Followers

Monday, January 31, 2011

Giveaway eqbalzack "SEDUT KASI ABES! "

hi friends, abg kachak eqbalzack buat giveaway lagi lah! kali ni pertandingan sedut menyedut! erk..okey kedengaran pelik pulak! haha..so, lets enjoy my entry!


syarat-syarat: follow abg eQ (done!)..buat entry (done!)..letak banner n backlink (done!)..tag sorang blogger (http://arazua.blogspot.com/)..tinggalkan link di page abg eQ (done!)..hadiah?! (waiting~) hehe :)

tarikh tutup: 6 Februari 2011 (Ahad) : 11.59 malam

harap-harap kali ni bertuah lagi! hehe..gud luck semua!

tua setahun lagi

29 januari 2011..akhirnya tarikh keramat ini tiba lagi..sebetulnya telah 2 hari ia berlalu..dan yang pasti, saya menjadi tua setahun lagi..alhamdulillah kerana masih diberi kesempatan bernafas dan melihat dunia..

pada saya, hari jadi bukan untuk diraikan dengan pesta atau 'party'..hari jadi mengingatkan kita bahawa kita makin menghampiri kematian..perjalanan menuju Tuhan, itu yang lebih nyata..hadiah dan kek bukan satu kewajipan - namun ia bukan satu dosa..sekadar ucapan selamat serta ingatan untuk mendoakan kesejahteraan sudah memadai..ingatan lebih penting dari kebendaan, tak begitu?

saya sangat bersyukur dikurniakan keluarga, sahabat dan kamu (u know who u are) yang menyayangi dan menghargai..terima kasih..saya merindui kesemuanya..hanya Tuhan yang mampu membalas kebaikan anda..

rumet dan jiran sebelah bilik yang mengadakan suprise dan mewujudkan longgokan hadiah, kamu buat saya terharu..mama, ayah, cik mastermind (bubble) dan kamu, sms ucapan hari lahir dari anda membuat saya menitiskan airmata walaupun berulangkali membacanya..walau ada yang mengirimkan hanya sebaris ayat, ingatan terhadapmu membuat saya lemah..lagilah yang menitipkan sebuah karangan! betullah kata orang, sepatah perkataan biasa yang dituturkan oleh orang yang tepat, pada ketika masa yang sesuai, memberikan satu kesan yang mendalam..dan saya mengakuinya!


untuk semua yang mengirim ucapan dan mendoakan saya melalui facebook, friendster (wujud lagi benda ni ek?!), email, sms, call, face-to-face, terima kasih, syukran, xie xie ni, arigato, matur suwun, danke, gracias! semoga Tuhan merahmati kalian..


"Ya Allah, ampunilah segala dosa-dosaku..berkatilah umurku dalam keimanan..berikanlah jalan keluar bagi setiap masalahku..permudahkan segala urusanku..bukalah seluas-luasnya pintu rezekiku..ikhlaskanlah hatiku untuk menjalankan amanah..kurniakanlah aku keluarga yang kekal bahagia..jika DIA yang kau telah tentukan untukku, permudahkanlah jalan kami..cekalkanlah hatiku untuk menempuhi hari mendatang..jika ditakdirkan aku berangkat menemuimu esok hari, golongkan aku dalam kumpulan hambamu yang beroleh jannah..amiiiin ya rabbal alamin.."


mood: mahu memeluk 4 orang yang buat saya menangis itu!

Tuesday, January 18, 2011

cute award by miss purpleholic

tag lagi?! kali ni award la!! hehe..terharu terharu..terima kasih miss purpleholic sebab jadikan blog pinky pinky saya ni sabagai blog pilihan..tempat kedua pulak tu! serius terharu! wiwiiit~

blog ni cute ke?! hehe..blog ni cute pun, pasal ade pembaca tegar macam miss purpleholic la..sama jugak macam ajim green..macam @juera..macam along tapa..macam umar..macam athirahazni..macam arra..macam ramai lagi la..tak lupa untuk silence reader saya..cik mastermind(bubble)  n those yang saya tak mahu sebutkan namanya kat sini..you know who you are!

keep on reading dear as u keep giving me courage to write, every now and then..sayang korang sume!

hanya menulis dan berkongsi apa yang benar-benar memberi kesan pada saya..want to know me better? keep reading!  ♥

Monday, January 17, 2011

CONTEST blog paling COMEL, CANTIK dan KEMAS

kena tag la! hehe..trimas untuk cik maizura sebab invite saya untuk join contest ni..



