Followers

Friday, December 31, 2010

happy birthday AYAH!

every year, 1 januari adalah hari ulang tahun kelahiran ayah saya..jadi, post ini saya tujukan untuk beliau, En Abdul Rahman bin Ahmad Sohaimi..

selamat hari jadi ayah..
i miss u so much! 
sangat sedih sebab tak boleh balik dan celebrate sama-sama as a whole family for this year..
im proud to have u as my dad as u being so protective n believe in what im doing now..
semoga ayah sentiasa sihat, panjang umur dan di murahkan rezeki..
i LOVE u and it will remain FOREVER! insyaAllah..


update: baru tahu hari ni birthday uncle saya :) happy birthday too, uncle man!


huargh..ter-menangis pulak time buat entri ni! nak balikkkkkkkkk!!!

aduh, penutup 2010?!

hi kawan-kawan..hari ni hari jumaat, merangkap 31 december, a.k.a hari terakhir dalam tahun 2010..untuk sesiapa yang berjaya pergi solat jumaat tadi, tahniah saya ucapkan..Alhamdulillah kerana kamu sedar kewajipan sebagai seorang Islam..kepada yang ponteng, harap-harap next year takde lagi korang buat perangai macam tu..okey?! dosa weh dosa!

kalau cakap pasal tahun baru, mesti terfikir pasal azam..ape azam korang?! and if we say new year, mesti terbayang konsert, bunyi-bunyi bunga api..haih..jangan ada yang kena tangkap time road block dah la ye..haha..


tak nampak? okey tengok bawah ni..

wtfish?!


kenapa penutup 2010 ada makhluk ni, di NEGERI ini ?! artis malaysia mahal sangat ke?! aduh, saya memang tak faham!

selamat menyambut 2011..semoga perjalanannya lebih lancar dan sempurna dari 2010..

Thursday, December 30, 2010

award 'the best follower'

wah saya dapat award la :) thanks to selipar korea!


malaysia menang piala AFF, saya pun dapat award jugak..nice!

Monday, December 27, 2010

definisi CINTA


Di hadapan orang yang kita CINTA, hati kita akan berdegup kencang..
Di hadapan orang yang kita CINTA, musim sentiasa berbunga-bunga..
Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita CINTA, kita akan kaku..
Di depan orang yang kita CINTA, kita menjadi malu..
Saat kau menCINTAi seseorang, kau akan melakukan apapun untuk kebahagiaannya walaupun kau harus mengorbankan jiwamu..
Saat kau menCINTAi seseorang dan berada di sisinya maka kau akan menggenggam erat tangannya..
CINTA adalah saat dia menangis dan kau akan membiarkannya menangis di bahumu sambil berkata, 
"Mari kita selesaikan masalah ini bersama-sama.." 
CINTA adalah saat kau melihatnya dan kau akan berkata, 
"Buatku dia adalah anugerah terindah yang pernah Tuhan berikan padaku.." 
Pada saat orang yang kau CINTAi menyakitimu, kau akan berkata, 
"tak apa dia hanya tak tau apa yang dia lakukan.." 
Pada saat kau CINTA padanya, kau akan selalu menantinya dengan setia dan tulus..
CINTA adalah kau akan menemaninya tak kira bagaimanapun keadaanmu ketika itu..
CINTA adalah hal yang memberi dengan rela tanpa mengharap balasan dan pujian..
CINTA di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi..tanpanya kita akan rasa sunyi..
CINTA itu adalah perasaan sayang sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya 
walaupun dia buat tak tau je..

ouh i love sunset!
 
okey, part yang last tu memang spoiled, tapi kalau dah CINTA....... :)

Sunday, December 26, 2010

contest aku dan kacamata

got this tag from abg eQ..tak sangka abang kacak ni tag saya! haha..gambar ni diambil ketika ke Langkawi untuk percutian hebat tempohari..

bagi sesiapa yang nak usha contest ni, sila la melawat page syafiQ rosli.. tarikh tutup penyertaan adalah 11 january 2011..

dua orang yang bertuah yang saya nak tag ialah:
gud luck :)

Ana Raffali - Tolong Ingatkan Aku



Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa

Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa dimakan hari

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa

Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Ku teringatkanmu
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa

Tolong ingatkan aku
Kisah kita

Thursday, December 23, 2010

fyezrahman pemenang eQbalzack 2010 giveaway contest !

hai kawan-kawan..im back for my 3d2n langkawi's holiday :) panas-panas lagi ni..baru jejak rumah pagi tadi..and one best thing happened today is: fyezrahman pemenang eQbalzack 2010 giveaway contest ! wah wah..murah rezeki saya! terima kasih abg eQ!

