Followers

Saturday, June 25, 2011

McD puncak alam

semalam ke puncak alam sekali lagi..kali ini tak sempat nak masak apape sebab pergi pun tak rancang..end up ber-GCB di McD puncak alam yang sangat cantik..konon-konon nak cepat, so drive thru je la..last-last terpaksa parking tepi jugak pasal staff McD suruh tunggu beberapa minit..banyak sangat order kot..adeh la..haha

my stress reliever..oh McD!

handsome boy with his cheese burger :D

my mom n handsome boy at UiTM puncak alam :)
okey, kena start diet nih! haha

universiti VS universiti

senario 1
nama saya hafiz (bukan nama sebenar)..saya berkelulusan sarjana muda perakaunan dari UxM..saya telah diterima bekerja di syarikat XX dengan gaji yang lumayan..saya gembira bekerja disitu dan mempunyai hubungan baik dengan rakan sekerja serta orang atasan termasuk bos..suatu hari, saya berjumpa dengan seorang pakcik di warung kopi..sedang kami minum-minum, terdengar berita di televisyen yang sedang memaparkan tentang kejayaan anak watan dari universiti tempat saya belajar dahulu..saya sangat terharu dan semangat patriotik yang ada dalam jiwa membuatkan saya rasa seperti mahu menitiskan airmata..tetapi perasaan itu tidak lama kerana tiba-tiba, pakcik yang saya temui itu bersuara dengan sangat kuat bak halilintar tanpa mengetahui asal usul saya " alah, kat tempat aku kerja tu ade budak praktikal dari UxM ni lah..bukan tahu buat kerja pun..budak UxM ni memang tak bagus.."


senario 2
saya hafizah (bukan nama sebenar) merupakan graduan dari UxxM..mungkin silap saya kerana tidak memperolehi gred yang bagus semasa SPM sehinggakan saya dilelong untuk memasuki universiti yang tidak seberapa ini..tapi itu tidak mematahkan semangat saya..berkat usaha yang bersungguh-sungguh, saya berjaya memperolehi segulung diploma dengan keputusan yang cemerlang..namun usaha yang saya lakukan itu seperti sia-sia..sehingga kini, saya masih tidak mampu memperolehi jawatan sesuai dengan bidang yang saya belajar dulu..paling saya ingat, seorang rakan pernah berkata " setakat belajar kat UxxM tu, jangan harap la nak dapat kerja..kau tak tahu ke, budak-budak UxxM ni tak berkualiti? banyak majikan yang cakap macam tu..aku cuma bagitahu kau je"

senario 3
makcik A (bukan nama sebenar): anak belajar kat mana dulu?
siti (bukan nama sebenar): saya belajar kat UxxxM makcik..
makcik A: ohhh..(dalam hati " budak UxxxM ni sosial..jangan harap aku nak buat menantu")

*************************************************
hari ini saya sangat marah..ye..sangat-sangat..walaupun saya bukanlah orang yang terlibat dalam cerita rekaan seperti diatas, tapi saya tetap terasa..untuk semua manusia diluar sana, mind your own word..belajar diuniversiti tu bukan mudah..kalau tidak merasa berada ditempat tersebut, jangan la cakap dengan sesuka hati..kalau ada seorang dua pelajar yang membuat masalah, jangan la dikaitkan dengan seluruh komuniti universiti tersebut..maksud saya, nak marah orang, sebut sahaja la nama beliau, jangan nak sebut nama universiti terlibat..tak pasal-pasal je..

  1. untuk pakcik situasi 1, praktikal adalah masa untuk belajar..kalau salah tolong la tunjukkan..kalau tak reti buat kerja, mungkin pelajar tu seorang sahaja..orang lain pakcik tak pernah jumpa kan? (sebab bukan semua buat praktikal kat office kau) jadi tak payah la nak kaitkan nama universiti tu padahal ko bengang dengan seorang budak je..
  2. untuk majikan-majikan dalam situasi 2, jangan pilih kasih..tak semestinya graduan yang datang dari universiti A tu semua bagus..dan tak semestinya yang datang dari universiti B tu semua tak bagus..ambil mereka bekerja dan nilai mereka sebagai individu, bukan sebagai kelompok..
  3. untuk makcik dalam situasi 3, tak semua yang datang dari universiti yang ko rasa sosial tu memang sosial..agak-agak la kan..ko dengar dari mana? boleh pulak percaya? ko pernah belajar kat universiti tu ke? suka-suka je kan..nama universiti tak melambangkan sahsiah pelajar la..kalau macam tu, lepas ni suruh la gomen tukar semua nama universiti letak yang ala-ala ayu-sopan-beragama sket kan..baru takde makcik-makcik yang minded macam kau lagi..tak pasal-pasal ramai graduan tak kawen plak nanti..hahaha..
okey, dah habis geram..saya maafkan anda yang buat saya marah tadi..lain kali, cakap guna otak..tapi jangan la letak otak kat kepala lutut pulak ye..opss sori :D

