu kat perempuan..
  3. cuba mendapatkan perhatian lelaki yang diminati dengan cara yang pelik..contohnya memberi pandangan/ renungan mata yang tidak berkelip..
  4. update status FB atau blog dengan cara yang suspicious eg. abg xx tak reply msg i..i merajuk taww! mencik die 100x! sukew hati jeww T_T *choi!*
  5. suka pakai t-shirt ketat dan berwarna terang supaya lekuk-lekuk badan nampak jelas dan berniat buat lelaki lain terliur..
  6. suka aksesori cantik-cantik dan meriah macam perempuan..eg. pakai gelang/ cincin/ subang/ rantai dan bawak tote bag pergi jalan-jalan..
  7. selalunya pendiam atau jarang bergaul dengan perempuan..kawan mereka majoriti lelaki..
  8. suka pegi gym/ fitness center sebab boleh cari ramai mangsa/ pelanggan..
  9. suka memasak dan asyik update pasal makanan..
  10. suka bercuti dengan rakan-rakan lelaki dan upload gambar yang suspicious..bila ditanya, mereka cakap ' tu abang aku la'.. *ko ingat orang percaya ke?*
  11. metroseksual..sangat-sangat jaga penampilan..ada banyak barang make-up dan perfume berjenama kalah perempuan..
ini pandangan peribadi saya..saya tulis apa yang saya nampak..actually gay ni susah nak dikesan kecuali korang rapat dengan dia..atau dia ada blog yang korang boleh baca aktiviti hariannya..ada jugak orang kata boleh kenal gay melalui jari..betul ke? wallahualam..

dari google
sedih kan..mereka bukannya tak boleh nak berubah, tapi ramai yang tak mahu..mungkin pernah kecewa dengan perempuan ke apa kan..sudah-sudah la tu..dosa besar, bukan korang tak tahu..hmm..okey, saya sedih..harap-harap sempat bertaubat sebelum ajal..saya doakan kamu.. 

p/s: macamana nak tahu dia gay? takut la :(

Thursday, November 10, 2011

notes and exam

hoyehh! exam was done in a pretty perfect way..alhamdulillah, alhamdulillah..soalan yang keluar, walaupun bukan ape yang orang ramai spot, nampaknya agak berpihak kepada kami..macam biasa la, ada jugak sub-question yang tricky, tapi the rest was fine..syukur, dan harap-harap semua rakan-rakan pelatih kumpulan 1/2009 akan lulus cemerlang untuk peperiksaan akhir ini..amin..

see..how 'lunyai' my notes yang tinggi menggunung tu hanya untuk menjawab 2 paper color pink yang nipis beberapa helai je..sabar je la..walaupun saya suke pink, tapi kali ni, kena fikir dua tiga kali gak! haha..

nampak tak subjek ape? emergency ngan professional beb..memang la kena ada banyak ilmu baru boleh jawab.. *sigh* sekarang boleh la rehat beberapa hari sebelum pulun buat latihan untuk LJM pulak..the last ones..100 soalan objektif dalam masa 1 jam..kena warming up cepat-cepat ni..hehe..

p/s: 3 daripada 4 batang pen baru telah terkorban hanya untuk 2 paper..banyak betul menulis! haha..tahniah!

friendship's ladybirds :)

"its not about the shape, nor the price..its all about the value of friendship that we should appreciate.."
cehhh..pandai la tu! haha..its a very small gift for my friends..nak exam kan..sometimes, some people perlu diberi semangat, kata-kata perangsang atau dorongan untuk tidak putus asa..lagi-lagi disaat-saat akhir peperangan (exam)..ada yang tak sampai ke garisan penamat tapi dah give up..ada yang tersungkur sebelum tiba ke medan perang..macam-macam lagi la..so, for me, ini adalah salah satu cara untuk motivate dan raise up our morale..me and my group mate..insyaAllah..