tasaba mau tunggu hadiah sampai :)

Sunday, December 19, 2010

The best thing about me is you

ye, kamu yang buat saya rasa sangat bahagia sekarang..

you are my yogi bear- i love you! 
you are my powerpuffgirl-i adore you! 
you are my superman n pretty doll- i want to kiss u! 
you are my disney world- i want to hug all of you!

saya akan tinggalkan blog ni beberapa hari untuk percutian paling HEBAT tahun 2010..hoyeh!! kenapa hebat? sebab tambang free :) lagi? penginapan free :) lagi lagi??? dengan kawan-kawan-disney-world saya!! (ada kawan baru, nanti kita berkenalan ye!)


sila bersabar menunggu gambar-gambar cun saya di sebuah kepulauan chantek..
i'll be update..soon! hehe..tata!

hopefully semuanya smooth seperti yang dirancang..doakan kami!

selsema?!

sekarang memang cuaca tak menentu..tengah-tengah panas, tiba-tiba mendung pulak..kang tiba-tiba takde warning, terus hujan! mak-mak mesti bising sebab kain jemuran susah nak kering..kan kan??

lagi satu masalah biasa ialah demam..perubahan suhu yang mengejut menyebabkan badan susah nak beradaptasi..erm, maksud saya, badan susah nak adjust suhu mengikut suhu persekitaran yang tiba-tiba berubah tu..get it?!

okey, bila dah demam, selsema mesti muncul..kadang-kadang siap pakej dengan batuk sekali..how sweet! haha..jangan marah-marah..setiap penyakit yang diturunkan tu adalah kafarah..penghapus dosa, betul tak?
 jadi sila ber-tabah..bukan tak boleh sembuh pun kan..so now, saya nak share some tips on how to get rid of flu, naturally..eh eh, ade yang tak faham ke? okey la, translate: bagaimana menyembuhkan selsema secara semulajadi :)

blueek! sila muntah!
  1. hembus hidung dengan kerap
    • ikut logik, kalau hidung ber'cecair', korang kena la hembus keluar untuk buang benda tu kan? ke malas sangat nak pergi toilet, korang sedut dalam-dalam cecair tu? yuks! sila jangan simpan 'harta' tu ye..tak jadi kaya pun! haha..
    • cara hembus yang berkesan adalah dengan menutup salah satu lubang hidung, untuk membersihkan bahagian yang sebelah lagi..tapi jaga-jaga! jangan hembus terlalu kuat, kerana ia boleh merosakkan gegendang telinga korang akibat tekanan terlalu kuat dalam bahagian kepala..tak pasal-pasal nak sembuhkan selsema, jadi pekak pulak! huh naudzubillah!
  2. banyak berehat
    • bila kita sakit, badan memerlukan tenaga yang banyak untuk membantu sistem imun dalam usaha melawan jangkitan..jadi, silalah berehat supaya cepat sembuh.. 
  3. berkumur
    • berkumur ni tujuannya nak lembabkan tekak korang, untuk melegakan keperitan pasal dah banyak hilang cecair akibat selsema..kalau nak lagi berkesan, kumur dengan air bercampur garam supaya kuman di tekak dapat dibunuh..kalau korang belajar, saluran tekak, telinga dan hidung ni bersambungan..pernah dengar ear, nose and throat (ENT) specialist?!
  4. minum/ makan benda panas
    •  ni satu lagi tips bes..perut kenyang, penyakit sembuh! hehe..tapi serius, benda panas boleh mencairkan apa-apa yang beku dalam hidung tu..bila da cair, korang hembus la keluar..lama-lama baik la selsema tu..kan kan?!
  5. tidur dengan lebih bantal
    • tinggikan kepala dengan lebih banyak bantal boleh membantu posisi anda untuk tidur dengan selesa..kalo selsema kan susah nak bernafas..jadi, duduk untuk membantu aliran cecair keluar dari hidung dan tak menyumbat lebih-lebih sampai kamu tercungap-cungap tak dapat nak tidur..tapi takkan nak tidur duduk kan? penat weh! so, tinggikan kepala dengan bantal okey!
ouh sensored sungguh pakcik nih!
okey, ini tips saya secara SEMULAJADI ye kawan-kawan..kalau rasa tak sesuai dengan kamu, atau tak sabar nak baik dari selsema, ambil jalan pintas, sila la jumpa doktor untuk ambil ubat..but remember, ubat yang berlebihan dalam badan boleh menyebabkan toksin dan mengakibatkan penyakit lain pulak okey..sayangi diri sendiri sebelum menyayangi orang lain :)

ada sesiapa nak tambah tips?!

sebelum mata terlena

perkara mudah yang sering kita abaikan dan niat saya disini adalah sekadar mengingatkan..semoga kita semua dapat mengamalkannya setiap hari SEBELUM tidur..

aiyak!! sensored pulak..peliss jangan tengok lama-lama! hehe


Rasulullah saw berpesan kepada Aisyah ra : Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu :
1. Sebelum khatam Al Qur'an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meredhai kamu,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah..