Saturday, June 18, 2011

selamat hari bapa 2011

maybe ramai yang tak berapa alert tentang sambutan hari bapa..ya lah kalau nak ikut, sambutan hari ibu lagi happening kan..advertised kat tv bagai..tapi kalau takde bapak/ayah/abah/papa, kita semua takde la pulak kat dunia ni..bagi sesiapa yang tak tahu, hari bapa jatuh pada hari ahad minggu ketiga bulan jun setiap tahun..dan pada tahun ini, ia jatuh pada 19 jun 2011

kebetulan, hari ni terlebih rajin nak bake cake..dah lama dah kumpul resepi ni..tapi im so sorry, saya memang FAILED dalam bab decoration~! haha..huduh la pulakkkk (fuh, nasib baik rasa dia mengancam..HAHA) and now, presenting RED VELVET CAKE :) -klik link untuk resepi-

macam art budak tadika la..hehe

my dear 'ayah' with his camera :)

hari-hari pun hari untuk mama dan ayah..i ♥ u

mini mexican bun VS uitm puncak alam

hi kawan-kawan..another menu yang saya sangat teruja nak try masa cuti ni is mexican bun..bile dah selalu sangat beli roti boy, sebagai perempuan, mesti la nak try buat jugak kan..bila buat sendiri, then jamu family dan kawan-kawan, baru la ade kepuasan..tak gitu? hehe..

nak dipendekkan cerita, di suatu hari yang damai, saya dah pun berjaya menyiapkan hidangan yang sangat comel dan sedap ini..haha..tak sangka berbakat jugak *pengsan jap* mula-mula buat bentuk mini bun, sebiji yang macam roti boy jual tu..then try pulak buat dalam cup, dan kelihatan lebih comel persis cupcake..so, boleh la packing banyak-banyak untuk jejaka di puncak alam :D

bun shape

cupcake shape
siapa jejaka puncak alam? haha..jeng jeng jeng! dia adalah my lovely-handsome brother..baru beberapa minggu berada di uitm puncak alam sebagai pelajar asasi kejuruteraan and i miss him so much :(

buruk la pulak benda nih..haha

handsome boy-guitar-mexican bun :D
hostel beliau yang masih cantik..haha

UiTM dihatiku -forever and ever-
my dad and me both are UiTM degree holder..soon, my handsome boy too, insyaAllah :)

Saturday, June 11, 2011

red velvet cake

red velvet cake, memang sedang hot diperkatakan..orang kata ape, all-the-time controversy-cake?! hehe..sape yang rajin masuk blog-blog masakan dan hantu makanan, confirm pernah dengar pasal kek ni..and im so into this sexy cake color! hehe..

kat bawah ni ialah resepi kek yang saya dah try buat dan makan..memang jadi la..barang-barang pun memang senang dapat kat supermarket..sesiapa yang nak cuba, you are welcome and enjoy the cake :)

bahan cake
1 2/3 cawan tepung naik sendiri
2 sudu besar serbuk koko
1/2 sudu kecil baking soda
110g shortening
1 cawan gula halus
2 biji telur
1/2 cawan susu
 1/4 cawan buttermilk
1 sudu kecil cuka
1/2 botol warna merah cecair

bahan cream cheese frosting
250g cream cheese
30g mentega
1 cawan gula ising
1 sudu kecil esen vanilla
jus dari 1 hirisan lemon

bahan chocolate ganache
250g coklat gelap di cincang halus
200 ml whip krim

**********************************************************************

cara membuat kek
  1. Pukul shortening & gula hingga kembang
  2. Masukkan telur satu persatu
  3. Masukkan esen vanilla
  4. Masukkan bahan kering (diayak), bersama dengan susu & buttermilk bergilir2 berakhir dengan bahan kering
  5. Akhir sekali masukkan cuka dan gaul rata
  6. Bakar dalam oven yang sudah dipanaskan selama 30-40 minit pada suhu 170C 
cara membuat cream cheese frosting
Pukul cheese & mentega hingga berkrim, masukkan gula ising, vanilla dan jus lemon

cara membuat chocolate ganache
cairkan coklat dan whip cream menggunakan teknik double boiled

"Biarkan kek sejuk betul-betul, baru sapukan cream cheese frosting dan coklat ganache okey"


hilang mengidam saya hari ni :)
Related Posts with Thumbnails