Followers

Friday, July 22, 2011

ujian adalah rahmat


Kelmarin, saya melihat seorang bapa menangis setelah mengucup dahi anak lelakinya yang berusia 15 tahun..Remaja itu terlantar lesu diatas katil akibat sel kanser yang asalnya berada di testis, telah merebak ke tulang, paru-paru dan beberapa organ penting yang lain..

Hari ini,  saya menerima seorang pesakit baru..beliau kelihatan gagah persis pengacara terkenal TV3..beliau yang ramah dan murah dengan gelak tawa pada awalnya, tiba-tiba tewas pada petang hari..ketika saya dekati, beliau menyelubungkan dirinya dibawah selimut tebal sambil menggigil..keadaannya berubah setelah berbincang sesuatu dengan doktor yang merawatnya..beliau yang masuk ke wad dengan aduan bengkak di belakang badan rupa-rupanya sedang menghidapi kanser di tahap 4..yang paling mengejutkan, keadaan beliau sekarang ternyata sama seperti bapanya dan kakaknya yang telah meninggal akibat jenis dan tahap kanser yang sama..terkejut dan takut menyebabkan suhu badan beliau meningkat hingga 39.5oc dan menjadi murung dengan tiba-tiba..


Berbeza keadaannya dengan pelakon Azean Irdawati yang turut menghidap kanser, beliau kelihatan bersemangat untuk meneruskan hidup walaupun mengetahui ajalnya akan menjemput pada bila-bila masa sahaja..hasilnya, umur beliau masih panjang, Alhamdulillah..

Sebenarnya, menurut doktor yang merawat, kanser memang tiada ubatnya..Cuma yang ada hanyalah ubat-ubatan yang mampu melambatkan rebakan dan kesan penyakit tersebut..dalam keadaan ini, hanya semangat untuk terus hidup oleh pesakit sendiri dan sokongan moral dari orang-orang sekelilingnya yang mampu memanjangkan hayat si pesakit, dengan izin Allah..

Kesedihan dan kemurungan akan membunuh mereka dengan lebih pantas..jadi, hiduplah dengan positif..ajal maut kita semua ditangan Allah..semuanya telah tertulis..jika telah ditakdirkan nyawa kita diambil pada masa dan ketika itu, tiada yang dapat mengelakkannya walaupun seminit..tak kiralah disebabkan kanser, kemalangan atau mati dengan tiba-tiba..sebagai orang Islam, percayalah takdir Allah..selagi ada masa, berusahalah untuk hidup dan bersyukur dengan segala ujian..kerana setiap ujian yang diberikan itu adalah rahmat, yang makin mendekatkan diri kita dengan Allah..insyaAllah..

p/s: motivasi pagi jumaat..pengalaman adalah untuk dikongsi, kan?

2 comments:

Amira Anorah said...

sedihnye...tapi kalau kita ade family members yang ade kanser..kita kena selalu cek..sebab possibility kita dapat tu tinggi..kan?

tapi yg tak de ni pon kena salu cek...:)..prevention is better than cure..LOL

faizura rahman said...

amira anorah: btol! keturunan ialah salah satu faktor..mmg kne alert selalu n kalo ade apape yg abnormal, trus jmp doktor..

Related Posts with Thumbnails