Followers

Saturday, July 30, 2011

kisah seseorang

while surfing and reading news, gossips and blog, im stuck at wani ardy's words:

"...Jangan biar ideologi pisahkan kita. Biar semua ada pemikiran masing-masing. Lebih baik berfikir dari tidak berfikir langsung. Bila berkawan, kawan itu kita tidak ambil badannya saja. Kita ambil mindanya juga; seluruhnya dia. Jangan anggap kawan kita tidak boleh berfikir. Accept differences instead of going around telling people which side to choose..."

setiap manusia itu ada otaknya sendiri..ada cara pemikirannya sendiri..samada bercakap dan berhujah untuk berkongsi, untuk berdakwah atau untuk menyakiti hati orang lain, itu hak masing-masing..semuanya ada sebab, mengapa dan kenapa..tak perlu dipersoalkan..mungkin dari kecil sudah terdedah dengan keadaan sebegitu, hingga besar terikut-ikut..siapa tahu? 


Teringat fenomena di news feed Fb ketika kejadian Bersih 2.0..masing-masing sibuk mengeluarkan hujah yang pada pandangan mereka bernas, sehinggakan memperbodoh, memperbinatang dan memperkotak-katikkan pihak yang pada pandangan mereka adalah salah..

Begitu juga ketika perlawanan kelayakkan bola sepak antara Malaysia dan Singapura tempohari..pihak disini mengutuk, pihak disana menyindir..saya sebagai pengguna Fb yang mempunyai begitu ramai keluarga, sahabat dan kenalan di kedua-dua buah negara hampir berpinar biji mata membaca carutan yang dicoret sesukahati..

Menegur orang yang sedang berkobar-kobar semangatnya bagai mencurah petrol di atas api (eh, petrol mahal..baik curah minyak tanah..haha) makin ditegur, makin giat dia membalas komen, memaki-maki..jadi, lepas tegur sekali, kalau tak berkesan tu, baik blah..paling senang, hide beliau dari news feed! Haha..

okey, ape yang saya merepek ni? haha..actually hanya terfikir, negara kita ni negara demokrasi..sesiapa saja berhak dan bebas bersuara dan mengeluarkan pendapat..tapi lakukanlah secara berhikmah..nak menegur, biar molek..nak menyindir pun biar tepat kene setepek..peace!
  
p/s: when people hurt you, think of them as sandpapers. They may rub and scratch you painfully but eventually you’ll end up smooth and polished while they end up worn out and ugly..

No comments:

Related Posts with Thumbnails