Followers

Thursday, February 17, 2011

sambutan maulidur rasul 2011

selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi kita, Nabi Muhammad SAW..semoga kita semua mendapat syafaat diakhirat kelak..insyaAllah..

1 malaysia, 1 ummah..itu slogan sambutan maal hijrah peringkat kebangsaan rite? bagi peringkat kolej, temanya ditambah sedikit.."the choosen one"..teringat plak lagu maher zain..nice!

sambutan di kolej melibatkan acara perarakan, bacaan selawat, ceramah, tayangan dan sedikit jamuan..biasa-biasa je kan? tapi mood kali ini sangat luar biasa..tak tahu celah mana, tapi membuatkan saya dan beberapa rakan yang lain tersentuh, sayu dan berlinang air mata..

sepanduk kami, kump 1/2009

sutera sedondon untuk perarakan :)
selamat menyambut maulidur rasul :)

Monday, February 14, 2011

hikayat merong mahawangsa

zaman dulu-dulu, masa sekolah, sayalah orang paling bosan time subjek sejarah..if nampak muka cikgu je, or selak muka surat pertama teks book je, confirm menguap..haish..kesian cikgu yang mengajar tu..tapi da mintak maaf da masa nak spm ek..hehe..

sekarang ni, tiba-tiba rasa subjek tu bes plak..nak tahu kenapa? sebab semalam saya TERtengok trailer cite Hikayat Merong Mahawangsa (HMM)..eh tapi kan, cite ni ade dalam silibus subjek sejarah ke tak ek? hehe..

okey, HMM  adalah sejarah yang menceritakan pasal Kedah, mengisahkan tentang susur galur Merong Mahawangsa yang beragama hindu dan menjadi pengasas Kedah, lalu menukar nama kepada Sultan Muzaffar Syah setelah memeluk Islam.

Trailer HMM yang saya tonton semalam merupakan sebuah filem epik penuh aksi yang menggambarkan suasana pada kurun ke-2..Cerita ini mengisahkan seorang nakhoda dan pahlawan yang bernama Merong Mahawangsa yang dikatakan berasal dari keturunan Iskandar Zulkarnain. 

Dalam cerita ini, beliau telah mengiringi putera Rom yang dalam perjalanan untuk berkahwin dengan puteri China..Di dalam perjalanan, rombongan itu telah diserang oleh garuda..nak tahu lagi, kene tengok la kan..yang mengujakan, filem ni dihasilkan oleh KRU studio..70% menggunakan bahasa inggeris dan bahasa melayu klasik..lepas diterbitkan, Universal Pictures International Entertainment Ltd diberi kuasa untuk mengedarkannya untuk tayangan di seluruh dunia! sure bes kan!


hebat tak hebat la penangan poster dan trailer cite ni, sampai saya berangan sehari suntuk..kejap-kejap berangan jadi Meng Li Hua, si puteri china yang chantek..kejap-kejap berangan jadi Embok, si gadis melayu yang ayu..dengan OST movie ni yang bertajuk 'sedetik lebih' nyanyian Anuar Zain yang sangat mendayu-dayu, adeh..memang tak sabar nak tengok! haha..

hasil berangan :)


serious dah masuk list..10 march 2011, wajib g cinema! hehe

Saturday, February 12, 2011

merokok?! mana ada gaya (2) - berhenti merokok

Hi kawan-kawan..kali ni entri tentang rokok lagi..(klik sini untuk entri ’merokok?! mana ada gaya’) sesuai dengan kempen ’TAK NAK’ kerajaan yang nampak macam tak bermaya tu..kenapa tak bermaya? Sebab still ramai sangat yang bangga mengaku mereka perokok tegar..bangga hembus asap sana-sini padahal orang lain pandang mereka sebagai individu yang sangat bodoh..menunjuk-nunjuk bahawa tak sabar nak mati..hmm..mungkin dah puas hidup dan cukup amal barangkali..whatever it is..


Mungkin korang dah tahu, tapi still saya nak habaq mai..perokok memang akan mati cepat (ajal maut memang ditangan tuhan, tu tak payah cerita la) berdasarkan kajian dan sejarah kematian yang sangat bervariasi..gambar kat kotak rokok macam kanser leher, kanser paru-paru, dan macam-macam lagi..hari-hari korang nampak tapi buat-buat tak perasan kan? Itu ialah ancaman untuk perokok tu sendiri..tapi bagi yang tak merokok tapi menghidu asap rokok? Yang tak menghidu secara live asap, tapi tercium-cium bau yang melekat kat baju korang? Dua kategori perokok pasif ni pun cepat mati jugak..malah LEBIH cepat mati dari perokok tu berdasarkan kajian. (nak baca lebih, klik sini)..bunuh orang tu berdosa besar, korang tahu ke tak?!

Saya paling pantang jika ada yang berkata, "Relaks la, lama-lama nanti aku akan berhenti sendiri bila sampai seru" berhenti sendiri? Hahaha..hebatnya! apa maksud berhenti sendiri tu? Time otak korang berhenti sendiri dari berfikir tentang rokok? Time tangan dan mulut korang berhenti sendiri dari melekat pada rokok? Bila tu? Confirm time nafas korang tiba-tiba TER-berhenti sendiri..M.A.T.I ! time tu tak payah cakap la..budak kecik pun tahu..

