Followers

Monday, November 29, 2010

scabies-si kudis yang buta

pernah dengar penyakit scabies? okey la, orang kita panggil kudis buta..buta kat sini takde kena mengena dengan mata atau melihat ye kawan-kawan..ini ialah sejenis penyakit yang menyerang kawasan-kawasan seperti:
  • celah-celah jari
  • sekitar pusat 
  • celah-celah ketiak
  • siku
  • kaki dan buku lali
  • kawasan kemaluan
  • punggung 

 
biasanya orang yang mengidapi penyakit ni akan mengalami:
  • kegatalan kulit yang teramat sangat, menjadi lebih teruk diwaktu malam dan selepas mandi air panas
  • tanda-tanda calar kesan daripada menggaru pada kawasan kulit yang terlibat      
  • bintik merah – seperti ruam terutama dikawasan kedua-dua tapak tangan dan kaki        
  • garisan hitam beralun dan pendek pada kulit (tempat korekkan kutu)
 ianya disebabkan oleh gigitan kutu yang bernama Sarcoptes Scabiei.. sedap tak nama dia? haha..meh berkenalan meh!


  •   Berbadan bulat dan mempunyai lapan kaki yang panjang
  •   Kutu ini berukuran 0.4 mm panjang setiap satu
  •   Kutu betina akan mengorek masuk kedalam kulit, mengeluarkan telur dan mati
  •   Telur-telur  akan menetas menjadi kutu dan hidup selama 30 hari
penyakit ni boleh membiak dan menjangkiti orang-orang yang berada disekitar pesakit, maksudnya yang rapat dengan pesakit dan yang berkongsi peralatan persendirian..kalau sesiapa yang pernah duduk asrama, lelaki la kebiasaannya, mesti pernah kena penyakit ni..paling kurang pun, mesti pernah nampak budak dorm sebelah tergaru-garu pasal gatal kan? ha..baik mengaku cepat!! haha..antara cara penyakit ini merebak ialah:
  • Ada perhubungan/pergaulan yang berpanjangan dengan pengidap kudis buta
  • Tidur berdekatan dengan pengidap kudis buta
  • Tidur beramai-ramai di atas sebuah katil dengan mereka yang mengidap kudis buta seperti di asrama
  • Berkongsi tuala, pakaian, kain cadar, sarung bantal dan lain-lain peralatan sendirian
  • Bagi ibu yang mengidap kudis buta, kudis buta mungkin seterusnya berjangkit kepada bayi/anak
  • Kebersihan diri tidak dijaga

tiada penyakit yang tiada ubatnya..kalau agak-agak terkena jangkitan, pergilah klinik/hospital untuk dapatkan rawatan..insyaAllah kamu akan diberi ubat sapu untuk mengawal kegatalan dan mengeringkan kudis-kudis yang buta itu..jangan terlalu stress, kerana stress boleh merendahkan imuniti badan dan melambatkan penyembuhan..ha..percayo la cakap den! ^__^

yang penting, mencegah lebih baik dari mengubati..ye tak?? so, macamana nak cegah? ha, macam ni ye..
  • jaga kebersihan diri..mandi sekurang-kurangnya 2 kali sehari dan gunakan sabun dan air bersih
  • segala kelengkapan harian, seperti tuala dan baju hendaklah dijaga dengan bersih dan jangan berkongsi dengan orang lain
  • basuh pakaian/cadar/sarung bantal dengan bersih dan jemur dalam cuaca yang panas terik
  • tilam dan bantal hendaklah dijemur sekurang-kurangnya sekali seminggu
  • buka tingkap supaya cahaya matahari dapat masuk ke dalam bilik
  • jaga kebersihan kawasan sekitar rumah untuk mengelakkan sebarang rebakan penyakit berjangkit 
anda sihat, keluarga bahagia :)

Sunday, November 28, 2010

award boombastic blog

*bomm bomm bomm kedebommmmm*
(efek bunga api)
HAHAHA..sila tepuk tangan!!
*****

2-3 hari lepas, saya dapat invitation dari owner blog mencariisteri yang di gelar ustaz (wow!) untuk join contest-like-award nih..terharu..sob sob sob..sebab dah lama tak dapat award..haha..sengal!



memandangkan bz yang teramat sejak kebelakangan ni, hari ni baru la saya kelam kabut buat entri ni sebab terperasan yang tarikh tutupnya 31december 2010! hehe..memanglah lagi sebulan, tapi takut terlupa pulak kalau ditangguh-tangguh..tak baik menghampakan tuan rumah..kan kan kan!

biasalah, kalau ada tag atau award, mesti ada tugasan..so, ape yang perlu saya buat adalah:

1. Jadi follower blog USTAZ (bereh!)

2. Copy pic, letak di side bar dan linkkan, then buat satu entri yang MELETOP (bereh!)

3. tinggal kn link entri yg dibuat (bereh!)
 