Bertanya Aisyah :
"Ya Rasulullah.. .. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"


Rasulullah saw tersenyum dan bersabda : 
"Jika engkau tidur bacalah :
  •  Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an..

Bismillaahirrohmaan irrohiim,
Qulhualloohu ahad' Alloohushshomad' lam yalid walam yuulad' walam yakul lahuu kufuwan ahad' (3x)

  • Membacalah selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat..

Bismillaahirrohmaan irrohiim, Alloohumma shollii 'alaa syaidinaa
Muhammad wa'alaa aalii syaidinaa Muhammad ( 3 x )

  • Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu..

Astaghfirulloohal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum
wa atuubu ilaih ( 3 x )

  • Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akankamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah.. 
Bismillaahirrohmaan irrohiim, Subhanalloohi Walhamdulillaahi walaailaaha illalloohu alloohu akbar(3 x )




Sekian untuk ingatan kita bersama..gud nite..sweet dream!

pssstt..korang jangan lupe basuh kaki tau! hehe

Saturday, December 18, 2010

inchik mamek's tag

ini tag dari inchik mamek yang bergaya (dia yang suruh panggil macam ni! haha)..seorang yang pemurah (kan kan?) okey nak tiru ayat die, 'baru kenal time die buat contest haritu'..kuiz pecah otak..kind of teka teki la..and im da winner! hooorey!! thanks inchik mamek! hehe  :)

tu keropok lekor ke ape? apsal macam ade hijau-hijau enh?
Sila jelaskan kenapa anda suka berbelog?
kenapa enh? hmm..sebelum ni just jadi silent reader banyak blog-blog hebat..serius, banyak sangat blog yang beri informasi yang susah kita nak dapat dari web page lain..instead of suka membaca, actually saya suka menulis..kalau siapa yang kenal, saya lagi suka sms dari jawab call..lagi suka meluahkan dengan karangan dari memberi ucapan..haha..itu hiperbola! yeah, tapi saya memang suka menulis dan rasa nak berkongsi tu membuak-buak bila ada orang inspired me :)

ade yang kata: fyez, ape kata ko buat blog? Nanti aku follow..
some said: weh, ko ni asyik update status fb je..da boleh buat novel aku rasa..
and…….
yang paling terkesan: why not u blogging? Share la..atleast anak cucu cicit u boleh bace nanti~

terharu beb! haha..dan paling penting, im a nurse n im proud of it! tak semua orang tahu apa yang saya tahu..so sharing is caring rite?! :)

Apa motif anda tarik follower? Anda SUPERSTAR kah?
saya supermodel, bukan superstar..haha..tu tipu!! saya tak pernah tarik follower..no no no! saya menulis, dan hanya mahu berkongsi sesuatu dengan pembaca, walaupun kadang-kadang ada terselit kisah hidup saya, tapi tetap ada health education atau sipi-sipi ilmu yang saya nak share..if u luv my crap, dats fine- i appreciate..if u hate, its also fine-just left dis blog..takde paksa-paksa okey!

Cerita sikit perangai anda :
gila camera, lantak la orang nak cakap ape pun! haha..

Pernah terfikir blog nak masuk magazine? Kenapa?
langsung tak..nanti popular, susah pulak nak buat kerja kat wad..asyik kena sign autograph je! hahaha :p

Sila tembak blogger lain :
lady dyla,
orang yang paling latest tag saya selepas inchik mamek! hehe

im done! thanks new friend :)

lady dyla's tag

wah..ade kerja sekolah dari cik dila!! haha..cik dila, saya da abes sekolah la *wink wink*

anyway, xie xie ni, sebab bagi award ni untuk menambahkan koleksi fyezrahman..lovin' it!! terima kasih kamu! nasi kerabu memang sedap! eh eh..tetibe plak kan..hehe

kerja sekolah nya ialah:

1.Berikan satu nickname untuk saya
dila (kan kan?)
erm..dila nasi kerabu boleh tak? haha..
(awak buat saya teringat nasi kerabu sokmo-sokmo la!)

