Followers

Monday, August 29, 2011

merdeka raya :)

selamat hari raya dan selamat menyambut hari kemerdekaan..mohon maaf jika ada sebarang kenyataan saya didalam blog ini yang menyinggung hati kamu-kamu wahai pembaca..semoga kita akan dipertemukan dengan ramadhan yang akan datang..saya doakan juga agar perjalanan kita semua untuk pulang ke kampung halaman diberkati dan dalam keadaan selamat..ingatlah orang tersayang..kalo korang tak sayang diorang pun takpe, asalkan jangan buat diorang sedih ek..tak baik buat orang menangis sedih time-time nak raya ni okey..haha..
 

p/s: hohoho balik kampung~! eh, singapore tu boleh kira kampung ke ek?? hehe

Sunday, August 28, 2011

"Saya Join Cabutan Bertuah Kaspersky 2012"

saya di invite untuk join cabutan bertuah ni oleh tuan penganjur..yeay!

syarat-syarat:
1) mestilah blogger (sudah tentu!)
2) copy dan paste gambar ni kat blog  dan tulis tajuk "Saya Join Cabutan Bertuah Kaspersky 2012" (ade kan, ade kan?? hehe)


3) copy banner dan letak di blog (ade kat sidebar..cantik kan?! hehe)
4) like fanpage ni (sudah jugak~)
5) tag 3 blogger (yang bertuah adalah 3 gadis chantek ini: cik leen, umi raihanah dan cik yan)
6) finally, tinggalkan link di page penganjur (akhirnya siap! hehe)

p/s: semoga bertuah, aminnn~ :)

Saturday, August 27, 2011

soothing home-made chrysanthemum tea

pernah dengar chrysanthemum tea? alah, teh bunga yang color kuning tu..mesti pernah kannn..hehe..tapi korang pernah buat sendiri tak? haaa..hari ini saya telah berjaya membuat sendiri air tersebut setelah mengalami ketidak-puasan hati membeli di pasar ramadhan yang kedekut untuk memberi bunga! haha..

its sooo simple! mula-mula pergi kedai ubat cina untuk beli bunga kering macam ni..


lepas tu, rendam bunga untuk mencucinya beberapa kali..dan finally, rebus bunga tersebut dengan sedikit gula batu..bila siap, boleh minum suam-suam atau sejukkan dalam fridge..ohh sangat nikmat ye kawan-kawan..lagi-lagi kalo dapat kunyah kelopak bunga sambil gelak-gelak tengok zizan dalam trailer muvee hantu bonceng! hahaha..

haa..baru puas hati tengok bunga banyak-banyak! hehe

untuk info, teh bunga ni sangat bagus untuk kesihatan lebih-lebih lagi dalam bulan ramadhan ni..ia sangat berguna untuk menurunkan haba dalam badan dan sangat disarankan untuk individu yang mengalami panas dalam, demam dan sakit tekak..sebelum mengambil ubat-ubatan kimia yang boleh mengganggu fungsi hati (hati adalah tempat menapis toksin dalam badan akibat pengambilan ubat-ubatan), ape kata cuba dulu bahan-bahan semulajadi macam ni..kalo berkesan, alhamdulillah..kalo tak, jangan lupa jumpa doktor..kesihatan adalah suatu nikmat!

p/s: penat sungguh 'mengilatkan' rumah time-time ade occasion macam nih -_-'

Friday, August 19, 2011

if you really love

...If you really love her, you won’t touch her..
Not even the slightest bit..
You’ll protect her dignity and sacredness as a muslimah..
Just hold her in your heart for a few more years..
then you can do it the halal way...if you really love...
and he really did, thank you :)

Wednesday, August 17, 2011

quote #3



p/s: selamat menyambut nuzul quran..esok cuti, yeay!

Thursday, August 11, 2011

bertunang

"Sembunyikanlah pertunangan & isytiharkanlah perkahwinan" 
(Riwayat Ad Dailami)

lepas baca ayat tu, saya terfikir: zaman sekarang ni, orang bertunang da sama taraf dengan orang bernikah..siap ada pelamin, pakai baju dan make-up macam pengantin, hantaran walaupun hanya gula-gula, sampai berdulang-dulang..tu belum lagi yang bagi Al Quran, baju, kasut dll..nanti time nikah, nak letak ape pulak atas dulang hantaran tu ek? *wondering*

ohh pink, cantik giler!

sambil baca lagi artikel tersebut, penulis menyatakan ini:

Pertahankan syari’at. Jauhilah yang haram. Kalau bertunang sudah diheret merata-merata tanpa batasan, tanpa sebab (atau mereka-reka sebab), atau sudah lagaknya semacam suami isteri.. kalau itu yang kalian mahu, kahwin sajalah.. usah ditangguh. Hukum Islam ada sebabnya. Dan dalam pertunangan tiada aqad nikah. Mahukah kita beristerikan atau bersuamikan seseorang yang curang pada agamanya? di mana jaminan beliau tidak akan curang pada kita setelah berkahwin kelak?

ohh pedas ye kawan-kawan..macamana ni?! hoho.. 