4. tag 3 kawan (bereh jugak!!)

haha..meletop tak entri saya?? *wink wink* 
terima kasih atas pemberian award ini ye ustaz..makin bersemangat saya nak berblog kalau macam ni! hehe..

jadi dengan ini, saya ingin berikan award beserta tugasan ini kepada 3orang kawan saya yang turut mempunyai blog yang 'boombastic' iaitu..

semoga berjaya melaksanakan tugasan yang diberikan..anggaplah saya mahu mempromote blog kamu ye :)
 
meletup-letup bunga api dalam hati! hehe..

ALEXA- jangan kau lepas

Peluklah diriku dan jangan kau lepas
Kanku dan jangan kau lepaskan ku dari mu
Ku takkan pernah tertawa 
Ku takkan pernah bahagia
Ku takkan pernah merasakanmu
Bila kau tak disini
Ku takkan pernah tertawa
Ku takkan pernah sempurna
Ku takkan pernah merasakanmu
Bila kau tak disini
Ooo.. izinkan aku
Berlutut mengharap kau tuk kembali
Izinkan aku
Berharap dirimu kembali dan kembali dan kembali lagi
Peluklah diriku dan jangan kau lepas
Kanku dan jangan kau lepaskan ku darimu
Peluklah diriku dan jangan kau lepas
Kanku dan jangan kau lepaskan ku darimu



hehe..hujan-hujan ni seronok pulak layan lagu :)

Saturday, November 27, 2010

year-end-dinner

semalam, 26nov2010 selesailah sebuah majlis makan malam bagi meraikan pelatih semester 6..majlis yang diberi nama 'Malam Untaian Kasih Anyaman Rindu, Sulaman Kenangan Terpatri Dikalbu' telah diadakan di Hotel Renaissance, Kota Bharu..pergh..panjang tak panjang nama dinner tu, penat nak menyebutnya! haha..




tema pakaian pada malam itu lebih kurang macam 'traditional contemporary' kot..ntah ape saya pun tak ambil tahu sebab tema ni untuk mereka yang diraikan je..yang datang untuk menjamu selera ni, pakai la ape nak pakai pun..asalkan tak bogel sudah! haha..



menu yang disediakan pulak ialah chinese food..makanan memang la nampak sedap..tapi bila masuk mulut, sabar je la..semuanya MANIS!! semua okey! 'stir-fried squid with rosted chilli paste & curry leaves' pun manis beb..apetah lagi dessert die..semoga saya dijauhkan dari penyakit diabetes..amiiiin~











rindu dinner zaman-zaman uitm :)

Friday, November 26, 2010

cantik dengan kolagen

semenjak-dua-menjak ni asyik google pasal kolagen je..bila duduk dengan kawan-kawan perempuan ramai-ramai, biasa la kan..topik utama yang paling hot ialah kecantikan..umur da 20++, da banyak kedut duit sampai tak tahu nak buat ape, mari lah beramai-ramai kita spend untuk kecantikan! nak chantik mane boleh kedekut..kalau tak, kedut la korang..hehe..

 ni serius muka TANPA kolagen tambahan okey..cun kan? haha..

buat yang belum tahu, kolagen ni sebenarnya sejenis protein dalam badan..ia berfungsi sebagai perekat dalam badan yang membentuk badan, melindungi dan menyokong tisu lembut serta menyambungkannya dengan tulang..

semakin berusia kita, semakin berkuranglah jumlah penghasilan kolagen secara semulajadi dalam badan..lepas tu mulalah macam-macam kedut keluar, kuku jadi rapuh, rambut gugur semacam sampai dah nampak macam nak botak..huargh..takmo takmo!!