So untuk membuka minda korang yang lemas dengan asap tu, kat sini ada 3 cara yang pada saya praktikal dan mudah untuk diamalkan bagi membantu korang berhenti merokok..(fikir secara positif..kalau rasa nak berhenti merokoklah kan)

1)      Kaedah tampalan
  • Jenama yang popular dipasaran : NiQuitin (boleh didapati dalam dos 7mg, 14mg dan 21mg)
  • Harga sekotak (7 keping) tidak lebih RM75
  • Ketagihan merokok dikatakan akan lenyap dalam masa 5minit selepas tampalan dilakukan dikawasan yang tidak mempunyai bulu roma (eg. belakang badan)
  • Perlu diamalkan mengikut arahan selama 12 minggu (3 bulan)
  • Tampalan NiQuitin digunakan dalam tiga peringkat. Untuk enam minggu pertama, tampalan yang digunakan ialah bagi dos 21mg. Kemudian diikuti dengan tampalan berdos 14mg untuk dua minggu. Tampalan NiQuitin 7mg pula ialah untuk dua minggu yang terakhir. (Tampalan selama 24jam)

2)      Kaedah lozenges / gula-gula
  • Boleh didapati dalam pek 2mg dan 4mg pada harga RM52.80 sen dan RM69.60 sen untuk satu kotak berisi 48 biji
  • Tidak berperisa dan tidak mengandungi gula, maka ia tidak mendatangkan kesan sampingan dan sesuai untuk pesakit diabetes
  • Perokok yang tinggi kadar hisapan rokoknya, perlu mengambil sebiji gula-gula 4mg setiap satu hingga dua jam sekali untuk 6 minggu, kemudian setiap dua hingga empat jam sekali untuk tiga minggu selanjutnya


3)      Progam methadone (terapi gantian methadone)
  • Rawatan jangka masa panjang (sehingga berjaya berhenti merokok) dan percuma
  • Diberikan sebagai rawatan untuk pesakit luar di klinik dan hospital yang telah dipilih oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (klik untuk senarai klinik dan hospital).
  • Setiap penerima terapi gantian metadone wajib memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh KKM dan mematuhi kaedah rawatan seperti yang ditetapkan
  • Methadone perlu diambil setiap hari dan pemberian metadone dipantau oleh pegawai farmasi dengan rapi di klinik dan hospital
  • Perlu patuh dan berdisiplin kerana lebihan dos mengakibatkan ketagihan pada ubat tersebut (nak stop rokok, jd ketagih ubat pulak..apecer?!)
  • Metahdone ialah dadah sintetik yang mempunyai kesan yang sama seperti heroin atau morfin tetapi di ambil secara oral (melalui mulut) bertindak menutup dan menghilangkan rangsangan nikotin pada otak
  • Selain pemberian ubat, perokok perlu mengikuti aktiviti terapi kognitif, terapi tingkah-laku, latihan asertif, sokongan sosial dan pembinaan kesihatan rohani yang lengkap untuk mendapatkan hasil yang lebih baik (sebab tu ramai yang tak minat, orang kita kan kurang berdisiplin)

Anggaran perbelanjaan dan perbandingan menurut sebuah laman web:
  • Sekotak rokok sehari (rm10) x 3bln = rm900
  • Rawatan kaedah tampalan (3bln)  = rm 750
  • Rawatan kaedah lozenges (3bln) = rm634 hingga rm835
  • Program methadone (sehingga berhasil) = F.O.C

So fikir-fikirkan lah..nak seribu daya, tak nak seribu dalih..kalau rasa tak boleh nak buang tabiat tu, silalah mati sorang-sorang..jangan libatkan orang lain yang tak bersalah..tapi, sebelum mati, ingatlah orang yang tersayang..mak bapak, adik beradik, bini dan anak-anak..ramai sebenarnya yang sayang kat korang, korang je tak perasan sebab sibuk sangat dengan dunia asap tu..kan kan?!

saya belum cukup amal..jangan bunuh saya..boleh?!

Sunday, February 6, 2011

sehelai hadiah polka dots

hi kawan-kawan..

semalam, saya mendapat sehelai blouse polka dots pink-white dari si jejaka..mula-mula agak terkejut atas pemberian itu kerana saya tak pernah terfikir mahu mengumpul barangan polka dots..tapi disebabkan pemberian itu berwarna pink, sebijik dengan layout blog ini, ia nampak sungguh style! serius..vintage kot! high taste sungguh ye kamu! haha..thanks anyway..tiba-tiba saya rasa nak cari semua benda macam ni!!!





 

opss!! tetttt!! hahaha!!

update: Siaran Wanita Hari Ini 7.2.11 : Topik "DEMAM POLKA DOTS" 
Fesyen polka dots atau bintik-bintik kata orang menjadi trend semula? Bersama pereka fesyen ternama dalam perbincangan fesyen hari ini..


baru perasan polka dots tu cantik! hehe..terima kasih kamu :)

Related Posts with Thumbnails