Followers

Sunday, July 31, 2011

salam ramadhan

syukur kepada Allah kerana diberikan kesempatan sekali lagi untuk berada dalam bulan yang mulia ini, Ramadhan..esok kita akan start berpuasa, jadi jangan lupa berniat ye kawan-kawan..


take a good care of your health and grab all opportunity to be a good muslim/muslimah! salam ramadhan :)

p/s: harap-harap dapat puasa penuh..erk..boleh ke?

Saturday, July 30, 2011

takziah: kehilangan

hari ini saya mendapat khabar, seorang lagi insan yang dikasihi Allah telah kembali menghadap-Nya..beliau merupakan nenek kepada insan yang saya sayangi..

Buat abang,
Jangan pernah kecewa..Allah maha berkuasa..Dia telah aturkan segala-galanya dengan cantik sekali..mungkin sekarang kita tak nampak, tapi percayalah, satu hari nanti kita akan tahu hikmahnya..for me, abang sangat beruntung kerana sempat bertemu nenek dan berada disisi beliau disaat akhir hayatnya..pernah abang terfikir kenapa tiba-tiba Allah gerakkan hati abang untuk pulang menziarah pada minggu ini? bukan minggu lepas atau minggu akan datang? fikirkanlah..untuk itu, percayalah pada takdir..kepercayaan pada qada dan qadar Allah itu mampu mengukur sejauh mana keimanan kita..insyaAllah..i'll always be here..to lend my ears and share your feelings..always..Aku Mencintaimu kerana Allah!

Semoga Allah merahmati dan menempatkan beliau di kalangan orang-orang yang beriman..Semoga abang dan keluarga dikurniakan ketabahan dan ketenangan dalam menghadapi musibah yang melanda..innalillahiwainnailaihirajiun, alfatihah..

p/s: i pour all my love and courage to this post as it is my personal letter to someone..

quote #2


p/s: ini untuk kamu yang saya rindu..i know you read this..ily!

kisah seseorang

while surfing and reading news, gossips and blog, im stuck at wani ardy's words:

"...Jangan biar ideologi pisahkan kita. Biar semua ada pemikiran masing-masing. Lebih baik berfikir dari tidak berfikir langsung. Bila berkawan, kawan itu kita tidak ambil badannya saja. Kita ambil mindanya juga; seluruhnya dia. Jangan anggap kawan kita tidak boleh berfikir. Accept differences instead of going around telling people which side to choose..."

setiap manusia itu ada otaknya sendiri..ada cara pemikirannya sendiri..samada bercakap dan berhujah untuk berkongsi, untuk berdakwah atau untuk menyakiti hati orang lain, itu hak masing-masing..semuanya ada sebab, mengapa dan kenapa..tak perlu dipersoalkan..mungkin dari kecil sudah terdedah dengan keadaan sebegitu, hingga besar terikut-ikut..siapa tahu? 


Teringat fenomena di news feed Fb ketika kejadian Bersih 2.0..masing-masing sibuk mengeluarkan hujah yang pada pandangan mereka bernas, sehinggakan memperbodoh, memperbinatang dan memperkotak-katikkan pihak yang pada pandangan mereka adalah salah..

Begitu juga ketika perlawanan kelayakkan bola sepak antara Malaysia dan Singapura tempohari..pihak disini mengutuk, pihak disana menyindir..saya sebagai pengguna Fb yang mempunyai begitu ramai keluarga, sahabat dan kenalan di kedua-dua buah negara hampir berpinar biji mata membaca carutan yang dicoret sesukahati..

Menegur orang yang sedang berkobar-kobar semangatnya bagai mencurah petrol di atas api (eh, petrol mahal..baik curah minyak tanah..haha) makin ditegur, makin giat dia membalas komen, memaki-maki..jadi, lepas tegur sekali, kalau tak berkesan tu, baik blah..paling senang, hide beliau dari news feed! Haha..

okey, ape yang saya merepek ni? haha..actually hanya terfikir, negara kita ni negara demokrasi..sesiapa saja berhak dan bebas bersuara dan mengeluarkan pendapat..tapi lakukanlah secara berhikmah..nak menegur, biar molek..nak menyindir pun biar tepat kene setepek..peace!
  
p/s: when people hurt you, think of them as sandpapers. They may rub and scratch you painfully but eventually you’ll end up smooth and polished while they end up worn out and ugly..

Friday, July 29, 2011

stacy - kisah dongeng

Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini

Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja


************************
melodi dan lirik lagu ni memang best..1st time dengar da terpikat dan terus google nak tahu siapa penyanyinya..okey tetibe rasa nak pegi karok sekarang! hehe..

p/s: perhatian untuk superstar / red box karaoke, sila pastikan lagu ni dan 'seribu sesalan' ada dalam list okey?! hehe

Saturday, July 23, 2011

merokok adalah haram

korang ade bace paper metro harini (23 july 2011) tak? kalo tak, nah, sila baca..

