Followers

Friday, October 14, 2011

kecemasan!! nenonenoneno~

wahh da lama tak hapdet blog..berhabuk-habuk dah ni memandangkan tuannya tersangat la sibuk..ceh alasan! haha..

by the way, saya baru je selesai posting di casualty atau nama lainnya accident & emergency (A&E) department..bagi student nurse yang bakal qualified serta HO baru, kat depatrment ni lah kita akan banyak belajar..dari recognize pesakit, screening dan locate pesakit di zon tertentu berdasarkan severity simptom yang ditunjukkan, berfikir secara pantas untuk manage case, mengekalkan langkah-langkah precaution ketika attend pesakit, melihat pelbagai kes yang tak pernah terfikir akan jumpa, mengikut ambulan call untuk mengambil mangsa kemalangan yang menggelupur dijalan raya, melihat dan mrngambil iktibar tentang kes-kes moral masyarakat seperti rogol, dera dan sebagainya..ianya sangat mencabar tetapi serius, menyeronokkan!

gambar google: A&E Hosp Raja Perempuan Zainab, Kota Bharu :)

di department ini juga saya berjaya untuk memasang jarum atau kami panggil branula untuk memasukkan cecair ke badan pesakit dan mengambil spesimen darah untuk diperiksa..senang rupanya..hehe..

if tak sakit, jgn sesuke nk insert bnd ni ye..plez save your veins~

just to share, A&E department ni adalah dikhaskan untuk kes-kes kecemasan..setakat korang batuk n demam biasa, sila lah pergi ke klinik kesihatan..kalau lah korang tahu betapa ramainya manusia yang menunggu giliran dan betapa kelam kabutnya kakitangan yang bertugas, mesti korang faham kenapa jabatan kecemasan di hospital-hospital kerajaan sampai buat kempen untuk educate masyarakat tentang tujuan A&E diwujudkan..

sila lah mengerti: hanya kes serius dan yang memerlukan rawatan segera sahaja yang akan dilayan dengan cepat dan pantas..ini bukan pilih kasih tapi ini adalah tanggungjawab..jangan marah kalau korang-korang yang tak berapa serius ni terpaksa menunggu berjam-jam lamanya untuk mendapatkan rawatan di A&E..itu maknanya kes korang belum cukup teruk dan korang sebenarnya masih mampu bertahan..mujur sistem kesihatan kita belum mengamalkan polisi tidak menerima pesakit..kalau tak, memang naya la..hehe

dan lagi satu, sekarang ni kita ada 1malaysia 1nombor..korang tahu nombor ape? haha..pandai! nombor 999 ye kawan-kawan..polis, bomba, hospital, pertahanan awam (JPA), semua pun nombor ni cover..yang penting bila buat panggilan, sila beri maklumat yang tepat tentang kejadian..contohnya nama anda yang menelefon, lokasi tempat kejadian, ape yang berlaku, jumlah mangsa yang terlibat, keadaan mangsa..yang paling penting jangan buat panggilan palsu! nombor ini bukan tempat kamu untuk meluahkan perasaan atau mengisi masa lapang ye..ini sangat menyusahkan dan merugikan masa para penyelamat..mana tahu time ambulan bergegas ke kawasan yang dinyatakan dalam panggilan palsu tu, ada insident yang lebih teruk sedang benar-benar berlaku dan nyawa mangsa tidak dapat diselamatkan hanya kerana korang yang tak bertanggungjawab..tak rasa roh orang mati tu akan haunted seluruh hidup korang ke nanti? choiiiiii!!

Rakyat Malaysia kini hanya perlu menghubungi satu nombor kecemasan iaitu 999 untuk mendapatkan bantuan kecemasan membabitkan polis, bomba, hospital dan Jabatan Pertahanan Awam.
Para petugas terlatih dan profesional dari Pusat Perkhidmatan Panggilan Kecemasan akan mengendalikan talian kecemasan 999 yang dilengkapi data mengenai kecemasan dan lokasi berbentuk digital. Sebarang panggilan kecemasan oleh orang ramai seterusnnya akan dikendalikan oleh Penyedia Perkhidmatan Kecemasan mengikut jenis kecemasan yang dilaporkan.
Panggilan kecemasan 999 adalah percuma. Sebarang panggilan kecemasan akan dijawab dalam masa 10 saat.
Sistem penerimaan panggilan kecemasan 999 yang dipertingkat membolehkan usaha mengenalpasti setiap panggilan yang dibuat, kerana nombor pemanggil akan tertera dan dapat disimpan untuk rekod atau rujukan.
Ini dapat membantu mengelakkan keciciran ketika panggilan kecemasan dibuat di samping memantau panggilan palsu.
Setiap panggilan palsu boleh dikenakan denda RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya mengikut Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
okey la..harap-harap overview ni dapat educate masyarakat serba sedikit tentang fungsi jabatan kecemasan dan cara mendapatkan bantuan iaitu dengan nombor 999 tu..next time kita story plak ape yang dikatakan kes kecemasan tu ye..till then, imissyou ♥ hihi


p/s: lagi 2 bulan sebelum qualified..ohh teruja! doakan saya okey :)

3 comments:

athirahazni said...

haha. BERTAHAN dan BERUSAHA! ^_^

faizura rahman said...

athirahazni: sedang bersungguh-sungguh berusaha, xiexie ni! :D

nurul amira said...

post yang menarik =)

Related Posts with Thumbnails