Followers

Friday, July 22, 2011

barah, kanser, ketumbuhan


Disebabkan sedang bertugas di wad surgikal lelaki, saya rasa makin banyak pulak kes-kes kanser yang saya jumpa setiap hari..Alhamdulillah, kerana pesakit-pesakit yang saya temui ini berfikiran waras dengan segera mencari penyelesaian dan rawatan dengan berjumpa doktor..sebenarnya disini, masih ramai lagi penghidap kanser yang tidak mendapatkan rawatan yang sepatutnya..mereka lebih percayakan bomoh..mentaliti manusia yang percayakan cakap-cakap orang tanpa menyelidik..sedih betul..nanti bila da teruk baru kelam kabut..dah banyakkk dah saya jumpa kes macam ni..lagi-lagi ‘dinegeri’ ini..sembelit pun nak jumpa bomoh jugak..haha..manusia ni memang pelik!

Okey, back to our topic today: barah, kanser, ketumbuhan..actually semua tu sama je..kalo up sket, kita panggil tumor atau neoplasm..ada nama lain tak? setakat ni, tu je la yang saya tahu..ia adalah pertumbuhan sel-sel badan yang tidak terkawal yang boleh mengakibatkan kemudaratan kepada individu tersebut..kalau siapa yang belajar sains / biologi, kita tahu 1 sel akan membahagi jadi 2..2 akan jadi 4..4 akan jadi 8, dan seterusnya..tapi kalau 1 jadi 8, 8 jadi 20?? Haa..itu kira dah tak normal dan memudaratkan la tu..



Ketumbuhan ni terbahagi kepada 2..benign dan malignant..beningn ni ialah ketumbuhan yang tak merbahaya, tidak merebak dan boleh dibuang dengan mudah..kalau malignant ni pulak, ia sebaliknya..merbahaya, merebak sangat pantas dan kalau buang pun boleh tumbuh lagi banyak dari asal..selalunya, ketumbuhan jenis malignant ni la yang kita panggil kanser..bila da sebut kanser, mula la terbayang sakit, kepala botak lepas tu mati..macam dalam drama tu..ye tak?

Apa punca kanser? Tak semestinya kena ada semua faktor yang saya senaraikan kat bawah ni baru boleh dapat kanser..kadang-kadang memang tak tahu punca pun..dan tak semestinya bila ada punca yang kat bawah ni, anda akan dapat kanser..penyakit ni tuhan dah tentukan..bila kita ada daya nak mengelak, kita cuba la..jadi baik berjaga-jaga dari terkejut bila terkena tiba-tiba..ye tak?

  1. idiophatic (punca sebenar tidak diketahui)
  2. terdedah kepada bahan karsinogen terlalu lama (eg: asap rokok, sinar radiasi, cahaya matahari)
  3. virus (eg: virus hepatitis B menyebabkan kanser hati)
  4. hormon ( pengambilan pil perancang kehamilan (OCP) dalam tempoh masa yang panjang)
  5. pemakanan ( tinggi lemak, alkohol, makanan yang dibakar)
  6. genetik (ada ahli keluarga yang menghidap kanser)
  7. faktor geografik (eg: ramai orang jepun menghidap kanser perut akibat makan ikan mentah)

selalunya, bila dah dapat sejenis kanser, contohnya kenser payudara, ia akan merebak ke kawasan lain seperti paru-paru, tulang, hati dan sebagainya..jangkitan ke tempat lain ni bukan terhad kepada organ yang ada sebelah menyebelah je tapi boleh jugak merebak ke organ yang lebih jauh melalui aliran darah atau limfa..sel kanser tu boleh menyerap masuk dalam salur darah dan bergerak ke kawasan lain yang digemarinya sebelum bertapak dan membiak..sangat bahaya ye kawan-kawan..

kanser perut

jadi, sayangilah diri anda dan ahli keluarga yang lain..ape kata sebagai hadiah harijadi tahun ini, pergi buat fully medical check-up..hadiahkan ibu bapa dan pasangan korang baucer medical check-up ke..tu baru betul sayang dan nak hidup sihat supaya boleh celebrate birthday tahun depan..ye kan? Okey gurau je..hehe..

finally, kepada wanita-wanita anggun diluar sana, jangan lupa buat pemeriksaan sendiri payudara okey..dan kepada semua blogger dan rakyat malaysia yang takde blog pun, alert dengan kesihatan diri anda..kalau  rasa-rasa ada yang pelik-pelik, jangan malu jumpa doktor.. pengesanan awal boleh mengelakkan keadaan menjadi semakin teruk..hidup sihat adalah anugerah yang tidak ternilai..remember that!

kepada pesakit kanser, hidup perlu diteruskan..ujian adalah rahmat Allah..when u become a patient, we as nurse, will treat u as perfect as we can..with love and care..insyaAllah..

p/s: saya sayang keluarga dan rakan-rakan saya..sebab tu saya post artikel ni tau!

No comments:

Related Posts with Thumbnails