Kalau mahu rasa glamour kerana bertunang, postkan sahaja ke akhbar. Kemudian bila putus, muka berubah warna. Nasihat Allah dan Rasul tidak mau diikut! ..

okey, pedas lagi! -_-''

p/s: sape rasa pedas? nak air free tak?! haha

Wednesday, August 10, 2011

Saturday, August 6, 2011

hidu sebelum makan

pernah tak korang rasa nak sendawa, tapi angin tu tak nak keluar? die macam tersekat je kat area dada, leher dan tekak korang..rasa nak choking dan tetibe macam nak muntah? tercekik angin?? sounds funny, but its once happen to me! seksa woo! sobs sobs..

penyelesaian saya, genggam tangan dan tumbuk-tumbuk manja bahagian dada belah kiri..kenapa kiri? ntah ek..tapi memang akan keluar la angin tu..hahaha..

baru-baru ni seorang kawan ada memberitahu, sahabat Nabi SAW, Saidina Ali Bin Abi Talib pernah berkata;  apabila kamu ingin makan epal, hidulah baunya terlebih dahulu dan kemudian barulah makan epal tersebut..ini dapat menghilangkan setiap penyakit dan bahaya di dalam tubuh badan disebabkan oleh angin..insyaAllah..


omg..sedap giler!!

thanks Allah, saya memang hantu epal! semoga petua ini dapat membantu :)

p/s: saya memang suka menghidu makanan sebelum makanan tu masuk mulut..bagus rupanya..haha

Wednesday, August 3, 2011

seandainya dia jodohku

Ya-Rabbul Ariffin
Tuhanku,Seandainya telah kau takdirkan dia milikku.. tercipta buatku
Dekatkan lah hatinya dengan hatiku
Tetapkan lah kemesraan antara kami
Agar kebahagiaan ini kekal abadi

Ya Muhaimin
Dan Tuhanku
Seiringkan lah kami mengharungi hidup luas ini
Ke tepian yang sejahtera

Ya Rabbul Fatihin
Tetapi Tuhanku yang Maha Pengasih
Seandainya telah kau takdirkan dia bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandangan ku
Luput dari ingatan ku
Dan peliharalah aku dari kecewa


Ya Rabbul Izzati
Serta Tuhanku yang Maha Mengerti
Berilah aku kekuatan melontar bayangannya ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Dan gelap pekat awan
Agar aku bisa bahagia
Walaupun tanpa dirinya

Ya Rabbul Quddus
Dan Tuhanku
Biar sekuat mana aku menyintainya
Aku pohon agar Tuhanku
Melenyapkan perasaan ini
Sekiranya dia ditakdirkan bukan milikku

Ya Rahman Ya Rahim
Tapi sekiranya dia ditakdirkan untukku
Kupohan agar takdir memperkuatkan kasihku padanya
Selagi tidak melebihi kasihku padaMU

Amin.

p/s: Cinta sesama manusia tentu tidak setanding dengan cinta dari Allah S.W.T, tetapi, kerana cintakan Allah, kita mencintai manusia juga..semoga dia yang bakal menjawab istiqarah....

Tuesday, August 2, 2011

Cinta Muka Buku - Najwa Latif

Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku
Kau hantar pesanan suruh aku terima kamu
ooh.. Hati ku rasa sesuatu..

Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku
Ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu
oohh.. Kenakah rasa itu..

Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita cari peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa

Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata kerja
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta

Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja

Pabila kau renung tajam-tajam mata aku
Ku rasa sesuatu rasa yang ku tak tahu Oooo…
Ini cinta remajaku

Dan pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju Oooo…
Itulah cinta yang satu,
cinta di muka buku..



p/s: lagu comel dari penyanyi comel yang punyai suara comel..bile  dengar, kita pun terasa comel jugak..haha
Related Posts with Thumbnails