comel cantik kemas?!

wah wah..macam hebat je bunyi..blog pinky pinky saya ni kategori mane ek?! serahkan pada yang pakar..bia pengadil yang tentukan! :D

syarat-syarat penyertaan ::
  1. jadi follower FARZANA FARZANTO.
  2. peserta perempuan digalakkan. kerana hadiah disediakan khas untuk blogger perempuan. kalau lelaki nak masok boleh juga. kalau tak kisah menang baju2 macam kat atas ni. haha (setiap pemenang boleh memilih hadiah or baju mengikut citarasa sendiri di Pelangiwardrobe Hannah. add dulu baru boleh tengok baju2 disana)
  3. ada 3 kategori iaitu blog paling cantik, comel dan kemas. setiap kategori mempunyai 1 pemenang sahaja.
  4. buat 1 entry tentang contest ni.
  5. tag kepada 5 orang rakan blogger anda.
  6. letak banner di side bar blog anda dan link kan terus ke entry ni.
  7. setelah selesai, tinggal kan link entry anda berkenaan dengan contest ni di komen entry ni. saya akan check setiap link yang sudah ditinggalkan.
  8. penyertaan bermula pada 10.1.2011 hingga 10.2.2011
tag tag tag!!

http://arazua.blogspot.com/

gud luck untuk semua :)

Friday, January 14, 2011

Pernah jatuh cinta dengan orang yang hatinya sudah berpunya?

Pernah jatuh cinta dengan orang yang hatinya sudah berpunya?

Saya pernah. Lebih sekali. Saya percaya ramai di luar sana juga pernah. Normal bagi mereka yang tidak pernah, untuk menganggap golongan yang pernah ini sebagai gatal, atau sengaja, atau mencari fasal. Normal untuk kita berkata itu ini sebelum merasai. Manusia prejudis pada apa yang mereka tidak tahu dan skeptikal pada apa yang mereka tidak faham. Ini kelaziman kita semua. Jangan kecil hati.

Gatal, sengaja, atau mencari fasal – saya tidak akan mengiya atau menidakkan mana-mana. Boleh jadi tiga-tiga. Boleh jadi salah satu. Boleh jadi bukan langsung. Jangan bilang “kejinya, aku takkan buat begitu.” Perjalanan hidup bukan semuanya dalam tangan kita untuk menentu.

Pada saya, mereka yang melalui pengalaman ini adalah golongan idealis (yang perlu direalistikkan), sedikit lemah (yang perlu dikuatkan), dan yang paling penting, terpilih oleh Allah untuk dihadapkan dengan ujian.
Kalau jatuh cinta dengan orang yang hatinya sudah berpunya itu dosa, kenapa Allah menghalalkan poligami? Fikir. Yang bikin dosa adalah perbuatan, bukan sangat perasaan.

Saya berani kata begini sebab saya banyak dosa.
Tapi itu cerita lain. Ini cerita kita-kita.

Selama hampir 26 tahun saya bernafas, mengutip pengalaman dari hidup sendiri, mengutip cerita dari hidup ratusan orang di sekeliling, saya semakin sedar, bahawa jatuh cinta adalah jatuh cinta.

Jatuh cinta setelah tahu dia sudah berpunya.
Jatuh cinta sebelum tahu dia sudah berpunya.
Jatuh cinta namun berpisah kerana hatinya diambil orang lain.
Jatuh cinta, berpisah, dia mula hidup baru dengan teman baru, namun kita masih terus menerus jatuh cinta.
Jatuh cinta adalah jatuh cinta. Titik.

Sakitnya mengetahui bahawa orang yang kita kasih itu mengasihi orang lain, atau terikat dengan orang lain, adalah sakit yang luar biasa. Bilamana dia itu suami/isteri orang, tunangan orang, atau kekasih orang, kita serta-merta mengarah hati kita supaya berhenti. Jangan sayang lagi. Tak boleh!

Hati tanya kenapa?
Kita jawab tak boleh.
Hati tanya kenapa?
Kita jawab tak boleh!

Setakat “tak boleh”, lut ke?