2.Ucapan pemberi award
first of all, thanks to dila for dis award..'my blog is so chantek' ya? u made me shy la! haha..pink memang cantik kan kan?! saya n awak pun cantik jugak! wiwiiit~

3.Berikan 6 fav artis/singer/group yg korang minat
- faizal tahir
- aizat amdan
- ana raffali
- hujan
- M.C.R
- ungu

4.Tag award ini kepada 10 orang blogger/follower [gulp!]
nak tag blog yang pinky-pinky la! hehe..
so sape-sape yang pinky-pinky, sila ambil award ni ye :)
blog kamu-kamu-kamu memang cun habis lah!!

thanks cik dila..kerja sekolah siap!!

Friday, December 17, 2010

200th followers :)

hoyeh! kawan baru saya sudah mencecah 200 orang!!

WHY DO I WRITE? 

to express my chaotic thoughts-shoutout..just shut ur mouth n read silently..if u luv my crap, dats fine- i appreciate..if u dislike, its also fine -coz i hate crazy stalker..thx :)


saya berblog secara suka-suka, tiada paksaan untuk kamu-kamu-kamu sekalian supaya menjadi pembaca tegar blog ini..dan yang paling penting, saya tak pernah paksa kamu follow blog ni secara kotor..sila faham-faham sendiri..opsss!! haha..

and the lucky person is, cik tomatokering! blog ni baru 1 bulan 5 hari, pada hari ini tapi dah ade 127 entri! pergh..sangat rajin ye ini budak..followers die pun dah mencecah 644 orang..hebat hebat!!


nah, sebagai hadiah penghargaan, saya anugerahkan kamu cop mohor khas  ini..erk, ade nampak macam stamp ke? haha..

untuk cik tomatokering :)

untuk kawan-kawan baru saya yang lain, jangan malu jangan segan, cop mohor bawah ni untuk kamu-kamu-kamu semua jugak ye! saya sayang kamu :)

untuk semua kawan baru fyezrahman.blogspot.com :)
update: sape-sape yang da follow, tapi saya xdapat jejak link kamu, sori ye..jangan risau, ambil je hadiah ni :)

sila ambil dan jangan lupa komen entri ni supaya saya tahu kamu ialah kawan saya..tyvm :)

HTC, BLACKBERRY n SAMSUNG pricelist

usaha murni untuk mempromote bisness 2 orang rakan kacak :)


BOOLANN ENTERPRISE (001897023-V), 
CONTACT PERSON:-
AZLAN -> 010-4214981
ASLAMI -> 018-3954009

HTC
sila klik untuk pembesaran
Blackberry
sila klik untuk pembesaran
samsung
sila klik untuk pembesaran
 p/s: sila hubungi 2 orang abang kacak diatas atau tinggalkan pesanan di inbox FB saya jika berminat atau ada sebarang pertanyaan..terima kasih..

Thursday, December 16, 2010

derma darah

okey, sejak bulan april saya dah pasang niat nak pergi derma darah..supposed goal saya, setiap 3 bulan akan jadi penderma..tapi disebabkan terlampau popular bz sampai tak sempat, jadi terpaksalah postponed hasrat murni tu..chewah! haha..okey memang saya nurse, dan sentiasa dekat dengan hospital, tapi tak sempat jugak ye..ni bukan alasan, ni kenyataan :p

1st time saya menderma, masa jadi peserta PLKN, time tu tak cukup umur pun lagi..so terpaksa mintak kebenaran mama ngan ayah dulu..time tu tahun 2004..sekarang, dah lepas derma baru bagitahu..tak nak dorang risau la konon-konon..hahaha..so kelmarin, try la google pusat darah negara (PDN) punya mobile team ade kat mana..alang-alang cuti ni, senang sikit nak merayap..and it was at KL Sentral..nice, sangat dekat!