PUTRAJAYA: Masih ramai di kalangan umat Islam di negara ini mengambil mudah mengenai fatwa Merokok Adalah Haram, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Othman Mustapha.
Justeru itu katanya, Jakim dan Kementerian Kesihatan hari ini bekerjasama mengadakan Seminar Pendidikan Fatwa Merokok Adalah Haram sebagai usaha untuk meningkatkan kesedaran.

"Ia juga sempena kehadiran Ramadan hujung bulan ini yang diharap dapat dijadikan permulaan bagi umat Islam mengubah tabiat menghisap rokok," katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar itu di sini hari ini.
Walaupun pelbagai kempen kesedaran telah dilaksanakan, Othman berkata jumlah penghisap rokok terus meningkat.

Menurut Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pada tahun ini lebih lima juta penduduk dunia akan mati akibat penyakit berkaitan merokok antaranya serangan jantung, strok dan kanser.

kalo rasa tak cukup, jangan lupa baca balik artikel lama saya ek..’merokok?! mana ada gaya’ merokok?! mana ada gaya (2) - berhenti merokok 

okey, i guess u know where i am~ haha


p/s: so, ade rasa nak merokok lagi ke?

Friday, July 22, 2011

takdir

seorang waris kepada pesakit yang saya temui menceritakan sesuatu kepada saya..yang saya ingin highlightkan disini hanyalah,

"...bercinta 11 tahun..tapi nikah 2 bulan dah beratur nak isi borang cerai..."

naudzubillah..ini takdir kan?! bercinta lama-lama pun susah, tak bercinta langsung pun susah..jadi nak macam mana? berdoalah semoga hubungan yang dibina tu berkekalan hingga ke akhirnya..tak kira la walau dugaan besar mana pun yang datang, sebenarnya itu adalah tiket untuk kita mendekatkan diri dengan Allah..sila bersyukur..yang penting, jangan bangga sangat dengan status awak..awek orang, tunang orang, isteri orang - benda tu takkan kekal jika niat anda terpesong..wallahualam..

p/s: zaman sekarang ni, tuhan bayar cash..jangan kecoh sangat la ek minah!

hadir

jika hadir ku
memberi erti
berjanjilah ...
kita bergandingan hingga ke akhir


jika hadir ku
sekadar mengisi ruang
berjanjilah...
cukup di sini ia berakhir


jika hadir ku
ibarat gerimis yang melenyapkan kemarau
umpama damar menyumbi tiris
seperti rempah ratus penyedap rasa
berjanjilah
inilah permulaan yang tidak akan berakhir

p/s: credits to pn norlilah ismail :)

ujian adalah rahmat


Kelmarin, saya melihat seorang bapa menangis setelah mengucup dahi anak lelakinya yang berusia 15 tahun..Remaja itu terlantar lesu diatas katil akibat sel kanser yang asalnya berada di testis, telah merebak ke tulang, paru-paru dan beberapa organ penting yang lain..

Hari ini,  saya menerima seorang pesakit baru..beliau kelihatan gagah persis pengacara terkenal TV3..beliau yang ramah dan murah dengan gelak tawa pada awalnya, tiba-tiba tewas pada petang hari..ketika saya dekati, beliau menyelubungkan dirinya dibawah selimut tebal sambil menggigil..keadaannya berubah setelah berbincang sesuatu dengan doktor yang merawatnya..beliau yang masuk ke wad dengan aduan bengkak di belakang badan rupa-rupanya sedang menghidapi kanser di tahap 4..yang paling mengejutkan, keadaan beliau sekarang ternyata sama seperti bapanya dan kakaknya yang telah meninggal akibat jenis dan tahap kanser yang sama..terkejut dan takut menyebabkan suhu badan beliau meningkat hingga 39.5oc dan menjadi murung dengan tiba-tiba..


Berbeza keadaannya dengan pelakon Azean Irdawati yang turut menghidap kanser, beliau kelihatan bersemangat untuk meneruskan hidup walaupun mengetahui ajalnya akan menjemput pada bila-bila masa sahaja..hasilnya, umur beliau masih panjang, Alhamdulillah..

Sebenarnya, menurut doktor yang merawat, kanser memang tiada ubatnya..Cuma yang ada hanyalah ubat-ubatan yang mampu melambatkan rebakan dan kesan penyakit tersebut..dalam keadaan ini, hanya semangat untuk terus hidup oleh pesakit sendiri dan sokongan moral dari orang-orang sekelilingnya yang mampu memanjangkan hayat si pesakit, dengan izin Allah..

Kesedihan dan kemurungan akan membunuh mereka dengan lebih pantas..jadi, hiduplah dengan positif..ajal maut kita semua ditangan Allah..semuanya telah tertulis..jika telah ditakdirkan nyawa kita diambil pada masa dan ketika itu, tiada yang dapat mengelakkannya walaupun seminit..tak kiralah disebabkan kanser, kemalangan atau mati dengan tiba-tiba..sebagai orang Islam, percayalah takdir Allah..selagi ada masa, berusahalah untuk hidup dan bersyukur dengan segala ujian..kerana setiap ujian yang diberikan itu adalah rahmat, yang makin mendekatkan diri kita dengan Allah..insyaAllah..

p/s: motivasi pagi jumaat..pengalaman adalah untuk dikongsi, kan?