Biasanya kalau ada rasa benci, akan lebih mudah untuk awak berhenti mengasihi. Kalau dia itu jahat orangnya, banyak buat salah, layan awak seperti sampah, adalah modal untuk membenci. Masalahnya dia baik (kalau jahat kenapa pula awak hendak jatuh cinta, betul?), dan dia tidak buat salah, dan dia tidak layan awak seperti sampah. Jadi modal untuk membenci tidak ada. Satu-satunya modal untuk berhenti ialah kekuatan diri awak sendiri. Iman. Nekad. Dua perkara itu paling payah hendak timbul bila sudah bertembung dengan hati yang sarat dengan nafsu hendak mencinta dan dicintai. (Dan orang gila mana yang tidak mahu mencinta dan dicintai?)

Hati dengan otak, manalah duduk sebelah-menyebelah.

Apa yang saya buat dahulu untuk memboloskan diri dari keadaan ini ialah, saya berserah. Bukan berserah sekadar di mulut, tapi betul-betul berserah. Tahun demi tahun, saya semakin sedar bahawa manusia bukan kepunyaan manusia. Pasangan kekasih bukan dimiliki satu sama lain. Pasangan tunangan bukan dimiliki satu sama lain. Suami isteri juga, bukan seratus-peratus dimiliki satu sama lain. Lelaki yang saya jatuh cinta itu bukan barang runcit, yang saya boleh curi-curi ambil dari troli orang lain. Kalau pun dia dengan saya, satu hari dia boleh pergi ke orang lain. Kalau pun dia dengan kekasihnya, satu hari dia tetap boleh pergi ke orang lain. Dia ada otak, ada hati, ada kaki; dia boleh ke mana-mana sesuka hati. Setiap manusia ada hak dan daya untuk memilih. Jadi apa makna “pemilikan”? Apa makna “kepunyaan”? Wujudkah “pemilikan” dan “kepunyaan” sesama manusia? Siapa yang benar-benar memegang otak, hati, kaki, seluruh anggota manusia tadi? Siapa yang ada kuasa total untuk mengawal semua ini?

Kawan saya kata, “tempat asal cinta ada satu je.”

Saya percaya, kita jumpa jodoh kita kalau kita mula mencinta dengan mencintai Allah. Saya bukan orang yang paling baik. Saya cuma tukang redha. Tukang berserah. Tukang sujud. Tukang tadah. Dan semua ini paling ketara bila saya paling susah. Saya bukan orang yang paling baik.

Cuma dalam situasi sebegini, saya ambil langkah pertama dengan berhenti berfikir, “Aku nak dia. Aku nak dia. Aku nak dia.” Sebaliknya saya mula berfikir, “Terpulanglah, Allah. Apa saja yang Kau rasa baik untuk aku. Terpulanglah. Buatlah.” Redha dan berserah pada mulut adalah sangat-sangat berbeza dengan redha dan berserah pada hati. Hanya bila ia terjadi pada hati, akan awak tahu bezanya. Percaya cakap saya; sangat-sangat besar bezanya.

Saya percaya jodoh itu misteri. Letaknya di tangan Allah, bukan manusia. Jangan biar manusia lain menetapkan definisi jodoh bagi kita. Jodoh itu bukan mesti jatuh cinta dengan orang bujang. Atau lelaki berkopiah. Atau wanita yang tidak pernah berbuat salah. Menjadi isteri kedua adalah jodoh. Menjadi isteri pada cikgu awak adalah jodoh. Berkahwin dengan office boy tempat awak bekerja adalah jodoh. Berkahwin dengan musuh awak zaman belajar dulu adalah jodoh. Berkahwin dengan janda adalah jodoh. Berkahwin dengan lelaki yang lebih muda adalah jodoh. Berkahwin dengan duda anak tiga juga tetap jodoh. Kerana jodoh itu bubuhnya di tangan Maha Pencipta, jadi ia boleh datang dalam macam-macam rupa.

Kalau kita betul-betul hendak tahu apa akhir cerita cinta kita, kita kena berbalik pada tempat asal cinta itu.
Dan seperti kawan saya kata, tempatnya cuma ada satu.


owned by cik wani ardy..and she inspired me - too much!

trip to langkawi - 3

hari terakhir di langkawi tak kurang menariknya..after breakfast, kami packing dan cheak-out dari tempat penginapan..

depan pintu pun jadi kan! haha
tempat pertama yang kami tuju ialah pusat perusahaan gamat dan herba..ada macam-macam produk gamat kat sini..ape orang kata ek? kalau datang langkawi, tak sah kalau tak shopping barang gamat? ha..ye la kot..bukan setakat minyak gamat biasa je yang ada kat sini, krim gatal, krim kurus badan, semua complete! haha..cayalah!

