Followers

Monday, March 7, 2011

duit atau sahabat?

''..kerana kau adalah seorang sahabat, aku tak teragak-agak nak membantu ape yang patut..tak cukup duit nak makan? ouh tak pe..aku bagi ko pinjam dulu, nanti da cukup bulan ko bayar la enh! aku ni bukan la kaya..tapi setakat nak pinjam untuk makan boleh la..''

''..thanks beb! janji!! nanti da gaji aku bayar..terima kasih tau!!..''

''..its okey..mak aku cakap, dosa kalau aku kenyang, tapi tak berkongsi..padahal aku tahu kau kelaparan..kalau dekat, boleh la share makanan..ni jauh, jadi aku boleh bagi pinjam ape yang patut je la..''

sebulan kemudian

''..weh gaji da masuk belum? bila nak bayar hutang? aku nak pakai duit la..''

''..belum gaji la beb..nanti kalo ade, aku bank in okey..jangan risau..''

dua bulan kemudian

''..beb, aku serius nak pakai duit..nak duit boleh?..''

''..sori weh..keta aku problem r..kene masuk bengkel..nanti gaji lagi sekali, aku janji aku bayar..''

enam bulan kemudian

''..agak-agak, duit ko ade lagi tak?..''

''...........''

setahun kemudian

''..selamat hari jadi..aku orang 1st ke yang wish?!..''

''..ha'ah la..orang 1st..terer btol..ape kata ko bank in duit aku sebagai hadiah?!..''

''..belum gaji la..''

''..ko jangan macam-macam..da setahun tak gaji ape lagi? tak kan nak aku mengadu kat mak ko kot..''

''..mengadu la kalo ko nak..up to you!..''

''..baik..''

pernah tak korang alami situasi macam ni? situasi yang mana korang terasa seperti seorang pengemis yang sedang meminta sedekah padahal itu adalah hak korang? pernah?! saya yakin SANGAT ramai yang pernah..

 
seorang sahabat pernah menyebut: sebelum nak pinjam duit kat orang, fikir dulu..decide which u need most; friend or money..betul kan? kalau jadi macam kes kat atas ni, memang la boleh bawa sampai hilang kawan..kalau si pemberi pinjam ni kaya-raya, tak mungkin die heran nak kejar si pemiutang..tapi kalo si pemberi pinjam ni seorang student? tak ke merana hidup dia..RM100 tu pun banyak kot..boleh beli sebuah buku teks 'anatomy and physiology' tahu?! haha..

melalui sedikit research yang telah dilakukan (chewah..haha!), Jabatan Mufti Negeri Selangor ada menulis:

Berdosa besar bagi orang yang sengaja tidak membayar hutang. Seseorang yang suka melewat-lewatkan bayaran hutang setelah berkemampuan untuk membayar-nya, boleh mendatangkan kesan buruk dalam hidupnya bukan sahaja di dunia bahkan di akhirat antaranya :
    i. Hidup akan ditimpa kehinaan dan hilang maruahnya.
    ii. Hidup mereka tidak mendapat keredhaan dan keberkatan  Allah.
    iii. Perbuatan mereka itu digolongkan dalam perbuatan zalim.
    iv. Amalan kebajikan mereka tidak akan diterima.

Sabda Rasulullah S.A.W.
  Maksudnya : “Penangguhan hutang oleh orang yang berkuasa membayarnya, adalah satu kezaliman, halal maruah dan hukuman ke atasnya (iaitu pemberi hutang boleh mengambil tindakan ke atas diri dan maruahnya)
(Riwayat Ibnu Majah)
 Sabda Rasulullah S.A.W.
  Maksudnya : “Kurangkan dirimu daripada melakukan dosa, maka akan mudahlah bagimu ketika hendak mati. Kurangkan daripada berhutang nescaya kamu akan hidup bebas”.
  (Riwayat Baihaqi)
 
sudah terang lagi bersuluh..kepada sesiapa yang ada berhutang, silalah jangan menzalimi orang yang telah berbaik hati membantu kamu ketika kamu susah dulu..


Ya Allah, jauhkanlah aku dari sifat begini dan orang-orang begini..amin~

12 comments:

Atsuko Ichirou said...

kdg2 kite yg bg pinjam, kite yg segan nk mintak balik...nanti org kate berkire...

Along Tapa said...

selalunya aku hutang orang aku ingat...tapi aku tak pernah ingat orang hutang dengan aku..tu yang pokai manjang tu...

Gorengbaek - Koleksi gambor kat Muor 2

Hangit Habis dah - Aku nak hentam korang...korang nak kata apa??hehe...

Kerat Senget - Behind These Eyes

budak chOmel said...

well, aku penah la jugak dgr psal org yg bg pinjam duet terpaksa tebalkan muka mintak duet dea balik..

ntah la..zaman skang ni payah sket nk caya kat org..naseb baek la aku jobless..jd org xpinjam duet aku.. :p

athirahazni said...

aik? x setel lagi ke?

faizura rahman said...

atsuko ichirou: btol btol..tp kalo itu hak kita, mmg perlu mintak..kecuali kalo kita berniat nak sedekah..hehe

faizura rahman said...

along: haha..sama la tu..patut la kte x kaya2..haha..tp kalo org tu mmg cari pasal, ade duit tp berlakon mcm miskin, mmg kne la kan..mmg nk kena kejar smp lubang cacing!

faizura rahman said...

budak chomel: haha..nasib baik ek? ok la..lps ni nak berlakon mcm org yg xde duit la..semoga duit dlm akaun selamat lepas ni! ahaha

faizura rahman said...

athirahazni: dah..dah setel dah..sy btol2 contect mak die..haha..jgn cabar beb!

misS-dA said...

kes ni bese kna gak..smpai mls nk mtk org 2 gnti..bg kte la kan..bkn nk ckp dri kya..tp xtau nk mtk..tkut org 2 le..if da pnjm dwet..xkan lpe kot nk byr..atlis msti teringt2 de pkr xwat agy.ishk2..sighh~~

ayie said...

tak ramai yang berani mintak hutang, terutama dengan kawan baik. aku pun macam tu jugak..lepas 2 sem baru ada keberanian, tu pun setelah terdesak xde duit nak balik cuti sem..

Cik Nathrah said...

betol2!pernah terjadi gak kat saye! tension lah. kadang2 kite pon naik segan nak mintak hutang kat orang. padahal org tu lah yg kene berigt kalau dah hutang kat org tu kan?

nik lan nik mat said...

"ko ingat budak2 perempuan kat kl ni semua ade dara lagi ke?"
tu bkn ayat ye...buat pengetahuan saudari, ayat tu saya kopipes dari cite aku masih dara tu

Related Posts with Thumbnails