untuk jadi penderma, first thing yang korang kena alert ialah 'adakah anda sihat pada hari ini?' serius tak tipu..kalau sakit cane nak derma pulakkan? haha..nice nice! okey then macam kat bawah ni la:
  • berumur 18-60 tahun
  • berat badan melebihi 45kg
  • tidur melebihi 5 jam pada malam sebelumnya
  • tiada masalah perubatan
  • tidak mengambil sebarang ubat (eg: antibiotik) dalam masa terdekat
  • telah mengambil sedikit makanan sebelum proses pendermaan bermula
  • tidak terlibat dalam kegiatan seperti:
    • hubungan sejenis (homoseksual)
    • hubungan jenis dengan kedua-dua jantina (biseksual)
    • hubungan seksual dengan pelbagai pasangan/ pekerja seks komersil
    • penyalahgunaan dadah secara suntikan
    • menjadi pasangan kepada golongan diatas
  • tempoh pendermaan terakhir melebihi 3 bulan dari tarikh semasa
lepas korang da sure yang korang menepati ciri-ciri kat atas tu, korang boleh la try luck g isi borang application nak jadi penderma kat tempat-tempat yang jalankan aktiviti pendermaan nih..after that, pegawai kat situ akan check jenis darah dan paras haemoglobin korang untuk memastikan yang korang layak atau tak jadi penderma..time ni, die akan prick jari korang sket..serius, sikit je kat hujung jari..then amik setitik dua darah korang tu untuk diperiksa..

okey, nampak tak die amik setitik dua?
kalau semuanya beres, korang kene check tekanan darah pulak..untuk kita yang dalam lingkungan belia muda remaja nih, tekanan darah yang normal adalah 120/60mmHg..kalau korang pernah cheak, korang tahu la kan..hehe..kalau naik sedikit or kurang sedikit dari paras normal tu, masih dikira okey..macamana paras sedikit-sedikit tu, ha yang ni kerja rumah korang..g google enh! hehe..


nampak muka gembira saya kerana tekanan darah yang memberangsangkan?


lepas setel semua, tibalah masa yang ditunggu-tunggu..jeng jeng jeng..mari menderma!! haha..

cucuk bius dulu ye..serius tak sakit jugak!
cucuk jarum untuk amik darah pun tak sakit sebab dah kena bius tadi
tunggu beg penuh dengan gembiranya!

lepas amaun darah yang diarahkan untuk diambil oleh pegawai perubatan (berdasarkan berat badan dan taraf kesihatan) telah siap sedia, kamu-kamu yang menderma akan dapat 1 buku rekod pendermaan, 1sijil pengesahan pendermaan dan sedikit jamuan ringan oleh pihak penganjur (untuk mengembalikan tenaga)..


kulit depan buku rekod pendermaan

bahagian dalam buku rekod..cis! sila abaikan bilangan tu! haha

sijil

jamuan..ade dunkin donuts seh kali ni..wiwiiiiiiiiiiit~
lepas pendermaan, maybe akan rasa pening-pening sket or lenguh-lenguh kat lengan bagi yang pertama kali..nanti dah lama-lama, okey la..ape orang cakap, alah bisa tegal biasa? ha..camtu la..

ade jugak mitos-mitos yang kata, lepas derma akan jadi gemuk..eh eh..saudara saudari silap maklumat tu ye..cuba tanya mana-mana budak gemuk-chubby-montel macam saya yang korang kenal..pernah menderma ke tak? rasa-rasa ramai yang takut jarum, sebab tu gemuk..darah banyak sangat dalam badan, taknak sedekah kat orang yang memerlukan..haha..sori..tu tipu..tapi serius enh, tak de makna lepas derma boleh jadi gemuk!

so agak-agak, kempen saya berjaya tak? g la derma darah..tak luak sikit pun..banyak pahala tolong orang kan :)

sel darah baru akan terhasil dalam masa 3 bulan..kalau tidak didermakan pun, sel darah merah akan pecah dan disingkirkan dari badan manusia..rugi kan mensia-siakan ciptaan tuhan yang boleh memberi manfaat pada orang lain?!

Contest gambar kenangan sekolah dulu2

setelah sekian lama di invite oleh cik ida, hari ni baru berkesempatan nak cari gambar lama zaman sekolah-sekolah, bersama baju sekolah..actually, dari sekolah memang suka jadi model bergambar..so memang banyak la gambar lama..tu yang lambat nak decide nak pilih gambar mana untuk contest ni..haha..


so, selepas memikirkan tentang value dan memori gambar-gambar lama nih, gambar terbaik jatuh kepada gambar powerpuff girl dan kumpulan mojojojo nya! clap clap clap!! hehe..

gambar ni di ambil semasa tahun 2002, ketika tingkatan 4 (if im not mistaken) di Pusat Sains Negara..kami adalah pelajar Sekolah Bestari Gombak yang formerly known as SMK Sg Pusu..lokasi sekolah? di sebelah karak highway, jiran kepada SM Teknik Gombak dan Integrasi Gombak..

gambar ni sangat bermakna sebab kami adalah trio popular (PowerPuffGirl) dan duet terkenal (mojojojo) sekolah..haha..sila percaya! sekarang semuanya dah ada kehidupan masing-masing and the sweet part, kami still contect walaupun 7 tahun dah berlalu..ouh saya sayang kamu semua!