shooting tengah panas :)
inchik zaini bershoping sakan!
selepas itu, kami ke kota mahsuri..ala, tempat yang ada makam mahsuri, telaga mahsuri, muzium siap dengan mini zoo lagi tu..haha..pelik pulak kan..tiket masuk hanya rm5..kalau malas membaca sejarah yang dipamerkan dalam muzium tu, ada satu bilik tayangan kecil yang memainkan sejarah mahsuri berulang-ulang..menarik..senang nak faham..rasa macam tengah tengok wayang dalam panggung pun ade..tapi cerita epik sejarah la..haha

blogger herry yang kepenatan..haha
kat belakang tu jual air telaga?!
tu mahsuri..sama tak dengan muka saya?! haha

kemudian, aktiviti shopping bermula sekali lagi..banyak sangat coklat..sangat bes ambil gambar dicelah-celah timbunan coklat tu okey!

hj ismail group..tempat shopping terkenal :)
ceh..tak sempat posing pulak! haha
bincang..bincang!!
promosi cuti sekolah?! haha

setelah puas shopping, kami sekali lagi ke dataran lang..kali ni untuk shooting bawah terik matahari pulak..helang pagi dan helang malam tu lain kot..haha..

untuk gambar cantik ini, saya perlu jurugambar hebat spt dibawah..

hebat tak mereka?! haha

untuk art work ini pula, kami perlu seseorang yang berani :)

berani kan blogger ajim green duduk sorang2 dgn semua camera tu!

finally, percutian hebat ini sampai ke penghujungnya..but our friendship and memories remain forever..

kegembiraan terpancar setelah semuanya berjalan lancar :)

tata langkawi..rindu?! yeah pasti! but we have our new plan..so, next trip please :)

finally,lengkap jugak entri ni! thanks for viewing :)

trip to langkawi - 2

hee..sori, entri tertunda lagi..bagi yang belum melihat keseronokan hari pertama di langkawi, boleh klik sini..

hari kedua di langkawi penuh dengan aktiviti yang menarik..pagi-pagi lagi, gadis-gadis dah menghilangkan diri untuk menikmati angin laut..jadi terpaksa la hero-hero keluar untuk membelikan gadis-gadis breakfast..haha..sangat berterima kasih..

cik mastermind sedang sibuk menuruskan acara :)

selepas makan, kami bersiap-siap untuk mengikuti aktiviti yang telah dirancang iaitu island hooping..okey, bagi yang tak tahu, island hooping adalah satu pakej yang akan membawa anda menjelajah ke tiga pulau terpilih yang terdapat di langkawi iaitu: pulau dayang bunting (ada tasik dayang bunting), pulau singa besar (tempat memberi dan melihat helang makan secara dekat) dan pulau beras basah (pantai yang bersih untuk aktiviti seperti snorkelling) dalam masa 4 jam..bayaran yang dikenakan bergantung kepada kepandaian anda memilih agen kerana berdasarkan maklumat, pakej ini ditawarkan pada harga serendah rm35 hingga rm65 seorang..jadi pandai-pandai la ye..hehe


shooting at tasik dayang bunting :)
beware: monkey attack..no bag plastic!!
mereka sangat gagah..haha
permainan budak kecik :p
berenang?!
some scene at tasik dayang bunting :)
shooting sebelum main sukan air :)
banana boat dan selepas terjunam dalam laut! haha
helang di pulau singa besar :)

selepas pulang dari aktiviti pulau, kami bergegas membersihkan diri, solat dan bersedia untuk aktiviti seterusnya iaitu ke cable car dan laman padi langkawi..

shooting di langkawi cable car :)
3 jejaka :)
cik mastermind sangat beria-ia mengambil gambar! haha
705 meter above sea level beb! sejukk!! huhu
6 person in 1 gondola
singgah makan cendol dan laksa tepi airport langkawi :)
jakun beb! orang KL la katakan..haha
okey, pic ni style..like it so much! :D
ape yang saya dan dua jejaka tu sedang buat? haha

sebelah malamnya pula kami ke dataran lang untuk shooting dibawah helang..nampak romantik sikit kan..haha..

eh eh..tak nampak pulak kepala helang!
yeah! yang ni cantik kan?! credit untuk blogger ajim green :)

satu hari yang panjang serta memenatkan dah tentu, tapi value and experience yang dikutip tu menghilangkan segala keletihan yang ada..woot woot seronok!!

