Followers

Sunday, January 2, 2011

satu hasrat, satu semangat, satu tekad :)

hari ini dah start dah beberapa kumpulan adik-adik bergerak menuju ke kem-kem PLKN seluruh malaysia..tahniah diucapkan kepada yang terpilih..you are the choosen ones..harus berbangga!


hari ini, bagi yang terpilih, mereka semua memang sangat bertuah..tempat tinggal dah cantik..elaun dah naik..stay at one place until u complete the course..zaman saya dulu, the pioneer, siri satu, kumpulan satu - tidur dalam khemah, atas katil askar..kalau hujan lebat, semua orang terpaksa pegang tiang khemah supaya khemah tak melayang..lepas sebulan, kena pindah ke universiti dengan bas yang takde aircond dan tingkap yang tak boleh dibuka dari gua musang ke shah alam..ouh memang pengalaman sungguhlah..

fyi, saya orang KL, kene pulak pergi kem di gua musang, kelantan..dengar nama pun dah menangis..sampai sana, lagi lah sentap..memang betul-betul gua lah! zaman tu, tanah merah lagi..kalau korang polish but kilat-kilat, step out dari khemah je, but korang terus jadi merah dek debu tanah tu..sakit hati beb! but tak berkilat, kena marah pulak..haha..tapi sekarang kem etnobotani, gua musang dah cun dah..hari tu saya ada lalu kat depan tu :)

masa nak pergi tu, di pick-up point bukit jalil, memang sumpah saya menangis..takut beb..mama dan ayah dah gelak-gelak dah..dalam perjalanan, pakcik bas siap sesat-sesat lagi cari lokasi kem..sampai-sampai da dekat maghrib..terus kena beratur ambil baju dan macam-macam benda yang PLKN nak bagi..the worse part, sebab lambat sampai, semua saiz yang tinggal macam saiz untuk gergasi..labuh dan besaaaaar punya..tapi pengurusan PLKN sangat bagus..ada pulak tailor datang untuk alter baju supaya fit dengan badan masing-masing..ada barber datang untuk potong rambut budak-budak lelaki supaya nampak lebih kacak..semuanya free of charge..memang cun lah!

aktiviti PLKN?! memang bes sangat-sangat..saya rasa la..di kem- kawad, tempur tanpa senjata, rempuh halangan, water sport, hiking, abseiling and flying fox, ikhtiar hutan, rawatan kecemasan dan kemuncaknya aktiviti wira jaya yang mana korang akan dilepaskan dalam hutan dan perlu cari jalan pulang sendiri menggunakan peta dan kompas..memang super seronok! di universiti pulak- banyak masa perlu ke kelas- tayangan gambar, perbincangan, menyanyi, berlakon, mewarna, bercerita..time kerja luar, pergi jalan-jalan, buat kerja amal cat jalanraya, bersihkan taman permainan, bagi orang sakit makan kat hospital dan rumah orang tua..macam-macam lagi la kalau nak cerita..tapi sekarang ni, semua aktiviti just kat kem je..takde dah sebulan kat kem, dua bulan kat universiti macam saya dulu..dan yang paling bes, adik-adik sekarang boleh main senapang! haha..
 
lagi satu benda bes kat PLKN, ialah makan 6 kali sehari..memang gebu la badan korang..menu dah la best-best..makan ramai-ramai lagi lah berselera..then bagi yang daring sikit, lepas PLKN mesti dah berstatus 'in relationship'..haha..yang ni tak bagus ye adik-adik..jangan tiru!

okey, lepas tamat latihan, time nak balik, sumpah saya nangis lagi..mama dan ayah pun masih gelak-gelak lagi tengok anak die yang seorang ni punya perangai..sebab apa menangis?! sebab tak mahu balik dan berpisah dengan kawan-kawan! haha..its me - memang drama!

me and my besties - yat :)
so serius, untuk sesiapa yang dapat pergi tu, tahniah..enjoy every moment of it..sebab di akhir program nanti, korang sure rasa taknak balik punye..seronok jumpe kawan baru, suasana baru..percayo la cakap den! gud luck untuk adik saya - si abang kachak dan sepupunya kerana dapat PLKN di tempat yang sama dan kumpulan yang sama, yang bakal berangkat esok (3 jan 2011) ke kem taman gemilang, gopeng perak..babai korang!!

ada blogger dapat PLKN tak?!

17 comments:

shima said...

mengenang kisah lampau ke nih ye. hehehe...

faizura rahman said...

@shima: haha..adk kte dapat plkn..tu yg ter-excited tu! hehe

Jejaka Terhangat said...

ehh...1st siri lahir tahun 86 kan. same la kita..pastu universiti kat uitm shah alam? overall PLKN memang best..tp target kerajaan dlm mendisiplinkan remaja..adakah berjaya? fuhh..

faizura rahman said...

@JT: eh, kita sama kem ke?! jeng jeng jeng..siapakah anda?! hahaha

Jejaka Terhangat said...

tak same kem..tp sama ipt..kat uitm shah alam masa tu gabungan kem dari ayer tawar, segari,gua musang, setiu..kan? uitm shah alam tu gabungan kem yg terbesar masa batch kita..btw, JT dah buat entri psl PLKN gak..nnti JT backlink kan ke sini yek..=)

RHMTFRID said...

fye, saya dapat!! =.="

husni said...

saya dapat..kem merbok.
mmg best

faizura rahman said...

@JT: yup..uitm menghimpunkan pelatih paling ramai..ade satu masa siap bertembung dgn pelatih siri 3..mmg havoc!

ouh, da baca entry kamu..thx TJ ^_^

faizura rahman said...

@RHMTFRID: haha..sengal!

faizura rahman said...

@husni: wah ye ke?! plkn mmg bes la kan :)

Along Tapa said...

sama zaman la kita ek...bila ko citer pasal plkn jek, aku mesti tersenyum..sebab dalam semua intake tu, nama aku tak tersenarai langsung..adeh~~

Gorengbaek - Lagenda Melayu: Pemberontak yang disanjung

Hangit habis dah - Cik Miamans kata aku frust peringkat tinggi..otak ko!!

faizura rahman said...

@along: ko '86 jugak ke?! wah wah..rugi ko xterpilih~ hehe

geekz36 said...

x pernah pi plkn. orang cakap bosan kat sana. tp x tau la, masing2 punya pendapat sendiri

Entry terbaru: Promosi! Akaun Hotfile 6 Bulan Rm20 Sahaja

faizura rahman said...

@geekz36: orang yang xmenghargai peluang, mungkin cakap bosan..die rasa program tu xberi manfaat kot sbb xpernah nak pandang sesuatu tu dari sisi positif..setiap org ade pendapat sendiri :)

Fatin Athirah Amani said...
This comment has been removed by the author.
RAZMAN BIN RAHMAD said...

nak jadi baik atau buruk, itu terpulang pada pelatih bila keluar PLKN. kami hanya tunjukkan jalan sahaja.
http://cikguplkn.blogspot.com/

aliaa said...

Akak dpt plkn dekat gua musang. Kem Etnobotani ke ?

Related Posts with Thumbnails