Followers

Saturday, December 31, 2011

selamat tahun baru 2012

‎2011 akan tamat dalam beberapa jam lagi..terima kasih kepada Allah atas segala kesempatan, kenangan, pengajaran dan semua kisah suka duka yang telah dilalui..ape yang boleh diguna pakai, letak baik-baik ditepi supaya boleh diselak-selak semula sebagai panduan nanti..apa yang menyakitkan dan menyesakkan, bungkus baik-baik dan humban dalam tong sampah..jangan flush dlm toilet bowl, nanti tersumbat..haha..

semoga 2012 penuh dengan rezeki, dipermudahkan urusan, dipercepatkan ape yang sepatutnya, ditingkatkan kesihatan dan disulami dengan cerita gembira yang indah dan manis dari segenap sudut..insyaAllah..man jadda wa jadda, wa man zaroa' hasoda..saya percaya janji Allah itu benar :)


pesanan penaja: kepada manusia diluar sana, berubahlah di tahun baru ni..baik la kamu-kamu semua duduk rumah, tingkatkan ilmu, amal ibadah atau rapatkan hubungan dengan keluarga..jangan asyik dok pikir nak sambut new year kat mana..confirm banyak road block dan pencegah maksiat malam ni..jangan cari pasal..serius ni! :p

selamat menyambut tahun baru 2012 dan semoga ini adalah titik mula pecutan anda kearah yang lebih baik..take care!

p/s: semoga result LJM saya dan rakan-rakan kump 1/2009 adalah cemerlang dan terbaik..aminnn :)

4 comments:

Arra Ahmad said...

y tulisan purple tu paling best.haha

shima said...

Happy new year cik Fye!!

faizura rahman said...

arra ahmad: haha..termakbul doa..tahniah!

faizura rahman said...

shima: same goes to u shima! :D

Related Posts with Thumbnails