ada rasa teruja nak pergi langkawi tak?! hehe

Monday, January 10, 2011

abang kacak dan gadis kebaya..

tiba-tiba rasa nak letak gambar ini..tahniah untuk si gadis kebaya merah, ana raffali dan abang kacak zahiril adzim atas kemenangan di AJL ke 25 tadi..dah rasa macam pentas teater pulak tengok lagak si zahiril berlari-lari atas pentas! tolong ingatkan aku..wah..tahniah tahniah!!


erk..ni bukan kebaya merah la pulak..tapi tetap ayu :)
zahiril memang suka gadis kurung/ kebaya..serius!

ade sorang abang pizzahut muka sebijik si zahiril..hari-hari rasa nak pegi makan pizza kt situ! haha

Friday, January 7, 2011

pernah lihat ADAM SHAH dimana-mana?

kawan-kawan..have u seen dis cute boy?! plez plezz..kalau sesiapa ada maklumat, sila beri tahu..ibunya sangat merindui kanak-kanak ini :'(


saya tak tahu apa-apa maklumat tentang kes ini..cuma terbaca rayuan ibunya di wall fb..usha ini kalau nak tahu lebih lanjut..

http://www.facebook.com/photo.php?fbid=492705512080&set=a.492705507080.255508.746162080&ref=nf

semoga kanak-kanak ini selamat pulang ke pangkuan keluarganya..aminnn~

Thursday, January 6, 2011

trip to langkawi - 1

hi kawan-kawan..lama dah entri ni terperam..sori..kehilangan mood akibat kerinduan kepada kawan-kawan lama melenyapkan semangat untuk menulis seketika..chewah! haha..

okey, ini apa yang saya dah janji..entri tentang percutian paling bes tahun ini (2010)..

final line up :)
 itu ialah best buddy yang ikut serta untuk percutian kali ini.. 
dari belakang : blogger herry (pakai sun glasses), najwa, zaini-si kawan baru, blogger ajim green.. 
di hadapan : saya (baju pink), faizah azam- mastermind, syuhada, blogger athirah dan fatin..

ini ialah percutian berani-mati kami..seriously, cik mastermind hanya berbincang dengan saya secara serius, beberapa minggu sebelum tarikh percutian pada 19-23 december 2010..masa tu jugak la kelam kabut calling-calling macam-macam orang untuk booking itu ini dan untuk mencari rakan-rakan yang nak join percutian ini..memandangkan saya dan cik mastermind totally zero dalam ilmu jalan-jalan ke Langkawi, kami hanya ikut kata hati :)

kami berkumpul di hentian bas bukit jalil pada jam 9.30pm dan tiba di terminal bas kuala perlis jam 3.30am..actually tak sangka la pulak nak sampai kuala perlis seawal tu..takut pulak rasa sebab hanya ada beberapa orang termasuk kami yang turun di terminal tersebut..sunyi sepi..sejuk..mamai..zzz


semasa menunggu masuk waktu solat subuh, kami merancang aktiviti yang ingin kami lakukan disana..kami menyewa sebuah van, cheak-in di sugary beach motel, kembali ke jeti untuk menunggu ketibaan seorang lagi peserta rombongan yang datang dari kedah dan menghabiskan masa pada hari tersebut dengan senang hati..hehe..enjoy pic :)

di terminal yang sunyi sepi, encik herry tetap ceria!
cik athirah dan cik fatin merangka pelan lawatan
di hadapan jeti kuala perlis (cis, tak sempat posing pulak!)
cik faizah (mastermind), cik syuhada dan cik fyez dalam feri
encik zaini dan encik ajim yang mabuk laut :p
sampai di jeti kuah
van yang banyak berjasa..wiwiiiit! hehe
cik mastermind mau ambil kunci bilik :)
taman di sekitar dataran Lang..setting untuk shooting :)
photo shoot :)
photo shoot lagi di pantai chenang :)
dinner di restoran hj jelani, pantai chenang
cik athirah menunjukkan skill memilih ikan
dinner di tepi pantai :)
makan..makan..
di hotel Casa del Mar..1 bilik untuk rm 800 per night!!
shopping sebelum balik dan zzz
ini gambar pada hari pertama..aktiviti hari kedua dan ketiga lagi menarik..tunggu ya!

baru tahu bercuti dengan kawan sekolah yang da 7 tahun tak jumpa tu sangat bes! hehe
Related Posts with Thumbnails