terima kasih untuk kawan-sampai-mati yang melihat susah senang saya dari awal (januari 2009) hingga hari ini, yang menyahut gelak tawa saya, menyapu air mata duka, bergelumang dan lemas bersama-sama di tengah-tengah himpunan buku dan nota..semoga kita semua berjaya mencapai impian untuk cemerlang dalam bidang ini..insyaAllah..untuk faten ayuni, izzati, syahida, rabiatul, saziela, nurul, farahana, fatim faezah, do keep in touch ya!


untuk illi muna, marahaini, shamimi, halimahtul, munirah, azilawati, aina, kamsariah, khuzaimah dan  amirah, terima kasih kerana menjadi team mate yang happening dan menyeronokkan ketika bekerja di wad, operation theatre dan A&E untuk praktikal terakhir kita semester ini..sampai bila-bila pun, rajin-rajin la bekerja okey..remember, takde sorang manusia pun yang tak suka bekerja dengan kita jika kita ringan tulang dan tidak berkira..hormat rakan sekerja dan sayang pesakit..insyaAllah, kerja ikhlas kerana Allah, akan membahagiakan hidup kita dunia dan akhirat..


last but not least, good luck untuk peperiksaan lembaga jururawat pada 14 december 2011 nanti..jadikan ia yang pertama dan terakhir..do your best and tawakkal for the rest!

p/s: 35 days left :)

Monday, November 7, 2011

Patah Seribu - Shila Amzah

for the time being, im keep repeating this song in my 'pink mp3'..shila, bekas peserta OIAM mempunyai suara yang sangat sweet, nyaring dan beliau pandai menggunakan kelebihannya untuk menyanyikan lagu-lagu yang memang sesuai dengan key suaranya..cuba dengar lagu ni..lirik dan iramanya adalah 100% ciptaan shila..totally talented like matlutfi okeyhhh! opss! haha..

********************

Walau kau tiada di sini
Ku tetap ingat semua pesanmu
Ku hidup seolah-olah kau masih ada
Bisikan kata kepadaku

Bilakah kau akan utuskan surat buatku
Aku terus menunggu tibanya kata cintamu

oh.. patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi

Biar pergimu tanpa relamu
Namun hatiku tetap rasa
Kejamnya kau meninggalkanku dengan nota-nota
Cinta buat kita berdua bila kan ku bisa menerima ketiadaanmu
Kan ku bakar semua hapuskan semua kenangan

Patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi

Sayangku mohon padamu
Segera tinggalkanku
Pergilah kau ke tempat yang kau tuju
Pasti ada hikmah buatmu dan juga buat diriku

Pergilah…




p/s: nak exam pun still boleh mengkaji suara orang lagi..haih parah!

Sunday, November 6, 2011

Aidiladha, be positive!

last year, saya frust giler dengan satu syarikat bas ni pasal spoil kan mood raya saya..nak tahu company mana? ha, baca nih: berkorban untuk raya korban. tahun nih still tak rasa suasana raya yang tenang jugak..sebab exam is around the corner, 9 dan 10 november 2011..so tak dapat nak balik kampung bandar kole lumpo..haha..


 anyway, disebabkan sambutan hari raya korban ni sangat la meriah di tempat yang saya duduk sekarang ni, jadi semuaaaaaaa kedai/restoran/kafe akan ditutup selama 2 hari..disebabkan saya duduk asrama, bukan rumah sewa (tak boleh memasak), dan berpantang maggi, jadi juadah rasmi hari raya saya esok adalah roti dan biskut tiger..hehe..nama pun raya korban kannn..so harus la berkorban..be positive! hehe..selamat hari raya :)

p/s: lagi sebulan..next year kita raya sakan kt KL-singapore ye!

Friday, November 4, 2011

final OSCE november 2011

Pada 1 dan 2 november 2011 yang lepas, telah berlangsungnya peperiksaan akhir OSCE atau Objective Structured Clinical Examination bagi saya dan rakan—rakan pelatih tahun akhir kumpulan ambilan 1/2009, Kolej Kejururawatan Kubang Kerian..bagi kami, ini adalah OSCE yang ke 12 sepanjang 3 tahun bergelar pelatih..

