Followers

Wednesday, April 27, 2011

mata oh mata

Currently  saya sedang menjalani attachment di eye clinic (klinik pakar mata) hospital tempat saya sedang bekerja..kat sini macam-macam yang saya belajar berkaitan mata..cara nak buat ujian visual guna carta macam kat bawah ni..
tu nama dia snellen chart :)

cara mencuci mata (I mean bersihkan mata..bukan mengusha awek-awek cun..hehe)..mendilate anak mata sebelum diperiksa oleh pakar mata..
kanan: anak mata saiz biasa..kiri: anak mata selepas di-dilate

dan dapat melihat pelbagai keadaan abnormal mata..unfortunately, hari ini saya dihidangkan dengan satu kes tidak bertanggungjawab seorang guru yang tidak membawa pelajarnya yang cedera ke klinik/hospital dan tidak memaklumkan kecederaan yang dialami oleh si anak kepada ibu bapanya..so sad..

ketika mengambil laporan dan sejarah kejadian, pelajar tingkatan tiga ini memberitahu yang mata beliau terkena bucu meja ketika ingin tunduk mengambil pen yang terjatuh..apabila memaklumkan kemalangan yang dialaminya kepada guru, guru tersebut hanya mengarahkan pelajar itu untuk berehat dan tidur di bilik sakit..cuba la korang bayangkan, kemalangan berlaku jam 9.30am..then si pelajar disuruh tidur sampailah waktu sesi persekolahan tamat, jam 2pm..tak menganiaya ke tu? Kalo setakat sakit perut atau demam, boleh la nak suruh tidur macam tu..ni, mata budak tu merah padam, kelopak mata bengkak dan susah nak buka, boleh lagi suruh tidur? 

Mata tu pancaindera penting cikgu-cikgu oii..tahu la itu anak murid, bukan anak kandung awak..tapi beragak la sikit..saya ni bukan nak menghentam sesiapa..saya pun pernah jadi cikgu..saya tahu cikgu ni busy, banyak kelas nak masuk untuk mengajar..tapi menjaga pelajar pun tanggungjawab jugak..kalo dah cedera macam ni, tak kan nak simpan kat bilik sakit je? Takkan tak inform ibu bapa..mentang-mentang la budak tu orang kampung, ayah kerja biasa-biasa, mak surirumah..kalo parents budak tu educated, memang ko kena saman la cikgu oii~!
takkan nak tunggu macam ni baru nak kelam-kabut?

Sekarang ni, budak tu dah kena admit wad..time examination tadi didapati cornea budak tu calar and ada bleeding..masa ujian visual pulak, budak tu just nampak benda yang 1 meter depan dia je..1 meter beb! Jangan main-main..then, punya lama budak tu tidur kat bilik sakit, ntah tak tahu kuman ape yang dah masuk via luka kat mata dia..kalo ade infection? Heh..menjawab la ye nanti…

ke nak tengok benda mcmni baru teringat klinik tu kat mane?
kerja tu amanah..tak kira la kita ni cikgu ke, nurse ke, kerani ke, tukang sapu ke..ingat, Allah sentiasa melihat..

5 comments:

misS-dA said...

cian bdak tu..ckgu ni sepatutnya maklumkn pd gru btugas agr gru btugas leh bwk p klinik if die xmo bwk..infrm pd parents tiap kali blakunya pelajar skit..

p/s: malukn kaum pndidik..huhu~

nathirahazni said...

buang gamba mata2 tuh skrg!!!!! hahaha sy tutup mata kot bce blog awak nih (tipu, ade bukak skit, klu x mcm mane nk bc ye dak? haha)

faizura rahman said...

miss-da: hmm tu la..sy yg jd cikgu utk 6bln je pun, still tahu ape nk buat kalo pelajar hadapi kemalangan, xkira la kecik mana pun..sbb, pd org yg xtahu ttg kesihatan, bnd ni mungkin kecil, tp bg org yg tahu, kes ni sbnrnya berat..nak selamat, apape pun, bw g cheakup n inform parents..

faizura rahman said...

nathirahazni: haha..ni la blog fyezrahman..'truly from heart for u to feel it' :p

Abdullah Abelah said...

kna arr dptkan rawattan segera...jgn biarkan iaa lama2

Related Posts with Thumbnails