Followers

Friday, December 2, 2011

1 december..world AIDS day

*maaf kerana lewat publish* semalam ialah 1 december..semalam juga merupakan hari AIDS sedunia..ini bukan bermakna dunia menggalakkan lebih ramai masyarakat menghidap penyakit kronik ni..tapi lebih kepada mendidik masyarakat untuk mengenali apa itu AIDS, mengubah stigma, membuka minda, mengikis diskriminasi dan memupuk sikap positif untuk mengurangkan penularan penyakit ini..


tema DUNIA untuk tahun 2011 hinggalah 2015 ialah 'getting to zero'..iaitu 'zero HIV infection, zero discrimination, zero AIDS related death'..nak kena translate ke? google translate kan ade, sila manfaatkan ye..hehe..bagi MALAYSIA pula, temanya di tambah iaitu 'ke arah eliminasi transmisi vertikal' ataupun menghalang penularan dari ibu ke anak didalam kandungan..

demi untuk menjayakan misi kerajaan ini, hospital-hospital seluruh negara diseru untuk melakukan ujian saringan AIDS keatas ibu-ibu yang mengandung supaya penyakit ini dapat dikesan diperingkat awal, diberi rawatan dan mengurangkan risiko bagi bayi yang bakal lahir untuk menghidap penyakit ini..selain itu, inilah juga tujuan mewajibkan saringan HIV AIDS keatas pasangan yang ingin berkahwin - supaya dapat mengurangkan penghasilan bayi penghidap AIDS..nak info lanjut tentang ujian saringan ini, boleh rujuk post 'HIV Rapid Test' ni..


sekarang ni tengah hangat diperkatakan tentang terdapat virus HIV dalam minuman seperti coca cola, pepsi dan 7up..betul ke? saya pun terfikir-fikir,
  1. boleh ke virus tersebut hidup dalam medium berasid macam coke tu? pernah dengar cerita tak, kalau tuang coke atas kesan darah orang accident kat jalan raya, kesan tu boleh hilang? dulu kecoh cerita tu..ini menunjukkan coke boleh menghakis darah..by the way, untuk sesiapa yang belajar biology, korang tahu kan yang darah merupakan medium terbaik bagi pembiakan virus/ bakteria? so nampak tak kaitannya disini? kalau coke menghakis darah, darah dah takde, macam mana virus tu boleh hidup? kalau virus tu mati, boleh menjangkiti manusia ke? pelik!
  2. berpegangan tangan, bersalaman, berkongsi tandas, berkongsi alatan seperti pinggan, cawan, sudu serta makanan, berpelukan, bercium, duduk berhampiran dengan pesakit, mendapat jangkitan kutu atau gigitan nyamuk sama sekali TIDAK BOLEH MENYEBABKAN JANGKITAN! penyakit ini hanya boleh dijangkiti melalui darah, air mani serta air mazi..didalam susu ibu, air mata, air liur dan air kencing pesakit, virus hanya dikesan dalam kuantiti yang amat sedikit hingga tidak dapat menjadi punca untuk anda dijangkiti..jadi adakah coke boleh menyebarkan virus HIV? curious! 
  3. ape yang tersebar di FB adalah virus telah disebarkan didalam minuman oleh pekerja HIV di kilang yang berada di New Delhi..adakah air coke di malaysia disupply oleh negara India? tak tahu la pulak..

kesahihan gosip ini masih tidak diketahui statusnya..jadi sila jangan percaya membuta tuli..bertindaklah dengan menggunakan ilmu..jika sesiapa yang ada bukti kukuh, tolonglah beri respon di ruangan komen artikel ini okey! perkongsian anda sangatlah dialu-alukan..

update: terjumpa blog ini..Aku HIV Positif..baik untuk pembacaan dan berguna bagi mengikis diskriminasi yang ada dalam diri anda! selamat membaca :)

p/s: banyak penghidap AIDS yang tidak berdosa..bukan semua dari mereka mengamalkan seks rambang atau berkongsi jarum suntikan..mereka hanya tidak bernasib baik :(

    6 comments:

    Anonymous said...

    sy suka apa yg saudara utarakan di sini. betul sangat banyak berita tentang benda-benda begini di internet terutama facebook skrg, sehingga jika tdk diselidik betul-betul boleh mengakibatkan kekeliruan dan kucar kacir di kalangan org ramai. saya harap org yang lebih arif tentang perubatan boleh tampil ke depan utk menjelaskan perkara ini.

    faizura rahman said...

    anon: terima kasih kerana membaca dan memberi komen :)

    Fitrihadi said...

    berita pasal minuman ada HIV tu propaganda je tu.. takleh caya pun...

    shima said...

    yeah its funny rite. hurmm saje nak bagi kilang pepsi, coke tutp hehehe

    faizura rahman said...

    fitrihadi: kan kan? sabar je la..

    faizura rahman said...

    shima: sukasuki je nak tutup periuk nasi org kan..haih, dunia dunia..huhu

    Related Posts with Thumbnails