Tarikh tutup penyertaan pada 11/01/11 @ 11 jan 2011

thanks cik ida sebab invite saya :) jadi rindu pulak dengan zaman sekolah!

Wednesday, December 15, 2010

tok batin's tag!

1. apa yang penting dalam hidup korang?
** satisfaction in job n life! 

2. benda terakhir yang korang beli guna duit korang?
** ice-cream! muahaha

3. dimanakah tempat korang akan langsungkan perkahwinan korang dan apakah temanya nanti?

** tempat yang hanya orang yang bawak invitation card je boleh masuk (nak avoid stalker n paparazi! haha)
 ** theme: garden wedding boleh?

4. adakah korang sedang bercinta sekarang?

** ye..dengan.................buku! haha 


5. berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
** sampai kapan pun! (bila cinta datang tanpa dipaksa, nak halau ia pergi pun susah..sure!)
 
6. di manakah korang selalu jumpa kekasih korang?
** sape? buku? kt library r..MPH pun hot spot gak! haha

7. novel/buku/majalah terakhir dibeli?
** majalah APO 1st december edition (saya suka gelak, so jangan rasa pelik sangat ye! hehe)

8. apakah nama penuh korang?

** Faizura Rahman (with the Nur in front and Abdul at the middle)


9. antara mak dan ayah, mana korang lebih mesra?

** both! (tak kira,nak mama ngan ayah jugak..saya anak manja! wiwiiiiit~)
 
10. namakan orang yang betul2 korang nak jumpa dalam hidup korang?
** Yogi Bear! -version manusia..(die chomel sangat-sangat! hehe)

 
11. adakah korang basuh baju korang sendiri.

** harus! hand-washing okey..ape barang washing machine! haha


12.dimanakah tempat yang betul2 korang nak pergi?

**
tempat ade pokok-pokok hijau..ade bunyi air, burung..boleh tengok sunset..angin sepoi-sepoi bahasa..boleh main kejar-kejar dengan yogi bear! (okey, kat mana tu?)

13. pilih salah satu, peluk atau cium?

** hug kiss hug kiss hug kiss (both-lah! haha)


14. beritahu 3 benda tentang orang yang beri tag?
** budak UiTM (kita sama lah!)
** budak sains kesihatan (saya nurse, kamu radiologist kan!)
** kacak! (haha..ini ikhlas bukan bodek)

15. 5 benda yang paling disayangi dalam hidup anda?
** currently: lappy, black eyeliner, heels, baju-baju lace gue, bank card!
** erk..plus yogi bear boleh?! haha

16. lagu yang paling anda suka dan selalu dengar?
** sekarang maher zain la..esok tak tahu lagi :)

17. bila tarikh lahir dan kat mana korang sambut tahun lepas?

** 29 january, kt atas katil-siap suprise party + kek sedap dari rumet yang cool! (okey serius nanges! terharu beb..haha)

18. 5 rakan Blogger yang korang nak tag
okey done! what next?

Tuesday, December 14, 2010

couple means tambat?!

hye kawan-kawan..kalau orang yang bercinta, means die tak boleh keluar dengan orang lain selain pasangan dia ke? wah..zaman sekarang ade lagi yang close-minded macam tu enh? 

couple doesn't mean die hak korang sorang kan? 

setiap individu ada hak untuk bermasyarakat asalkan tahu cara untuk menjaga hati pasangan..ke ape yang saya cakap ni salah? kalau nak keluar dengan kawan-kawan pun tak boleh, ape kata korang TAMBAT pasangan korang tu kat pokok kelapa? tak pun cucuk hidung dia macam lembu so that korang boleh bawak dia pergi mana-mana tanpa takut die keluar jumpa orang lain..

sori, hari ni terbuat entri bengang pulak! 

blueek!

no way! saya tak mahu hilang kawan sebab die ada pasangan macam kamu! ape yang jadi pun,

DIA TETAP KAWAN SAYA 
dan bukan hak kamu seorang..harap maklum..

orang yang berlagak baik dengan menulis ayat-ayat yang macam bagus lagi bahaya dari orang yang outspoken macam saya..im so sure!

NOKIA pricelist

usaha murni untuk mempromote bisness 2 orang rakan kacak :)

BOOLANN ENTERPRISE (001897023-V), 
CONTACT PERSON:-
AZLAN -> 010-4214981
ASLAMI -> 018-3954009


sila klik untuk pembesaran

p/s: sila hubungi 2 orang abang kacak diatas atau tinggalkan pesanan di inbox FB saya jika berminat atau ada sebarang pertanyaan..terima kasih..

