Followers

Friday, September 30, 2011

find the cat!

ini adalah latihan untuk menguji tahap kepekaan anda..peka okey, bukan pekak! haha..saya pasti ramai yang diantara kamu-kamu si pembaca blog pernah terjumpa gambar ini di fb..tapi tak kisah, nak share jugak :D

saya actually takut kucing, tapi gambar ni serius buat saya gelak! try to focus and join me laugh too okey! LOL~!

meow: can someone save me?
p/s: jumpe tak? hehe

Tuesday, September 27, 2011

warga tua teras masyarakat

baru-baru ni saya ada terbaca 2-3 orang blogger yang saya minat, menulis tentang 'orang tua'..the bad side..yeah, warga tua teras masyarakat..tapi kalau orang tua yang suka menyakitkan hati orang sekeliling, macamana tu ek? teras masyarakat jugak ke? hmm..mungkin sebab tu masyarakat sekarang banyak yang bermasalah, dah terasnye pun problem..alahaiiii..

saya, dan saya yakin majoriti pembaca dan penulis blog di malaysia ni, dari kecil lagi telah terdidik dan dididik untuk menghormati orang tua..kita kan oang melayu yang penuh dengan adab sopan santun..orang tua, walau bagaimanapun perangainya, harus dihormati dan disayangi..tak boleh meninggikan suara dengan mereka, tak boleh menunding jari ke muka mereka..tak boleh itu, tak boleh ini..kalau kita buat silap, mak-mak kita mesti akan cakap, tak baik..dia kan orang tua..ohh!!! 

by the way, orang tua yang saya maksudkan, bukan ibubapa yang kita kasihi..orang tua disini ialah masyarakat warga emas, in general..

orang kata, orang tua kalo asyik sakitkan hati orang tu, pasal die nak dekat mati..supaya orang lain banyak-banyak buat dosa kat dia pastu menyesal sebab tak sempat nak mintak maaf..ye ke?

pada saya, tak kira la berapa umur korang, tua ke, muda ke, asalkan korang hidup bermasyarakat, silalah hormati orang lain kalau nak orang lain hormati kita..simple je kan..kalau dah tua, sepatutnya lagi la berfikiran matang..tak payah la nak gila harta, dan mulut celupar sangat..(sekadar menyebut 2 masalah yang sinonim dengan orang tua) 

ingat, rumah kata pergi, kubur kata mari..babai!

omg!

 p/s: OJ nak dekat mati ke? erk!!

Friday, September 23, 2011

Lelaki, perlukah?

Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah.

Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala.

Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki?

Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan.

gambar hiasan..hehe

Saya mempunyai seorang rakan, sederhana cantik, tidak terlalu kurus tidak terlalu gemuk, tidak terlalu buruk, tidak terlalu jelita, manisnya ada, santunnya memikat orang tua, beragama juga kerana selalu sahaja diceritakan dia terhendap-hendap membawa sejadah masuk ke bilik stor kecil untuk solat, dan dia sentiasa cuba gembira dengan kehidupannya yang solo.

Tetapi saya fikir, saya faham apa yang berputar-putar dalam kepalanya.

Dia tidak dapat berdusta betapa kebahagiaan cinta kawan-kawan membuatnya cemburu, dan membuatnya selalu terfikir-fikir: Apalah perasaan gadis yang dipuja dan dicintai hebat oleh seorang lelaki.

Kawan, saya harap dia membaca artikel ini. Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api.

Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit.

Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.

Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya.

Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui.

Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia menyempurnakan kita.

Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita, wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan.

Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita.

Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin.

Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia.

Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Namun jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada.

Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua.

Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan keluarga dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja.

Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa.

Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa.
Bercakap soal kahwin, beberapa kenalan rapat yang dewasa bersama-sama.

Sejak zaman gatal-menggatal kenyit mengenyit kala di bangku pengajian, kini sudah disunting, dan bakal menjadi isteri kepada lelaki yang mereka cintai.