menurut laporan daripada Sekolah Perubatan Harvard (martabatkan bahasa melayu..HAHA!), pengambilan kerap makanan tambahan kolagen mampu menggantikan kolagen yang hilang dalam badan, serta merangsang penjanaan kolagen baru..mane datangnya kolagen? benda ni bukan jual sekilo dua ringgit kat pasar borong ye! okey, kebanyakkan kolagen datang dari hidupan laut..contohnya ikan..kalau perasan, banyak berlemon-lemon produk kecantikan memang menggunakan hasil marin sebagai punca kolagen..sebab ia lebih efektif dan mudah diserap..

ada jugak yang datang dari sumber lembu dan ayam..tang tu, tahap ke-halal-an nye wallahualam..dari tumbuhan pun ada, contohnya soya..tapi yang ni susah sket nak diserap sebab struktur dia berbeza dari sel asal badan manusia..

nak berkenalan dengan cik puan kolagen? ha ni la die..

oleh sebab kolagen membentuk 75 peratus daripada kulit badan, kehadiran kolagen amat penting untuk membina dan mengekalkan kulit yang sihat..kekurangannya bukan sahaja menyebabkan perkembangan kedutan dan kulit yang kelihatan tua, tetapi juga membantut proses pertumbuhan sel dan pembaharuan kulit..akibatnya, kulit kehilangan serinya dan menjadi tidak bermaya.. 

pengambilan kolagen tambahan melalui produk kesihatan mampu untuk:
  • menganjalkan kulit dan tubuh badan (putih gebu gitu!)
  • membantu pembentukan bentuk badan dan otot yang lebih kukuh
  • menghalang pembentukan parut akibat kecederaan dan jerawat
  • memperbaiki kuku rapuh
  • mengurangkan keguguran rambut
  • mengurangkan kesakitan dan melancarkan pergerakan sendi bagi mereka yang sedang menghidapi osteoartritis (radang sendi)
yang penting, kalau ambil kolagen tambahan ni, kena banyak minum air putih untuk mempercepatkan kita jadi putih gebu dan kulit licin tanpa parut..ouh ye ke?? haa..google kalau tak percaya! 

produk kolagen ape yang paling berkesan dipasaran ye?

bahaya air-cond kereta!

Benda pertama yang akan saya care kalo naik kereta ialah radio..alahai, tak boleh sungguh duk dalam kereta yang senyap sunyi..lepas tu, air-cond..mesti kena ON, dan halakan ke muka saya! cis..dah ter-reveal perangai pelik saya dah! shh..senyap-senyap enh! haha..

hari ni, bukak-bukak email terbaca pasal keburukan air-cond..adeh..scary la pulak..ni ape yang saya copy paste dari email tersebut:

"...........Bukalah tingkap terlebih dahulu sebaik memasuki kereta anda dan jangan sama sekali menghidupkan penghawa dingin. Berpandukan kepada kajian yang dijalankan, dashboard, sofa, pewangi udara menghasilkan Benzene, sejenis toksin yang menyebabkan kanser (carcinogen – ia dapat dikenalpasti melalui bau yang terhasil dari haba bahan plastik di dalam kereta). Disamping menyebabkab kanser, ia juga bertindak sebagai racun bagi tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Tindakan ini jika dibiar berlarutan akan menyebabkan Leukemia, meningkatkan risiko menghadapi kanser di samping punca keguguran.


Kadar pendedahan Benzene yang dibenarkan ialah 50 mg bagi setiap kaki persegi. Kereta jika difikir di kawasan berbumbung dengan tingkap tertutup menghasilkan 400-800 mg Benzene. Jika dibiarkan dikawasan yang terdedah dengan tingkap yang tertutup pada suhu 60 darjah fahrenheit, tahap Benzene boleh meningkkat sehingga 2000-4000 mg, iaitu 40 kali dari tahap yang dibenarkan.. . dan penumpang di dalamnya akan menyedut toksik yang berlebih2an secara tidak sedar.

Cara yang dicadangkan untuk mengelakkan perkara ini daripada berterusan ialah dengan membuka tingkap dan pintu terlebih dahulu untuk memberi udara di dalam beredar keluar. Benzene adalah sejenis toksik yang boleh mencemar buah pinggang dan hati, dan sukar pula bagi tubuh manusia untuk menyahkeluarkan toksik tersebut apabila sudah memasuki tubuh kita........"

so lepas ni, saya akan pastikan tingkap dibuka sebelum ON aircond..tapi cepat-cepat tutup semula sebab pencemaran dari asap di jalanraya pun 2x5 je bahayanya!


pencemaran ada dimana-mana..pandai-pandailah jaga diri ye :)