SONY ERICSSON pricelist

usaha murni untuk mempromote bisness 2 orang rakan kacak :)

BOOLANN ENTERPRISE (001897023-V), 
CONTACT PERSON:-
AZLAN -> 010-4214981
ASLAMI -> 018-3954009
sila klik untuk pembesaran
p/s: sila hubungi 2 orang abang kacak diatas atau tinggalkan pesanan di inbox FB saya jika berminat atau ada sebarang pertanyaan..terima kasih..

muvee maraton @ OU

harini saya buat muvee maraton! tengok 3 cerita dalam satu hari..memang seronok..terasa macam cinema tu saya yang punya..habis satu cerita je, terus lari-lari keluar hall and masuk hall sebelah pulak..nak pergi tandas pun tak sempat..haha..tapi tu la yang seronok..sekali sekala buat benda gila..selalu saya buat kerja macam ni kat midvalley..tapi harini dengan 'yogi bear' yang first timer dan buat kat one utama pulak tu, asyik sesat je la kerjanya! haha..its crazy but its awesome!

GSC One Utama

first muvee yang kitorang tengok ialah narnia 3D..again, for me, for the second time, im watching narnia..smpai dah boleh bagitahu bila naga nak keluar..bila Aslan nak muncul..bila pedang nak jumpa..haha..nice!

bahan bukti..(sila amati tarikh dan masa)

second muvee is rapunzel..wah cerita ni bes giler kot..the character is so cute..patut la ramai kawan-kawan yang recommend suh tengok cerita ni..nasib baik sempat tengok..hehe..

ini saya :)

and the third is hantu kak limah balik rumah..cerita ni memang kelakar habis..thanks to 'yogi bear' sebab paksa saya tengok muvee ni..kalo saya pergi beli tiket sorang-sorang, confirm tak beli punya..sorry..bukan tak menyokong cerita buatan malaysia..tapi kebanyakan cerita, kita dah boleh agak endingnya..lagipun, kalo tak tengok kat wayang, kejap je, mesti akan keluar kat tv..betul kan?! tapi serius la, cerita ni berbaloi tengok..seronok bila gelak ramai-ramai dalam panggung compare gelak dua-tiga orang depan tv!



'yogi bear' si cannibal..haha (tengok pinggan dia)


okey, im so tired tonight..nak tidur..esok saya buat tag dan contest yang dah diamanahkan ye..thanks kawan-kawan..gud nite!

p/s: sesiapa yang follow saya, sila tinggalkan jejak kat shoutbox okey! kadang-kadang tak boleh nak trace dari pic korang yang chomel-chomel kat bahagian followers tu la..saya nak follow kamu jugak! :)

still rasa nak gelak bila teringat 'kak limah balik umah tgk akademi fantasia' haha..

Saturday, December 11, 2010

eqbalzack 2010 Giveaway Contest

kawan-kawaaaaaaann!! abang eQ buat giveaway lahh!! ada sape-sape yang tak kenal abang eQ ke? hello, tak lengkap anda sebagai blogger kalo tak kenal abang hebat fizik yang pandai masak dan bakal ade phD ni ye! (okey, ini bukan bodek, ini kenyataan!) hehe..

baiklah, dari ruangan blog fyezrahman, memperkenalkan.........

*
*

*

*

pemilik blog kurasakan something

*

*

*

*

abang eqbal zakaria


syarat-syarat penyertaan sangat mudah:

  • tinggalkan link pada entri giveaway di page abang eQ
  • tarikh tutup penyertaan :17/12/2010 (Jumaat): 11.59 pm
  • 5 entri bertuah akan mendapat  hadiah comel ini:


abang eQ, saya memang minat sangat upin-ipin ye..kalau saya tak online, aktiviti laptop saya ialah ini :

saya ada peluang nak menang tak?? hehe..

gud luck untuk diri sendiri :)

Mama Kembar 3 Buat Giveaway, Yay!

assalamualaikum..hari ini saya di tag oleh seorang kawan di blog beliau..siapa? cik ajuera! it is about mama kembar 3 giveaway..rezeki datang, jangan ditolak..hehe..cuba selagi terdaya, untung sabut, timbul..mana tahu dapat hadiah free..bes tu!


