Followers

Saturday, November 26, 2011

salam maal hijrah

selamat menyambut awal muharam..hari ni 30 zulhijjah dan esok 1 muharam..bermakna petang ini kita disunatkan membaca doa akhir tahun dan selepas maghrib pula disunatkan membaca doa awal tahun..for sure ramai blogger akan tepek doa-doa tersebut di blog masing-masing..jadi anda boleh la google..kalo rajin bukak Fb pun, ramai yang post link pasal doa tu..jika berkesempatan, jangan lupa baca okey..

alhamdulillah kerana tahun ini diberi kesempatan untuk membacanya (insyaAllah jika panjang umur hingga waktu maghrib sebentar lagi) kerana bekerja pagi *nurse kerja shift okey* dan tidak mempunyai masalah wanita *hehe*..

disebabkan perubahan cuaca yang mendadak, hujan-panas-hujan, dan memandangkan sekarang adalah musim pasukan Harimau Muda Malaya sedang hebat beraksi di padang, jadi saya mengalami beberapa masalah..bermula dengan sakit tekak akibat bersorak, kemudian menjadi batuk dan selsema, sehingga hari ini, telah 3 hari saya mengalami demam panas (ada termometer sendiri, jadi boleh cheak suhu badan setiap 1 jam! haha) serta bersin non-stop..memang dugaan yang sangat berat kerana tidak boleh mc..macam tak best la pulak kan terpaksa menunjukkan muka sakit dihadapan orang sakit kat wad tu..haih, sabar je la..


sakit adalah kafarah dosa..semoga sakit ini akan membawa saya memasuki tahun baru islam esok dengan keadaan yang bersih dan terhapus segala dosa..insyaAllah :)
selamat menyambut tahun baru islam!

p/s: malam esok ada dinner la pulak..nak pakai baju ape ni..grrr!

No comments:

Related Posts with Thumbnails