Followers

Wednesday, May 4, 2011

Hepatitis B..takut tak?

Baru-baru ini di beberapa surat khabar utama dan juga buletin utama TV3 telah membuat liputan dan mengeluarkan artikel berkaitan dengan penyakit hepatitis B yang lebih mudah berjangkit berbanding HIV..memandangkan tak ramai masyarakat kita yang tahu tentangnya, jadi kali ini saya nak buat story telling berkaitan Hepatitis B..hehe..


Hepatitis B merupakan jangkitan pada hati oleh ’hepatitis B virus’ (HBV). Virus ini boleh dijumpai dalam HAMPIR SEMUA cecair badan penghidap hepatitis B seperti air mata, air liur, air kencing, air mani, susu ibu dll..

Dianggarkan seramai 1.65 juta orang rakyat Malaysia adalah pembawa penyakit ini..pembawa maksudnya individu itu telah mempunyai virus Hepatitis B didalam badannya tetapi masih belum menunjukkan simptom penyakit..wah wah..takut tak? Siapa tahu pagi tadi, orang yang duduk sebelah kita kat dalam komuter, yang terbatuk-batuk tu seorang pembawa? Siapa sedar rakan yang berkongsi straw dengan kita masa makan tadi adalah pembawa? Choii choiiiii..mintak jauh~!

 
Berdasarkan gambar kat atas ni, malaysia termasuk dalam area yang paling banyak penghidap dan pembawa Hepatitis B..meriah kan? Haish..btw, kat bawah ni adalah simptom yang mungkin ditunjukkan oleh penghidap hepatitis B..lets cheak it out (mintak dijauhkan la ye)

  • Kadang kala tiada tanda-tanda langsung
  • Hilang selera makan
  • Penat berlebihan
  • Loya dan muntah
  • Sakit perut
  • Sakit sendi
  • Gatal-gatal
  • Jaundice (sakit kuning)
  • Demam sederhana
  • Air kencing berwanrna gelap (tidak jernih)
  • Radang hati
  • Liver chirrosis
  • Kegagalan fungsi hati
  • Kanser hati

Macamana penyakit ni boleh merebak? Semuanya akibat terdedah dengan cecair badan orang yang berpenyakit..Baca betul-betul dan ingat ye..sebab, kita semua sangat berisiko~!

  • Berkongsi jarum suntikan dengan pesakit hepatitis B
  • Hemodialisis (untuk pesakit buah pinggang)
  • Pekerja kesihatan yang terdedah dengan cecair badan pesakit hepatitis B
  • Pemindahan organ atau darah yang tidak diskrin terlebih dahulu
  • Akupuntur, tatoo, tindik yang menggunakan alatan yang tercemar dengan virus
  • Rawatan gigi yang menggunakan alatan tercemar
  • Hubungan seks dengan pesakit
  • Ibu yang menghidap hepatitis B kepada anak dalam kendungan
  • Berkongsi alatan penjagaan diri seperti alat pencukur dan pemotong kuku
Kebanyakkan orang yang dijangkiti boleh sembuh..Tapi ada lagi ramai yang tidak sembuh, menjadi semakin teruk dan akhirnya MATI..memandangkan takde langsung ubat yang 100% boleh menyembuhkan penyakit ini, beberapa langkah boleh diambil untuk mengurangkan keterukkan penyakit (bagi penghidap) seperti

  • Minum banyak air
  • Rehat yang cukup
  • Makanan rendah garam dan rendah lemak
  • Jauhi arak dan alkohol
  • Jangan ambil ubatan sebarangan tanpa nasihat doktor

Anyway, jangan panik..ada cara untuk mengelakkan diri kita dari mendapat penyakit ini iaitu mengambil suntikan vaksin Hepatitis B..vaksin ini akan merangsang badan kita untuk menghasilkan antibodi bagi melindungi diri kita dari jangkitan..dengan vaksin ini, insyaAllah, 95% ia akan melindungi kita..mempunyai 3 dos dan ia bertahan lebih kurang 10 tahun..mana nak dapat? Pergi la melawat klinik-klinik kerajaan untuk mendapatkannya..usaha tangga kejayaan ye kawan-kawan..

Saya dah dapat suntikan, anda bila lagi? hehe

4 comments:

Along Tapa said...

aaaaa...errrmmmm....pasal penyakit yang dah obvious ni, aku tak dapat fikirkan komen yang kreatif..kecuali enggeh jek apa ko cakap...hehehe~

Gorengbaek - Kata pasangan/berganda dalam loghat Johor

Hangit Habis dah - Kenapa benda ni selalu ada dalam kenderaan awam ha??

Kerat Senget - My Own Path

faizura rahman said...

along tapa: enggeh tu ape? haha

NURA said...

salam sobat
memang menakutkan kalau hepatitis b,
makanya vaksin pencegahannya.
trims visitnya ke Saudi Arabia

FirdausMalek said...

http://firdausmalek86.blogspot.com/2011/05/badan-berbau.html
saje nak letak link...haha

Related Posts with Thumbnails