Followers

Saturday, October 29, 2011

eye illusion


ape korang rasa bila tengok gambar ni? ini bukan apam polkadots okey..bintik-bintik ni tak bergerak, seriously! tapi, kenapa macam gambar ni pusing-pusing? arghhh..tidakkk!

p/s: ludah jilat semula, korang rasa geli tak??

Friday, October 28, 2011

pai ayam+daging yang simple dan sedap!

hai..hari ni try resepi baru lagi..suke, suke!! hehe..actually tak terfikir pun nak buat pai ni..time jalan-jalan kat tesco selayang untuk cari bahan nak buat apam polkadots aritu, ternampak pulak bende alah kat bawah ni..tibe-tibe adik lelaki saya cakap 'along, buat la pai ayam'..hoho..so kakak die ni pun ape lagi, lets go bebeh! :D

kau la punca segalanya!

setelah gigih meng-google, akhirnya dapat la idea untuk reka resepi sendiri..its so simple..guna je ape yang ada kat rumah..banyak rupenya barang kat rumah i ni ye..semangat, semangat! hehe :p

bahan pastri:
4 1/2 cawan tepung gandum
4/5 bahagian buttercup
1/2 cawan air dari fridge
garam
kuning telur untuk sapuan atas pastri
ATAU boleh beli kulit pastri dari tesco..

bahan inti:
3 sudu minyak masak
2 biji bawang besar - potong dadu
2 ulas bawang putih - potong dadu
3 keping daging burger ramli (2 daging, 1 ayam) - hancurkan
7 ketul mini frankfurter (blackpepper ayamas) - potong dadu
1 cawan mixed vegetables
garam
serbuk lada sulah
1 paket sup cendawan campbells (larutkan dengan 1 cawan susu segar) 

a part of..

cara-cara penyediaan pastri:
ramas tepung dan garam dengan buttercup sehingga adunan jadi berderai macam serbuk roti..masuk air sedikit demi sedikit dan gaul dengan garpu hingga adunan kental..uli dengan hujung jari hingga adunan menjadi doh..bungkus dengan plastik dan simpan dalam fridge..

contoh tepung pada fasa 'berderai'

cara-cara penyediaan inti:
tumis bawang hingga naik bau..masukkan daging burger dan frankfurter..kacau hingga masak..masukkan mixed vegetables, garam dan serbuk lada sulah..masak hingga kering dan angkat..setelah sejuk, tuang sup cendawan pada bahan inti tadi dan gaul hingga pekat..

inti yang masih panasssss

giling doh dan tekap bulat-bulat untuk dilapiskan pada acuan..masukkan inti dan sapu sedikit air pada tepi doh..tutup semula acuan dengan adunan pastri..tekan dengan garpu..sapu kuning telur..

gambar atas: sebelum masuk oven..gambar bawah: pai separa siap

panaskan oven selama 10 minit pada suhu 200'c..bakar hingga perang keemasan (dalam 20 minit la)

jeng jeng jeng!

nampak sedap kan? kalo korang rasa, perghhh..sure tak cukup satu..hehe..selamat mencuba!

p/s: nak pergi makan lagi, okey bye! :D

Thursday, October 27, 2011

apam polkadots yang marvellous!

hi kawan-kawan..sekarang ni saya tengah bercuti..besides hang out dengan kawan-kawan dan family, saya suka main masak-masak..hehe..and today, im trying to make apam polkadots yang tengah hangat di pasaran..walaupun polkadots saya nampak pelik, tapi rasanya boleh tahan la..fuhh..nasib baik! haha..anyway, its a good trial for me as a beginner..(saya tak pernah buat kuih tradisional! cehhh~)

bahan A:
3 biji telur (fresh dari fridge) 
1 1/2 cawan gula halus
1 sudu ovalatte

bahan B:
3/4 cawan susu segar
2 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu baking powder
jem untuk filling
pewarna

cara-cara:
pukul bahan A hingga kembang..masuk susu segar sedikit demi sedikit sambil memukul adunan dengan perlahan..masukkan tepung gandum dan baking powder yang telah diayak sedikit demi sedikit sambil terus memukul adunan..bahagikan kepada beberapa bahagian yang dikehendaki..campur pewarna dan kacau rata..


masukkan sedikit adunan didalam papercup..letakkan jem atau filling sebelum menutup semula papercup dengan adunan..buat dots sebagai hiasan..



masukkan adunan didalam pengukus apabila pengukus betul-betul panas..kukus selama 15 minit..

 
sila abaikan keabnormalan polkadots tu ye sebab rasanya sangattt marvellous! selamat mencuba :)
p/s: suka masak dan makan tapi berharap tak gemuk! haha

Wednesday, October 19, 2011

girl's language~

Girl's Language :

If She Don't Text You :
- It's Because She's Waiting For You To Text Her

When She Walks Away From You Mad :
- Follow Her

When Shes Quiet :
- Ask Her What's Wrong

When She Ignores You :
- Give Her Your Attention

When She Pushes YOU AWAY :
- Pull Her BACK

When You See Her Crying :
- Wipe Her Tears & Ask What's Wrong

When She Says Go Away :
- Just Go Close To Her & Give Her Hug

p/s: sometimes its true..but most guy didn't understand * sigh *

Monday, October 17, 2011

exam syndrome..again!