OSCE kali ini melibatkan 10 prosedur iaitu memakan masa selama 2 hari (5 prosedur untuk 1 hari)..selama ni, OSCE sehari je..dalam sehari tu ada 7 hingga 8 prosedur yang diuji..

Sebelum giliran dipanggil, pelatih tersebut akan dikuarantin di suatu tempat untuk menghalang sebarang komunikasi dengan pihak luar (takut soalan bocor la tu..haha)..nasib la, kalo ada beratus-ratus pelatih, start kuarantin pukul 7.30 pagi, kadang-kadang pukul 4 petang barulah tiba giliran kita..selain berlatih prosedur, tidur je la dalam bilik kuarantin tu jawabnya untuk elak bising..hehe..

10 orang pelatih akan dipanggil ke bilik ujian setiap kali ujian dilakukan..mereka akan bergilir-gilir masuk ke stesen prosedur yang disediakan apabila loceng dibunyikan..masuk sorang-sorang ye, tiada pengecualian..apabila masuk, pelatih dikehendaki untuk membaca arahan soalan, berfikir dan terus melakukan prosedur..masa yang diberi untuk setiap stesen adalah 5 minit..5 minit saja wehhh! Ketaq lutut nak buat prosedur..yang paling tak boleh blah, dalam setiap stesen tu ada pemeriksa akan duduk dan stare time kita buat prosedur..mana tak cuak :p

lepas 5 minit, loceng sekali lagi akan dibunyikan, dan pelatih dikehendaki keluar dari stesen tadi dan berada di depan stesen berikutnya sebelum loceng baru dibunyikan, pelatih masuk untuk 5 minit lagi, buat prosedur, loceng berbunyi, pelatih keluar, dan terus berulang sehingga complete 5 stesen untuk hari tersebut..sesak nafas kan..dah macam robot pulak rasa..hahaha..

Contoh soalan yang akan diberikan:

Encik Ahmad 50 tahun, mengalami kemalangan jalanraya dan mempunyai luka di bahagian kaki kanannya. Anda dikehendaki melakukan dressing ditempat tersebut. Dressing lama telah dilonggarkan. Anggap anda telah mencuci tangan dan memakai mask.

google :)

Puan Siti 35 tahun merupakan seorang surirumah. Beliau dimasukkan ke wad akibat Diabetik Mellitus. Anda dkehendaki memberikan suntikan s/c monotard 20unit OM kepadanya dibahadian deltoid. Anggap anda telah selesai membasuh tangan.

opss! hehe

Dalam setiap stesen tu akan di sediakan patung (mannequin) sebagai model beserta alatan untuk melakukan prosedur..kalau beruntung, model diambil dikalangan adik-adik junior yang akan mengenyit mata untuk beri hint..tapi kalo patung, diam membisu la jawabnya..kalo tak tahu nak buat prosedur, terkulat-kulat la sorang-sorang selama 5 minit kat dalam tu..haish..nasib baik tak jadi lagu tu..hihi

mannequin yang ni pun ade..best gile nak belajar! hehe
Untuk OSCE akhir baru-baru ini, prosedur yang diuji adalah:

1)      hari pertama
-         dressing luka
-         pemeriksaan payudara
-         kemasukan CBD (wayar kencing)
-         nasihat penggunaan MDI (ubat asthma)
-         suntikan s/c insulin

2)      hari kedua
-         bandaging figure of eight
-         dressing tiub saliran
-         pengambilan tekanan darah secara manual
-         eye swabbing dan eye drop
-         pemberian ubatan lasix

alhamdulillah, penderitaan 3 tahun sudah pun berakhir untuk OSCE..semoga keputusan yang bakal keluar nanti memberangsangkan..insyaAllah..and now, im fighting with books and notes..peperiksaan akhir teori pulak menanti beberapa hari saja lagi..doakan kejayaan saya okey! Till then, terima kasih :)

p/s: counting days: 42 hari lagi :)
Related Posts with Thumbnails