Followers

Thursday, January 6, 2011

trip to langkawi - 1

hi kawan-kawan..lama dah entri ni terperam..sori..kehilangan mood akibat kerinduan kepada kawan-kawan lama melenyapkan semangat untuk menulis seketika..chewah! haha..

okey, ini apa yang saya dah janji..entri tentang percutian paling bes tahun ini (2010)..

final line up :)
 itu ialah best buddy yang ikut serta untuk percutian kali ini.. 
dari belakang : blogger herry (pakai sun glasses), najwa, zaini-si kawan baru, blogger ajim green.. 
di hadapan : saya (baju pink), faizah azam- mastermind, syuhada, blogger athirah dan fatin..

ini ialah percutian berani-mati kami..seriously, cik mastermind hanya berbincang dengan saya secara serius, beberapa minggu sebelum tarikh percutian pada 19-23 december 2010..masa tu jugak la kelam kabut calling-calling macam-macam orang untuk booking itu ini dan untuk mencari rakan-rakan yang nak join percutian ini..memandangkan saya dan cik mastermind totally zero dalam ilmu jalan-jalan ke Langkawi, kami hanya ikut kata hati :)

kami berkumpul di hentian bas bukit jalil pada jam 9.30pm dan tiba di terminal bas kuala perlis jam 3.30am..actually tak sangka la pulak nak sampai kuala perlis seawal tu..takut pulak rasa sebab hanya ada beberapa orang termasuk kami yang turun di terminal tersebut..sunyi sepi..sejuk..mamai..zzz


semasa menunggu masuk waktu solat subuh, kami merancang aktiviti yang ingin kami lakukan disana..kami menyewa sebuah van, cheak-in di sugary beach motel, kembali ke jeti untuk menunggu ketibaan seorang lagi peserta rombongan yang datang dari kedah dan menghabiskan masa pada hari tersebut dengan senang hati..hehe..enjoy pic :)

di terminal yang sunyi sepi, encik herry tetap ceria!
cik athirah dan cik fatin merangka pelan lawatan
di hadapan jeti kuala perlis (cis, tak sempat posing pulak!)
cik faizah (mastermind), cik syuhada dan cik fyez dalam feri
encik zaini dan encik ajim yang mabuk laut :p
sampai di jeti kuah
van yang banyak berjasa..wiwiiiit! hehe
cik mastermind mau ambil kunci bilik :)
taman di sekitar dataran Lang..setting untuk shooting :)
photo shoot :)
photo shoot lagi di pantai chenang :)
dinner di restoran hj jelani, pantai chenang
cik athirah menunjukkan skill memilih ikan
dinner di tepi pantai :)
makan..makan..
di hotel Casa del Mar..1 bilik untuk rm 800 per night!!
shopping sebelum balik dan zzz
ini gambar pada hari pertama..aktiviti hari kedua dan ketiga lagi menarik..tunggu ya!

baru tahu bercuti dengan kawan sekolah yang da 7 tahun tak jumpa tu sangat bes! hehe

13 comments:

misS-dA said...

mau agy pcutian spt ini..sy sgt sonok bcuti dgn kalian..thn ni ke mane ye??hehe

ajim said...

err..pembetulan. saya tak mabuk laut. cuma.. charge tenaga utk 3hari sebagai seorg pemandu(van) yang setia~ (:

pape pn, mmg enjoy!! next trip please~ (:

athirahazni said...

haha.. ade pun, ingt kan xde entry nih. haha ATLAST~

Along Tapa said...

mana gambor aku??eh lupa...aku tak tersenarai...haha

bebanyak gambor, gambor photoshoot kat pantai chenang tu gak yang menarik perhatian...taktau apsal..

Gorengbaek - Kenapa ramai jantan sudah tangkap syok sama janda skang??

Hangit habis dah - Alahai cik kak...bertimbang rasa la sikit ek...

faizura rahman said...

@miss-da: wah! syue ade blog la! hehe..this year?! wait n see..ktorg kan kamikaze..mane penah buat bnd awal2..haha

shima said...

wah bestnye... bile nak ajak orang johor oi bercuti ni cik fye?

faizura rahman said...

@ajim: driver enh?! haha..next trip, nnt sy update dgn cik mastermind..tungguuuuuu~ :)

faizura rahman said...

@athirahazni: haha..finally..

faizura rahman said...

@along: photoshoot kt pantai chenang?! alamak..gmbr tu seksi! hahaha

faizura rahman said...

@shima: org johor enh?! hehe..proposal proposal! haha..dgr cite faiz nak buat reunion..bile ek?

athirahazni said...

owh, and gambr yang last tuh !! haha kak faizah ingt die ngah men dgn anak kucing ke ape?? haha.. CES~

faizura rahman said...

@ athirahazni: wah besar nye anak KUCING tu! haha

athirahazni said...

sekali lagi.. CES~

Related Posts with Thumbnails