barah, kanser, ketumbuhan


Disebabkan sedang bertugas di wad surgikal lelaki, saya rasa makin banyak pulak kes-kes kanser yang saya jumpa setiap hari..Alhamdulillah, kerana pesakit-pesakit yang saya temui ini berfikiran waras dengan segera mencari penyelesaian dan rawatan dengan berjumpa doktor..sebenarnya disini, masih ramai lagi penghidap kanser yang tidak mendapatkan rawatan yang sepatutnya..mereka lebih percayakan bomoh..mentaliti manusia yang percayakan cakap-cakap orang tanpa menyelidik..sedih betul..nanti bila da teruk baru kelam kabut..dah banyakkk dah saya jumpa kes macam ni..lagi-lagi ‘dinegeri’ ini..sembelit pun nak jumpa bomoh jugak..haha..manusia ni memang pelik!

Okey, back to our topic today: barah, kanser, ketumbuhan..actually semua tu sama je..kalo up sket, kita panggil tumor atau neoplasm..ada nama lain tak? setakat ni, tu je la yang saya tahu..ia adalah pertumbuhan sel-sel badan yang tidak terkawal yang boleh mengakibatkan kemudaratan kepada individu tersebut..kalau siapa yang belajar sains / biologi, kita tahu 1 sel akan membahagi jadi 2..2 akan jadi 4..4 akan jadi 8, dan seterusnya..tapi kalau 1 jadi 8, 8 jadi 20?? Haa..itu kira dah tak normal dan memudaratkan la tu..



Ketumbuhan ni terbahagi kepada 2..benign dan malignant..beningn ni ialah ketumbuhan yang tak merbahaya, tidak merebak dan boleh dibuang dengan mudah..kalau malignant ni pulak, ia sebaliknya..merbahaya, merebak sangat pantas dan kalau buang pun boleh tumbuh lagi banyak dari asal..selalunya, ketumbuhan jenis malignant ni la yang kita panggil kanser..bila da sebut kanser, mula la terbayang sakit, kepala botak lepas tu mati..macam dalam drama tu..ye tak?

Apa punca kanser? Tak semestinya kena ada semua faktor yang saya senaraikan kat bawah ni baru boleh dapat kanser..kadang-kadang memang tak tahu punca pun..dan tak semestinya bila ada punca yang kat bawah ni, anda akan dapat kanser..penyakit ni tuhan dah tentukan..bila kita ada daya nak mengelak, kita cuba la..jadi baik berjaga-jaga dari terkejut bila terkena tiba-tiba..ye tak?

  1. idiophatic (punca sebenar tidak diketahui)
  2. terdedah kepada bahan karsinogen terlalu lama (eg: asap rokok, sinar radiasi, cahaya matahari)
  3. virus (eg: virus hepatitis B menyebabkan kanser hati)
  4. hormon ( pengambilan pil perancang kehamilan (OCP) dalam tempoh masa yang panjang)
  5. pemakanan ( tinggi lemak, alkohol, makanan yang dibakar)
  6. genetik (ada ahli keluarga yang menghidap kanser)
  7. faktor geografik (eg: ramai orang jepun menghidap kanser perut akibat makan ikan mentah)

selalunya, bila dah dapat sejenis kanser, contohnya kenser payudara, ia akan merebak ke kawasan lain seperti paru-paru, tulang, hati dan sebagainya..jangkitan ke tempat lain ni bukan terhad kepada organ yang ada sebelah menyebelah je tapi boleh jugak merebak ke organ yang lebih jauh melalui aliran darah atau limfa..sel kanser tu boleh menyerap masuk dalam salur darah dan bergerak ke kawasan lain yang digemarinya sebelum bertapak dan membiak..sangat bahaya ye kawan-kawan..

kanser perut

jadi, sayangilah diri anda dan ahli keluarga yang lain..ape kata sebagai hadiah harijadi tahun ini, pergi buat fully medical check-up..hadiahkan ibu bapa dan pasangan korang baucer medical check-up ke..tu baru betul sayang dan nak hidup sihat supaya boleh celebrate birthday tahun depan..ye kan? Okey gurau je..hehe..

finally, kepada wanita-wanita anggun diluar sana, jangan lupa buat pemeriksaan sendiri payudara okey..dan kepada semua blogger dan rakyat malaysia yang takde blog pun, alert dengan kesihatan diri anda..kalau  rasa-rasa ada yang pelik-pelik, jangan malu jumpa doktor.. pengesanan awal boleh mengelakkan keadaan menjadi semakin teruk..hidup sihat adalah anugerah yang tidak ternilai..remember that!

kepada pesakit kanser, hidup perlu diteruskan..ujian adalah rahmat Allah..when u become a patient, we as nurse, will treat u as perfect as we can..with love and care..insyaAllah..

p/s: saya sayang keluarga dan rakan-rakan saya..sebab tu saya post artikel ni tau!

Thursday, July 7, 2011

for whom it may concern~

Don’t hate me because your boyfriend like me..

Hate me because I know it.. 

 

credit to Nurulbadiah Lai :D

quote #1

seriously, ily :)
Related Posts with Thumbnails