S.T.U.D.Y. 
S-Sleeping, 
T-Talking, 
U-Unlimited sms,  
D-Dreaming,  
Y-Yawning
okey, seriously exam syndrome again..huarghh!! 



just for my reminder,

takwim peperiksaan
  • 20 Oktober 2011 - penilaian CPR (cardio pulmonary resusitation)
  • 1 & 2 November 2011 - Final OSCE (amali - penilaian kecekapan prosedur)
  • 9 November 2011 - NEMN (teori - emergency nursing)
  • 10 November 2011 - NPPF (teori - professional practice of nursing)
  • 14 Disember 2011 - Peperiksaan Lembaga Jururawat Malaysia
so for the time being, i'll be focusing on this..dahulukan apa yang perlu..ye dok? hehe..

“Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu. Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”
amin ya rabb~

p/s: ready to sleep with notes and text book! ohh wish me luck ya! :)

Friday, October 14, 2011

kecemasan!! nenonenoneno~

wahh da lama tak hapdet blog..berhabuk-habuk dah ni memandangkan tuannya tersangat la sibuk..ceh alasan! haha..

by the way, saya baru je selesai posting di casualty atau nama lainnya accident & emergency (A&E) department..bagi student nurse yang bakal qualified serta HO baru, kat depatrment ni lah kita akan banyak belajar..dari recognize pesakit, screening dan locate pesakit di zon tertentu berdasarkan severity simptom yang ditunjukkan, berfikir secara pantas untuk manage case, mengekalkan langkah-langkah precaution ketika attend pesakit, melihat pelbagai kes yang tak pernah terfikir akan jumpa, mengikut ambulan call untuk mengambil mangsa kemalangan yang menggelupur dijalan raya, melihat dan mrngambil iktibar tentang kes-kes moral masyarakat seperti rogol, dera dan sebagainya..ianya sangat mencabar tetapi serius, menyeronokkan!

gambar google: A&E Hosp Raja Perempuan Zainab, Kota Bharu :)

di department ini juga saya berjaya untuk memasang jarum atau kami panggil branula untuk memasukkan cecair ke badan pesakit dan mengambil spesimen darah untuk diperiksa..senang rupanya..hehe..

if tak sakit, jgn sesuke nk insert bnd ni ye..plez save your veins~

just to share, A&E department ni adalah dikhaskan untuk kes-kes kecemasan..setakat korang batuk n demam biasa, sila lah pergi ke klinik kesihatan..kalau lah korang tahu betapa ramainya manusia yang menunggu giliran dan betapa kelam kabutnya kakitangan yang bertugas, mesti korang faham kenapa jabatan kecemasan di hospital-hospital kerajaan sampai buat kempen untuk educate masyarakat tentang tujuan A&E diwujudkan..

sila lah mengerti: hanya kes serius dan yang memerlukan rawatan segera sahaja yang akan dilayan dengan cepat dan pantas..ini bukan pilih kasih tapi ini adalah tanggungjawab..jangan marah kalau korang-korang yang tak berapa serius ni terpaksa menunggu berjam-jam lamanya untuk mendapatkan rawatan di A&E..itu maknanya kes korang belum cukup teruk dan korang sebenarnya masih mampu bertahan..mujur sistem kesihatan kita belum mengamalkan polisi tidak menerima pesakit..kalau tak, memang naya la..hehe

dan lagi satu, sekarang ni kita ada 1malaysia 1nombor..korang tahu nombor ape? haha..pandai! nombor 999 ye kawan-kawan..polis, bomba, hospital, pertahanan awam (JPA), semua pun nombor ni cover..yang penting bila buat panggilan, sila beri maklumat yang tepat tentang kejadian..contohnya nama anda yang menelefon, lokasi tempat kejadian, ape yang berlaku, jumlah mangsa yang terlibat, keadaan mangsa..yang paling penting jangan buat panggilan palsu! nombor ini bukan tempat kamu untuk meluahkan perasaan atau mengisi masa lapang ye..ini sangat menyusahkan dan merugikan masa para penyelamat..mana tahu time ambulan bergegas ke kawasan yang dinyatakan dalam panggilan palsu tu, ada insident yang lebih teruk sedang benar-benar berlaku dan nyawa mangsa tidak dapat diselamatkan hanya kerana korang yang tak bertanggungjawab..tak rasa roh orang mati tu akan haunted seluruh hidup korang ke nanti? choiiiiii!!

Rakyat Malaysia kini hanya perlu menghubungi satu nombor kecemasan iaitu 999 untuk mendapatkan bantuan kecemasan membabitkan polis, bomba, hospital dan Jabatan Pertahanan Awam.
Para petugas terlatih dan profesional dari Pusat Perkhidmatan Panggilan Kecemasan akan mengendalikan talian kecemasan 999 yang dilengkapi data mengenai kecemasan dan lokasi berbentuk digital. Sebarang panggilan kecemasan oleh orang ramai seterusnnya akan dikendalikan oleh Penyedia Perkhidmatan Kecemasan mengikut jenis kecemasan yang dilaporkan.
Panggilan kecemasan 999 adalah percuma. Sebarang panggilan kecemasan akan dijawab dalam masa 10 saat.
Sistem penerimaan panggilan kecemasan 999 yang dipertingkat membolehkan usaha mengenalpasti setiap panggilan yang dibuat, kerana nombor pemanggil akan tertera dan dapat disimpan untuk rekod atau rujukan.
Ini dapat membantu mengelakkan keciciran ketika panggilan kecemasan dibuat di samping memantau panggilan palsu.
Setiap panggilan palsu boleh dikenakan denda RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya mengikut Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
okey la..harap-harap overview ni dapat educate masyarakat serba sedikit tentang fungsi jabatan kecemasan dan cara mendapatkan bantuan iaitu dengan nombor 999 tu..next time kita story plak ape yang dikatakan kes kecemasan tu ye..till then, imissyou ♥ hihi


p/s: lagi 2 bulan sebelum qualified..ohh teruja! doakan saya okey :)
Related Posts with Thumbnails