Followers

Saturday, August 27, 2011

soothing home-made chrysanthemum tea

pernah dengar chrysanthemum tea? alah, teh bunga yang color kuning tu..mesti pernah kannn..hehe..tapi korang pernah buat sendiri tak? haaa..hari ini saya telah berjaya membuat sendiri air tersebut setelah mengalami ketidak-puasan hati membeli di pasar ramadhan yang kedekut untuk memberi bunga! haha..

its sooo simple! mula-mula pergi kedai ubat cina untuk beli bunga kering macam ni..


lepas tu, rendam bunga untuk mencucinya beberapa kali..dan finally, rebus bunga tersebut dengan sedikit gula batu..bila siap, boleh minum suam-suam atau sejukkan dalam fridge..ohh sangat nikmat ye kawan-kawan..lagi-lagi kalo dapat kunyah kelopak bunga sambil gelak-gelak tengok zizan dalam trailer muvee hantu bonceng! hahaha..

haa..baru puas hati tengok bunga banyak-banyak! hehe

untuk info, teh bunga ni sangat bagus untuk kesihatan lebih-lebih lagi dalam bulan ramadhan ni..ia sangat berguna untuk menurunkan haba dalam badan dan sangat disarankan untuk individu yang mengalami panas dalam, demam dan sakit tekak..sebelum mengambil ubat-ubatan kimia yang boleh mengganggu fungsi hati (hati adalah tempat menapis toksin dalam badan akibat pengambilan ubat-ubatan), ape kata cuba dulu bahan-bahan semulajadi macam ni..kalo berkesan, alhamdulillah..kalo tak, jangan lupa jumpa doktor..kesihatan adalah suatu nikmat!

p/s: penat sungguh 'mengilatkan' rumah time-time ade occasion macam nih -_-'

No comments:

Related Posts with Thumbnails