Followers

Thursday, October 27, 2011

apam polkadots yang marvellous!

hi kawan-kawan..sekarang ni saya tengah bercuti..besides hang out dengan kawan-kawan dan family, saya suka main masak-masak..hehe..and today, im trying to make apam polkadots yang tengah hangat di pasaran..walaupun polkadots saya nampak pelik, tapi rasanya boleh tahan la..fuhh..nasib baik! haha..anyway, its a good trial for me as a beginner..(saya tak pernah buat kuih tradisional! cehhh~)

bahan A:
3 biji telur (fresh dari fridge) 
1 1/2 cawan gula halus
1 sudu ovalatte

bahan B:
3/4 cawan susu segar
2 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu baking powder
jem untuk filling
pewarna

cara-cara:
pukul bahan A hingga kembang..masuk susu segar sedikit demi sedikit sambil memukul adunan dengan perlahan..masukkan tepung gandum dan baking powder yang telah diayak sedikit demi sedikit sambil terus memukul adunan..bahagikan kepada beberapa bahagian yang dikehendaki..campur pewarna dan kacau rata..


masukkan sedikit adunan didalam papercup..letakkan jem atau filling sebelum menutup semula papercup dengan adunan..buat dots sebagai hiasan..



masukkan adunan didalam pengukus apabila pengukus betul-betul panas..kukus selama 15 minit..

 
sila abaikan keabnormalan polkadots tu ye sebab rasanya sangattt marvellous! selamat mencuba :)
p/s: suka masak dan makan tapi berharap tak gemuk! haha

No comments:

Related Posts with Thumbnails