syarat-syarat penyertaan adalah seperti berikut:
  1. Terbuka kepada semua yang mempunyai blog, warganegara dan mempunyai alamat di Malaysia
  2. Buat entry di blog korang mengenai giveaway ni dengan tajuk: Mama Kembar 3 Buat Giveaway, Yay!
  3. Jadi follower blog "Mama Kembar 3" DAN "Itsy Bitsy Secrets"
  4. Copy & letak gambar banner giveaway ni di entry dan sidebar blog korang beserta link nya
  5. Tag sekurang-kurangnya 3 orang untuk join giveaway ni & maklumkan pada diorang yer
  6. Tinggalkan url link entry and ID follower korang di ruangan komen post ini
  7. Hadiah berupa barangan Victoria's Secret & Telekung Travel ditaja oleh Itsy Bitsy Secrets ~ WAJIB sebut tentang hadiah ni dalam entry korang yer
  8.  Tarikh tutup: 6 Januari 2011 
okey, im done..harap-harap ade rezeki kali ni :)

gud luck untuk diri sendiri! haha..

Friday, December 10, 2010

fyezrahman tersenarai dalam blog baru (2010) pilihan

wow! 

okey..itu reaksi spontan dari saya..tersenarai dalam kategori blog baru (2010) pilihan adalah sangat amazing yea kawan-kawan!! 

berblog secara suka-suka..dengan harapan dapat berkongsi sedikit maklumat tentang kesihatan dan pengalaman hidup chewah! memenangi tempat pertama kuiz pecah otak encik mamek dalam masa lebih kurang sebulan kewujudan blog nih..dan hari ni, dengan umur yang baru nak masuk 3 bulan, ternampak nama blog tercalon dan tersenarai dalam page blog pilihan malaysia.. 

syukur..syukran jazilan..

terima kasih didahulukan kepada yang sudi melawat dan menjenguk blog chomel ni..hehe..keperihatinan anda amatlah dihargai..

menulis selagi terdaya, berkongsi selagi termampu..itu harapan saya..melihat senarai blog yang tercalon sehingga mencecah angka 383 buah, sangat teruja..ramai rupanya rakyat malaysia yang celik IT, rajin menulis (maksudnya rajin membaca jugak kan?!) dan tidak kedekut untuk berkongsi ilmu..TAHNIAH kawan-kawan! 

ini adalah satu pertandingan..jadi, menang kalah adalah adat bertanding..lagi pun kat sini ada yang dah menulis since january 2010..saya? baru start october 2010..agak-agak boleh lawan ke?? lu pikir la sendiri..haha..


i just hope that, blog ni dapat memberi manfaat kepada ramai orang..dikenali seantero dunia..erk over pulak!! haha..dan ramai pembaca setia..yang penting, bila dah tersenarai, ramai la kawan baru yang saya boleh jumpa..bonus tu beb! so, gud luck untuk semua yang tersenarai! wiwiiiiiiiiiiiiiit~

mari kunjung-mengunjung! :)

Wednesday, December 8, 2010

haunted changi vs narnia 3D

hari ni saya dapat membalas dendam menonton wayang setelah lima bulan berada di negeri yang takde panggung wayang! hahahahaha (gelak jahat!) alang-alang dah sampai GSC midvalley megamall, terus decide nak tengok 2 muvee sekali gus..kalo ikutkan hati, nak buat marathon, 3 sekaligus..tapi memikirkan tak nak clash dengan time orang balik kerja, time nak balik nanti, hasrat dibatalkan..

so, muvee pertama yang saya tengok ialah haunted changi..pasal old changi hospital, singapore yang berhantu dan tidak digunakan lagi sekarang ni..saya nurse dan saya teruja nak tengok! haha..


ramai orang kata cerita ni tak bes..tapi bagi saya, its okey je..menarik la jugak, memandangkan ia bukan macam muvee biasa..it is a journal-type-story..memang terasa kita betul-betul join aktiviti mencari hantu dorang tu bila tengok muvee ni..captured all da scene using handycam, so boleh bayang la kan kualiti die macam mana..terasa macam kita yang amatur ni yang sedang rakam benda tu, and tengok semula rakaman yang kita buat..nice try!


muvee kedua pulak ialah Narnia: the voyage of the dawn treader (3D). memandangkan saya tak pernah mengikuti narnia sebelum ni, so 1st impression, muvee ni menarik..or maybe pasal yang saya tengok ni 3D? haha..tak tahu la kalo muvee biasa, yang bukan 3D, saya tertidur pulak kan..macam masa saya tengok herry potter..membazir duit tiket je! jalan cerita tak bes langsung! haha..sori..


tengok 3D kan..haruslah amik gambar time pakai spec! hehe
bile tah nak tengok rapunzel..tak sabar! huhu
Related Posts with Thumbnails