Followers

Monday, May 16, 2011

selamat hari guru 2011

untuk cikgu cikgi yang tak pernah kenal erti putus asa, yang mendidik tanpa mengeluh, yang mengajar dengan semangat yang ikhlas, yang tak pernah lahir dari mulutnya umpatan atau kejian untuk anak didik, yang tak pernah mengungkap ''yang nak pandai kamu, saya ni tiap-tiap bulan pun dapat gaji'' , terima kasih kerana menjadi sebahagian kenangan terindah dalam hidup saya..
selamat hari guru :)
tema 2011? Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara :)

Thursday, May 12, 2011

selamat hari jururawat 2011

selamat  menyambut Hari Jururawat kepada semua jururawat di Malaysia umumnya dan student nurse kumpulan 1/2009, Kolej Kejururawatan Kubang Kerian khasnya sempena hari jururawat sedunia pada 12 Mei 2011..tema untuk tahun ini ialah    

“ Closing The Gap: Increasing Access And Equity”  

harap-harap kita semua akan dapat menjadi bakal jururawat yang berilmu dan mudah didampingi oleh pesakit untuk mendapatkan maklumat, perhatian dan perawatan yang sepatutnya..ingat ye, yang sepatutnya..hehe..yang penting, buat kerja biar ikhlas..biar doktor berikan ubat, nurse-nurse berikan kasih sayang..we are master in the art of caring..sweet kan? haha..okey, akhir sekali, bak kata ibu kejururawatan, Florence Nightingale:
Nursing is an art: and if it is to be made an art, it requires an exclusive devotion as hard a preparation, as any painter's or sculptor's work; for what is the having to do with dead canvas or dead marble, compared with having to do with the living body, the temple of God's spirit? It is one of the Fine Arts: I had almost said, the finest of Fine Arts.
bakal-bakal nurse yang baik hati dan chomel :)
 i love my job, selamat hari jururawat 

Wednesday, May 11, 2011

kanak-kanak

semenjak dua menjak ni, minat pulak dengar dan nyanyi lagu kanak-kanak..yang paling minat adalah lagu cite Barney ni :

i love you..
you love me..
we are happy family..
with a great big hug and a kiss from me too you..
wont you say you love me too..

haha..korang tahu nyanyi lagu ni tak? best woo..lagi bes kalo dengar my super-duper-cute-naughty little brother, Nasywan nyanyi dengan bahasa pelat-pelat die..haha..rasa nak cium die kuat-kuat!

nasywan chomel..grrr~!

btw, semalam, terjumpalah satu page seorang ibu muda yang ada seorang anak perempuan dan sepasang kembar perempuan..tapi dah nampak macam kembar 3 pun ade..pergh..sangat chomel anak-anak die..dah macam rupa model..tak caye? cuba tengok pic bawah ni..nak lebih lagi, boleh klik http://etrangle.net/

adorable family :)
kalau tak silap, dorang ni orang singapore..eh, tetibe rasa teruja plak..mama saya orang singapore..sure saya boleh dapat anak cute macam ni nanti kan..kan kan?! hahaha

suka nyanyi lagu kanak-kanak..suka tengok gambar budak-budak..argh..petanda ape ni?!

Wednesday, May 4, 2011

Hepatitis B..takut tak?

Baru-baru ini di beberapa surat khabar utama dan juga buletin utama TV3 telah membuat liputan dan mengeluarkan artikel berkaitan dengan penyakit hepatitis B yang lebih mudah berjangkit berbanding HIV..memandangkan tak ramai masyarakat kita yang tahu tentangnya, jadi kali ini saya nak buat story telling berkaitan Hepatitis B..hehe..


Hepatitis B merupakan jangkitan pada hati oleh ’hepatitis B virus’ (HBV). Virus ini boleh dijumpai dalam HAMPIR SEMUA cecair badan penghidap hepatitis B seperti air mata, air liur, air kencing, air mani, susu ibu dll..

Dianggarkan seramai 1.65 juta orang rakyat Malaysia adalah pembawa penyakit ini..pembawa maksudnya individu itu telah mempunyai virus Hepatitis B didalam badannya tetapi masih belum menunjukkan simptom penyakit..wah wah..takut tak? Siapa tahu pagi tadi, orang yang duduk sebelah kita kat dalam komuter, yang terbatuk-batuk tu seorang pembawa? Siapa sedar rakan yang berkongsi straw dengan kita masa makan tadi adalah pembawa? Choii choiiiii..mintak jauh~!

 
Berdasarkan gambar kat atas ni, malaysia termasuk dalam area yang paling banyak penghidap dan pembawa Hepatitis B..meriah kan? Haish..btw, kat bawah ni adalah simptom yang mungkin ditunjukkan oleh penghidap hepatitis B..lets cheak it out (mintak dijauhkan la ye)

  • Kadang kala tiada tanda-tanda langsung
  • Hilang selera makan
  • Penat berlebihan
  • Loya dan muntah
  • Sakit perut
  • Sakit sendi
  • Gatal-gatal
  • Jaundice (sakit kuning)
  • Demam sederhana
  • Air kencing berwanrna gelap (tidak jernih)
  • Radang hati
  • Liver chirrosis
  • Kegagalan fungsi hati
  • Kanser hati

Macamana penyakit ni boleh merebak? Semuanya akibat terdedah dengan cecair badan orang yang berpenyakit..Baca betul-betul dan ingat ye..sebab, kita semua sangat berisiko~!

  • Berkongsi jarum suntikan dengan pesakit hepatitis B
  • Hemodialisis (untuk pesakit buah pinggang)
  • Pekerja kesihatan yang terdedah dengan cecair badan pesakit hepatitis B
  • Pemindahan organ atau darah yang tidak diskrin terlebih dahulu
  • Akupuntur, tatoo, tindik yang menggunakan alatan yang tercemar dengan virus
  • Rawatan gigi yang menggunakan alatan tercemar
  • Hubungan seks dengan pesakit
  • Ibu yang menghidap hepatitis B kepada anak dalam kendungan
  • Berkongsi alatan penjagaan diri seperti alat pencukur dan pemotong kuku
Kebanyakkan orang yang dijangkiti boleh sembuh..Tapi ada lagi ramai yang tidak sembuh, menjadi semakin teruk dan akhirnya MATI..memandangkan takde langsung ubat yang 100% boleh menyembuhkan penyakit ini, beberapa langkah boleh diambil untuk mengurangkan keterukkan penyakit (bagi penghidap) seperti

  • Minum banyak air
  • Rehat yang cukup
  • Makanan rendah garam dan rendah lemak
  • Jauhi arak dan alkohol
  • Jangan ambil ubatan sebarangan tanpa nasihat doktor

Anyway, jangan panik..ada cara untuk mengelakkan diri kita dari mendapat penyakit ini iaitu mengambil suntikan vaksin Hepatitis B..vaksin ini akan merangsang badan kita untuk menghasilkan antibodi bagi melindungi diri kita dari jangkitan..dengan vaksin ini, insyaAllah, 95% ia akan melindungi kita..mempunyai 3 dos dan ia bertahan lebih kurang 10 tahun..mana nak dapat? Pergi la melawat klinik-klinik kerajaan untuk mendapatkannya..usaha tangga kejayaan ye kawan-kawan..

Saya dah dapat suntikan, anda bila lagi? hehe
Related Posts with Thumbnails