Followers

Friday, November 4, 2011

final OSCE november 2011

Pada 1 dan 2 november 2011 yang lepas, telah berlangsungnya peperiksaan akhir OSCE atau Objective Structured Clinical Examination bagi saya dan rakan—rakan pelatih tahun akhir kumpulan ambilan 1/2009, Kolej Kejururawatan Kubang Kerian..bagi kami, ini adalah OSCE yang ke 12 sepanjang 3 tahun bergelar pelatih..

OSCE kali ini melibatkan 10 prosedur iaitu memakan masa selama 2 hari (5 prosedur untuk 1 hari)..selama ni, OSCE sehari je..dalam sehari tu ada 7 hingga 8 prosedur yang diuji..

Sebelum giliran dipanggil, pelatih tersebut akan dikuarantin di suatu tempat untuk menghalang sebarang komunikasi dengan pihak luar (takut soalan bocor la tu..haha)..nasib la, kalo ada beratus-ratus pelatih, start kuarantin pukul 7.30 pagi, kadang-kadang pukul 4 petang barulah tiba giliran kita..selain berlatih prosedur, tidur je la dalam bilik kuarantin tu jawabnya untuk elak bising..hehe..

10 orang pelatih akan dipanggil ke bilik ujian setiap kali ujian dilakukan..mereka akan bergilir-gilir masuk ke stesen prosedur yang disediakan apabila loceng dibunyikan..masuk sorang-sorang ye, tiada pengecualian..apabila masuk, pelatih dikehendaki untuk membaca arahan soalan, berfikir dan terus melakukan prosedur..masa yang diberi untuk setiap stesen adalah 5 minit..5 minit saja wehhh! Ketaq lutut nak buat prosedur..yang paling tak boleh blah, dalam setiap stesen tu ada pemeriksa akan duduk dan stare time kita buat prosedur..mana tak cuak :p

lepas 5 minit, loceng sekali lagi akan dibunyikan, dan pelatih dikehendaki keluar dari stesen tadi dan berada di depan stesen berikutnya sebelum loceng baru dibunyikan, pelatih masuk untuk 5 minit lagi, buat prosedur, loceng berbunyi, pelatih keluar, dan terus berulang sehingga complete 5 stesen untuk hari tersebut..sesak nafas kan..dah macam robot pulak rasa..hahaha..

Contoh soalan yang akan diberikan:

Encik Ahmad 50 tahun, mengalami kemalangan jalanraya dan mempunyai luka di bahagian kaki kanannya. Anda dikehendaki melakukan dressing ditempat tersebut. Dressing lama telah dilonggarkan. Anggap anda telah mencuci tangan dan memakai mask.

google :)

Puan Siti 35 tahun merupakan seorang surirumah. Beliau dimasukkan ke wad akibat Diabetik Mellitus. Anda dkehendaki memberikan suntikan s/c monotard 20unit OM kepadanya dibahadian deltoid. Anggap anda telah selesai membasuh tangan.

opss! hehe

Dalam setiap stesen tu akan di sediakan patung (mannequin) sebagai model beserta alatan untuk melakukan prosedur..kalau beruntung, model diambil dikalangan adik-adik junior yang akan mengenyit mata untuk beri hint..tapi kalo patung, diam membisu la jawabnya..kalo tak tahu nak buat prosedur, terkulat-kulat la sorang-sorang selama 5 minit kat dalam tu..haish..nasib baik tak jadi lagu tu..hihi

mannequin yang ni pun ade..best gile nak belajar! hehe
Untuk OSCE akhir baru-baru ini, prosedur yang diuji adalah:

1)      hari pertama
-         dressing luka
-         pemeriksaan payudara
-         kemasukan CBD (wayar kencing)
-         nasihat penggunaan MDI (ubat asthma)
-         suntikan s/c insulin

2)      hari kedua
-         bandaging figure of eight
-         dressing tiub saliran
-         pengambilan tekanan darah secara manual
-         eye swabbing dan eye drop
-         pemberian ubatan lasix

alhamdulillah, penderitaan 3 tahun sudah pun berakhir untuk OSCE..semoga keputusan yang bakal keluar nanti memberangsangkan..insyaAllah..and now, im fighting with books and notes..peperiksaan akhir teori pulak menanti beberapa hari saja lagi..doakan kejayaan saya okey! Till then, terima kasih :)

p/s: counting days: 42 hari lagi :)

4 comments:

Amira Anorah said...

Seronoknya dapat belajar benda camni :D:D. Nurse pon dah belajar macam ala-ala doc jugak eh?



Goodluck! :D

faizura rahman said...

amira anorah: learning nursing is hard, as hard as being a medical doctor..tp nurse lg best sbb besides cure-like a doctor,'we care' :)

javalava89 said...

dan aq adalah calon yang last sekali..org laen sebuk duk practise..aq selamber pat ploh khatam tidow..huuhuh

faizura rahman said...

javalava89: same la..nasib anak tiri kan..hahaha

Related Posts with Thumbnails