Followers

Saturday, February 12, 2011

merokok?! mana ada gaya (2) - berhenti merokok

Hi kawan-kawan..kali ni entri tentang rokok lagi..(klik sini untuk entri ’merokok?! mana ada gaya’) sesuai dengan kempen ’TAK NAK’ kerajaan yang nampak macam tak bermaya tu..kenapa tak bermaya? Sebab still ramai sangat yang bangga mengaku mereka perokok tegar..bangga hembus asap sana-sini padahal orang lain pandang mereka sebagai individu yang sangat bodoh..menunjuk-nunjuk bahawa tak sabar nak mati..hmm..mungkin dah puas hidup dan cukup amal barangkali..whatever it is..


Mungkin korang dah tahu, tapi still saya nak habaq mai..perokok memang akan mati cepat (ajal maut memang ditangan tuhan, tu tak payah cerita la) berdasarkan kajian dan sejarah kematian yang sangat bervariasi..gambar kat kotak rokok macam kanser leher, kanser paru-paru, dan macam-macam lagi..hari-hari korang nampak tapi buat-buat tak perasan kan? Itu ialah ancaman untuk perokok tu sendiri..tapi bagi yang tak merokok tapi menghidu asap rokok? Yang tak menghidu secara live asap, tapi tercium-cium bau yang melekat kat baju korang? Dua kategori perokok pasif ni pun cepat mati jugak..malah LEBIH cepat mati dari perokok tu berdasarkan kajian. (nak baca lebih, klik sini)..bunuh orang tu berdosa besar, korang tahu ke tak?!

Saya paling pantang jika ada yang berkata, "Relaks la, lama-lama nanti aku akan berhenti sendiri bila sampai seru" berhenti sendiri? Hahaha..hebatnya! apa maksud berhenti sendiri tu? Time otak korang berhenti sendiri dari berfikir tentang rokok? Time tangan dan mulut korang berhenti sendiri dari melekat pada rokok? Bila tu? Confirm time nafas korang tiba-tiba TER-berhenti sendiri..M.A.T.I ! time tu tak payah cakap la..budak kecik pun tahu..

So untuk membuka minda korang yang lemas dengan asap tu, kat sini ada 3 cara yang pada saya praktikal dan mudah untuk diamalkan bagi membantu korang berhenti merokok..(fikir secara positif..kalau rasa nak berhenti merokoklah kan)

1)      Kaedah tampalan
  • Jenama yang popular dipasaran : NiQuitin (boleh didapati dalam dos 7mg, 14mg dan 21mg)
  • Harga sekotak (7 keping) tidak lebih RM75
  • Ketagihan merokok dikatakan akan lenyap dalam masa 5minit selepas tampalan dilakukan dikawasan yang tidak mempunyai bulu roma (eg. belakang badan)
  • Perlu diamalkan mengikut arahan selama 12 minggu (3 bulan)
  • Tampalan NiQuitin digunakan dalam tiga peringkat. Untuk enam minggu pertama, tampalan yang digunakan ialah bagi dos 21mg. Kemudian diikuti dengan tampalan berdos 14mg untuk dua minggu. Tampalan NiQuitin 7mg pula ialah untuk dua minggu yang terakhir. (Tampalan selama 24jam)

2)      Kaedah lozenges / gula-gula
  • Boleh didapati dalam pek 2mg dan 4mg pada harga RM52.80 sen dan RM69.60 sen untuk satu kotak berisi 48 biji
  • Tidak berperisa dan tidak mengandungi gula, maka ia tidak mendatangkan kesan sampingan dan sesuai untuk pesakit diabetes
  • Perokok yang tinggi kadar hisapan rokoknya, perlu mengambil sebiji gula-gula 4mg setiap satu hingga dua jam sekali untuk 6 minggu, kemudian setiap dua hingga empat jam sekali untuk tiga minggu selanjutnya


3)      Progam methadone (terapi gantian methadone)
  • Rawatan jangka masa panjang (sehingga berjaya berhenti merokok) dan percuma
  • Diberikan sebagai rawatan untuk pesakit luar di klinik dan hospital yang telah dipilih oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (klik untuk senarai klinik dan hospital).
  • Setiap penerima terapi gantian metadone wajib memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh KKM dan mematuhi kaedah rawatan seperti yang ditetapkan
  • Methadone perlu diambil setiap hari dan pemberian metadone dipantau oleh pegawai farmasi dengan rapi di klinik dan hospital
  • Perlu patuh dan berdisiplin kerana lebihan dos mengakibatkan ketagihan pada ubat tersebut (nak stop rokok, jd ketagih ubat pulak..apecer?!)
  • Metahdone ialah dadah sintetik yang mempunyai kesan yang sama seperti heroin atau morfin tetapi di ambil secara oral (melalui mulut) bertindak menutup dan menghilangkan rangsangan nikotin pada otak
  • Selain pemberian ubat, perokok perlu mengikuti aktiviti terapi kognitif, terapi tingkah-laku, latihan asertif, sokongan sosial dan pembinaan kesihatan rohani yang lengkap untuk mendapatkan hasil yang lebih baik (sebab tu ramai yang tak minat, orang kita kan kurang berdisiplin)

Anggaran perbelanjaan dan perbandingan menurut sebuah laman web:
  • Sekotak rokok sehari (rm10) x 3bln = rm900
  • Rawatan kaedah tampalan (3bln)  = rm 750
  • Rawatan kaedah lozenges (3bln) = rm634 hingga rm835
  • Program methadone (sehingga berhasil) = F.O.C

So fikir-fikirkan lah..nak seribu daya, tak nak seribu dalih..kalau rasa tak boleh nak buang tabiat tu, silalah mati sorang-sorang..jangan libatkan orang lain yang tak bersalah..tapi, sebelum mati, ingatlah orang yang tersayang..mak bapak, adik beradik, bini dan anak-anak..ramai sebenarnya yang sayang kat korang, korang je tak perasan sebab sibuk sangat dengan dunia asap tu..kan kan?!

saya belum cukup amal..jangan bunuh saya..boleh?!

5 comments:

Ayuni said...

seramnye, hrp2 yg ske merokok bc nie...

faizura rahman said...

ayuni:btol2..jangan la bunuh diri

Along Tapa said...

haha..aku baca..tapi kalo nak diikutkan, merokok ni nak berhenti senang jek..kalo nak, tak sampai seminggu dah boleh berhenti...yang jadik tak berhenti2 tu sebab memang taknak berhenti..kan?

Gorengbaek - Peribahasa kita...patut ke tak kita tukor?

Hangit Habis dah - Kalo lebih-lebih ni, aku pun benci...

faizura rahman said...

along: btol btol btol..alasan je lebih~ kan kan?!

wayda said...

agak2 boleh beli satu papan dulu tak ? yang kaedah gula2 tu .

Related Posts with Thumbnails