Saturday, November 20, 2010

im a chocoholic!

saya adalah penggemar coklat..ye sangat-sangat..teringat zaman sekolah, ade seorang 'secreto-admiror' menghadiahkan coklat cadbury perisa coffee (kalau tak silap) sempena hari jadi saya..actually, ramai lagi rakan-rakan yang bagi hadiah, almaklumlah duduk hostel- hubungan memang rapat..tapi hadiah dari 'budak pendiam' tu jugak yang buat saya sangat-sangat terharu..coklat tu! wiwiiit~ hehe..


berbalik kepada si coklat, walaupun saya tak minum kopi langsung, coklat itu saya makan jugak sedikit sebelum mewakafkan ia kepada ahli dorm..coklat punya pasal, pening sikit sebab kopi tu pun takpe..haha..

ramai orang kata coklat menggemukkan..merosakkan gigi..membuat muka berjerawat..ouh saya tak heran semua tu!! im a chocoholic but im still fine, so what?! mungkin ramai dah tahu, tapi kat sini saya nak bagi tahu jugak tentang ape yang coklat boleh sumbangkan untuk kita..lets cheak it out!

coklat adalah baik untuk kesihatan berdasarkan fakta berikut:
  • penyumbang 15% Lemak, 6% Protien, 17% Karbohidrat, 15% Tenaga dan Vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan saat-saat kita terputus bekalan makanan berat contohnya ketika camping
  • Lemak koko dalam coklat mengandungi 38.2% asik oliek iaitu sejenis lemak tidak tepu yang berperanan merendahkan paras kolestrol di dalam darah.
  • Citric acid iaitu asid lemak tepu yang terkandung di dalam lemak koko pula mempunyai kesan neutral terhadap paras kolestrol.
  • Melalui kajian yang dijalankan, didapati bahawa coklat mengandungi bahan anti-kerosakan gigi seperti tannin, kasien dan asid oksalik. 
    • Tannin aialah sejenis bahan yang menghalang pembiakan bakteria yang akan membentuk plak dan asid di dalam mulut. Asid yang terhasil daripada proses pemecahan makanan oleh bakteria merupakan punca kerosakan gigi. Plak adalah sisa-sisa makanan yang melekat pada gigi akibat tindakan bakteria.
    • kasein didalam coklat susu pula bertindak mengurangkan kerosakan gigi dengan menghalang pertumbuhan plak dan seterusnya mengurangkan pengeluaran asid. Kasien juga membantu dalam pertumbuhan gigi.
    • Asid oksalik merencatkan pengeluaran enzim bakteria dan seterusnya menghalang pengeluaran asid.
  • Lemak koko yang merupakan bahan asas di dalam coklat mempunyai ciri-ciri kecairan yang membolehkan ia mudah cair didalam mulut. pertumbuhan plak gigi terhalang kerana coklat tidak tersimpan lama di dalam mulut
  • coklat dan serbuk koko mengandungi phenol sejenis bahan kimia yang membantu mengurangkan risiko sakit jantung. phenol bertindak dengan menghalang lemak seperti zat di dalam aliran darah daripada teroksida dan menyumbat arteri.
  • Sejumlah besar koko yang dinikmati dalam bentuk coklat, lazat rasanya dan mengandungi kebaikan semula jadi. Secara perbandingan, sekeping coklat susu mengandungi lebih kandungan protien berbanding dengan sebiji pisang, sebatang lobak merah. sebiji oren, sebiji epal atau sejumlah kismis dengan berat yang sama.
Sumber: Facts On Health and Nutrition For Educators dan Health Profesionals, 
Chocolates Manufactures Association of the USA.


gambar ihsan lynn's lovely homemade

janganlah terlalu ego untuk mengatakan yang coklat itu bagus untuk kesihatan..apa-apa makanan sekalipun, kalau diambil secara berlebihan, memang akan memudaratkan kesihatan..so coklat tak bersalah pun dalam hal ini..kalau anda tak suka, tak bermakna orang lain membenci..betul tak kawan-kawan? hehe..


makan coklat sebelum tidur, membuatkan saya bertambah chomel dan tidur lena..tak percaya? sila cuba! :)

aishiteru-zivilia

menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku..saat ku harus bersabar dan trus bersabar..menantikan kehadiran dirimu..entah sampai kapan aku harus menunggu..sesuatu yang sangat sulit tuk ku jalani..hidup dalam kesendirian sepi tanpamu..kadang ku berpikir cari penggantimu..saat kau jauh disana..
 