Semoga mereka tak tersalah pilih.

Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri.

pssstt! ^_*

Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia.

Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa.
Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.

Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.

Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya.
Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata.

Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati.

Tetapi kita bahagia dalam dakapannya, semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik..InsyaAllah...

p/s: dari iluvislam..menarikkan? :)

Thursday, September 22, 2011

How Much Water Do You Need?

air adalah sangat penting untuk hidup..kalau siapa yang belajar biologi, tentu sedar bahawa kandungan air dalam badan secara amnya ialah 60%..bagi sesiapa yang masih ingat subjek geografi, kandungan air diatas muka bumi kita adalah 70.9%..bagi anda-anda yang belajar human physiology pulak, korang sure akan tahu bahawa manusia akan kehilangan 1.7 liter air melalui proses pernafasan..


cerita saya pada hari ini adalah berkaitan dengan air..ramai orang fikir lagi banyak kita minum air, lagi sihat tubuh badan kita..eh ehh, salah ye, SALAH! ade jugak yang rasa, lagi kuat kita minum, lagi bersih buah pingang kita..ha, ni LAGI SALAH..

yang ramai tak tahu, jika kita minum lebih dari apa yang badan kita perlukan, kita sebenarnya mendera tubuh badan..kenapa? kerana lebihan cecair yang memasuki badan akan:

1. meningkatkan isipadu darah yang akan membebankan kerja jantung dan salur darah
2. merosakkan buah pinggang akibat kapilari dalam buah pinggang menapis terlalu banyak air
3. mengakibatkan sel otak mengembang dan ditunjukkan dengan sakit kepala, mual, muntah dan hingga menyebabkan kematian

7 liter sehari beb! -_-'

pergh pergh..tak takut ke? kan dalam Islam dah suruh bersederhana..tak kira la dari segi ape pun..berlebih-lebihan tu amalan syaitan..lagi pulak berlebih-lebih, lepas tu tak habis-habis menunjuk macam kau seorang je yang ada..pui! (ade macam zizan tak? haha) so, sila minum mengikut ape yang badan kita perlukan ye..

macamana nak tahu? first, korang boleh assume keperluan air badan melalui HAUS..ye, tubuh kita ni ada sistem homeostasis iaitu sistem yang bertindak secara spontan untuk seimbangkan keperluan tubuh..kalau badan kita kurang air, kita akan dahaga atau haus..jadi, minumlah air..

second, perhatikan urine color..urine tu air kencing ye kawan-kawan..if urine tu pucat, jernih, means badan anda telah mempunyai kandungan air yang mencukupi..but if urine tu kuning sangat dan pekat, means anda kene  consume lebih banyak air..faham kawan-kawan? hehe..

third, kira keperluan air harian anda..kalau rajin la..untuk memudahkan anda yang malas mahu membuat kira-kira, saya dah linkkan sumber-sumber yang menarik disini..mula-mula, convert berat badan anda dari kilogram (kg) ke pound (lb) disini..kemudian, isi jawapan dari link tadi disini dan jawab beberapa soalan..then, automatically akan ada jawapan tentang jumlah air yang perlu anda minum dan beberapa maklumat tambahan lain yang berguna..

selamat mencuba dan selamat minum air ye..ingat, air masak/kosong/mineral sahaja okay..bukan three layer tea, ribena dan sirap limau tau! haha :D

p/s: saya perlu minum 1.9 liter sehari..anda bagaimana?

Friday, September 9, 2011

dont forget to live


p/s: lately asyik update blogpost guna gambar je..layan je la ek :)

Tuesday, September 6, 2011

hand on back guide

p/s: kamu, jangan pegang sangat la kan..nanti kalo dah sah, nak pegang tak nak lepas pun ape ade hal :)

Thursday, September 1, 2011

siblings

syawal 2010

syawal 2011
p/s: hari raya pertama di Singapura :)
Related Posts with Thumbnails