Followers

Saturday, June 25, 2011

universiti VS universiti

senario 1
nama saya hafiz (bukan nama sebenar)..saya berkelulusan sarjana muda perakaunan dari UxM..saya telah diterima bekerja di syarikat XX dengan gaji yang lumayan..saya gembira bekerja disitu dan mempunyai hubungan baik dengan rakan sekerja serta orang atasan termasuk bos..suatu hari, saya berjumpa dengan seorang pakcik di warung kopi..sedang kami minum-minum, terdengar berita di televisyen yang sedang memaparkan tentang kejayaan anak watan dari universiti tempat saya belajar dahulu..saya sangat terharu dan semangat patriotik yang ada dalam jiwa membuatkan saya rasa seperti mahu menitiskan airmata..tetapi perasaan itu tidak lama kerana tiba-tiba, pakcik yang saya temui itu bersuara dengan sangat kuat bak halilintar tanpa mengetahui asal usul saya " alah, kat tempat aku kerja tu ade budak praktikal dari UxM ni lah..bukan tahu buat kerja pun..budak UxM ni memang tak bagus.."


senario 2
saya hafizah (bukan nama sebenar) merupakan graduan dari UxxM..mungkin silap saya kerana tidak memperolehi gred yang bagus semasa SPM sehinggakan saya dilelong untuk memasuki universiti yang tidak seberapa ini..tapi itu tidak mematahkan semangat saya..berkat usaha yang bersungguh-sungguh, saya berjaya memperolehi segulung diploma dengan keputusan yang cemerlang..namun usaha yang saya lakukan itu seperti sia-sia..sehingga kini, saya masih tidak mampu memperolehi jawatan sesuai dengan bidang yang saya belajar dulu..paling saya ingat, seorang rakan pernah berkata " setakat belajar kat UxxM tu, jangan harap la nak dapat kerja..kau tak tahu ke, budak-budak UxxM ni tak berkualiti? banyak majikan yang cakap macam tu..aku cuma bagitahu kau je"

senario 3
makcik A (bukan nama sebenar): anak belajar kat mana dulu?
siti (bukan nama sebenar): saya belajar kat UxxxM makcik..
makcik A: ohhh..(dalam hati " budak UxxxM ni sosial..jangan harap aku nak buat menantu")

*************************************************
hari ini saya sangat marah..ye..sangat-sangat..walaupun saya bukanlah orang yang terlibat dalam cerita rekaan seperti diatas, tapi saya tetap terasa..untuk semua manusia diluar sana, mind your own word..belajar diuniversiti tu bukan mudah..kalau tidak merasa berada ditempat tersebut, jangan la cakap dengan sesuka hati..kalau ada seorang dua pelajar yang membuat masalah, jangan la dikaitkan dengan seluruh komuniti universiti tersebut..maksud saya, nak marah orang, sebut sahaja la nama beliau, jangan nak sebut nama universiti terlibat..tak pasal-pasal je..

  1. untuk pakcik situasi 1, praktikal adalah masa untuk belajar..kalau salah tolong la tunjukkan..kalau tak reti buat kerja, mungkin pelajar tu seorang sahaja..orang lain pakcik tak pernah jumpa kan? (sebab bukan semua buat praktikal kat office kau) jadi tak payah la nak kaitkan nama universiti tu padahal ko bengang dengan seorang budak je..
  2. untuk majikan-majikan dalam situasi 2, jangan pilih kasih..tak semestinya graduan yang datang dari universiti A tu semua bagus..dan tak semestinya yang datang dari universiti B tu semua tak bagus..ambil mereka bekerja dan nilai mereka sebagai individu, bukan sebagai kelompok..
  3. untuk makcik dalam situasi 3, tak semua yang datang dari universiti yang ko rasa sosial tu memang sosial..agak-agak la kan..ko dengar dari mana? boleh pulak percaya? ko pernah belajar kat universiti tu ke? suka-suka je kan..nama universiti tak melambangkan sahsiah pelajar la..kalau macam tu, lepas ni suruh la gomen tukar semua nama universiti letak yang ala-ala ayu-sopan-beragama sket kan..baru takde makcik-makcik yang minded macam kau lagi..tak pasal-pasal ramai graduan tak kawen plak nanti..hahaha..
okey, dah habis geram..saya maafkan anda yang buat saya marah tadi..lain kali, cakap guna otak..tapi jangan la letak otak kat kepala lutut pulak ye..opss sori :D

4 comments:

Nurul Jannah said...

ade jgk org cmnikan..huhu

harrazdani said...

senario 1 dan 3 saya rasa dapat agak universiti mana....huhuhu...tp setuju dengan pendapat tuan blog...jgn hanya seekor kerbau membawa lumpur, terpalit semuanya...baru2 ini ada seorang NC dari universiti tempatan mengatakan kebanyakan graduan universiti tempatan adalah hampas..kerana yg berkualiti semuanya telah dihantar ke luar negara oleh kerajaan. jd tidak hairanlah jika orang awam melabel pelajar;pelajar ipta tempatan tidak berkualiti jika tunjangnya pun mendakwa sedemikian.....bg sy semua universiti adalah sama....yg penting kesungguhan pelajar itu menuntut ilmu..

faizura rahman said...

nurul jannah: ade..ape pulak tak de..dalam dunia ni mcm2 ada..hehe

faizura rahman said...

harrazdani: eh, boleh agak ke? hahaha..

yup..kesian jugak kt NC tu..mungkin die frust tak dpt jd NC utk uni luar negara..tgk, cakap tak fikir, kan da memalukan diri sendiri...haha

btw, semua uni adalah sama..pusat ilmu..hmm..kebijaksanaan bukan terletak pada brape byk sijil yang kita ada, tp pd cara pembawakan diri, cara berfikir dan bertindak..jangan sesuka hati nak melabel itu ini pada organisasi..ini sgt sensitif..

Related Posts with Thumbnails