walau raga kita terpisah jauh..namun hati kita selalu dekat..bila kau rindu pejamkan matamu..dan rasakan aku..kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh..terhapus ruang dan waktu..percayakan kesetiaan ini..pada ketulusan aishiteru..
 
 
gelisah sesaat saja tiada khabarmu ku curiga..entah penantianku takkan sia-sia..dan berikan satu jawaban pasti..entah sampai kapan aku harus bertahan..saat kau jauh disana rasa cemburu..merasuk ke dalam fikiranku melayang..tak tentu arah tentang dirimu..apakah sama yang kau rasakan..


satu sendiri pikiran melayang terbang..perasaan resah gelisah..jalani kenyataan hidup tanpa ghairah..lupakan segala obsesi dan ambisimu..akhiri semuanya cukup sampai disini..dan buktikan pengorbanan cintamu untukku..kumohon kau kembali..
 

kimita tuokukitemo..kiminoi shuaga sinagaru tala..shiniteruyo shiniteruyo.. 
(meskipun kamu jauh..aku tetap mengingatimu selalu..percayalah percayalah..)


jauh dimata, tetap dekat dihati :)

Thursday, November 18, 2010

new look :)

jeng jeng jeng!! presenting da new header of fyezrahman.blogspot.com :)

 old header

 new ones

terima kasih untuk cik ezan yang cute! saya tak reti nak buat benda chomel macam ni! hehe..just sweet n simple!


blog cik ezan cute sangat sebab ade kaler pink! hehe

sate cik Ti

Di perkampungan Mozambican, penduduk tempatan menangkap dan menjual tikus chomel di tepi jalan..sebatang lidi yang mengandungi 6-7 ekor si chomel hanya berharga 30 sen..rata-rata penangkap tikus berjaya memperolehi sehingga $3 sehari..dah kira mewah la tu untuk penduduk Afrika yang miskin.. kesian~










ingat lagi pasal penyakit bawaan cik ti yang saya pernah cerita dulu? kalo tak, boleh pi baca kat sini: Leptospirosis - wabak tikus kencing merata-rata. agak-agak kalo korang nak pi melancong kat Afrika nanti, usha-usha la sket sebelum nak beli makanan enh..mana tau, kot-kot mengidam sate..tapi, nampak macam ayam percik pun ye gak, dikepit-kepit macam tu..haha..makan biskut kering je dah la beb..saving n keep health! 

nak cari ayam percik kat pasar malam la malam ni! hehe..

Wednesday, November 17, 2010

berkorban untuk raya korban

selamat hari raya korban kawan-kawan :) wah..hepinye saya hari ni sebab akhirnya sampai jugak di selayang ku sayang untuk beraya bersama orang-orang tersayang..hehe..by the way, perjalanan dari kota bharu ke kuala lumpur saya kali ni sangatlah menyayat hati!

1st things happen,saya terpaksa beli tiket bas BUKAN transnasional untuk pulang ke KL..alasan, tiada trip trans pada malam raya..uh sangat tak suka! ayah suruh naik flight, saya jual mahal, padan muka! grr..

2nd, bus yang sepatutnya saya naik, akan berhenti di KL mengikut apa yang tertera pada tiket..KL maksudnya hentian putra, tapi last minit, penjaga kaunter suruh saya naik bus yang menuju ke JB dengan alasan bus KL takde..oii TAKDE die cakap??! memang nak kena sungguh company bus tu..tapi nak buat macamana, naik la jugak..

servis serabut!! nah amik ko!

3rd, seat saya dah kena kebas! omg!! dah la hujan lebat, naik bas basah-basah, seat takde..hampeh punye trip la kali ni..eii..nasib baik ada 2 seat kosong kat belakang..tu pun berebut! huh..finally, dapat gak duduk dan tidur..daripada satu couple nih, kalah dalam perebutan seat, sorang kene duduk kat lantai bus..HAHA..kesian..macamana la company tu jual tiket..berlagak macho punye pasal, duduk la mamat tu kat lantai dari KB sampai KL! 8 jam kot..salute la bang! hehe..

4th, tak sampai setengah jam tayar bergolek, bas rosak! HAHA..sumpah lawak..rasa nak giget telinga driver tu!! ada satu pakcik tu tanya, bila bus nak bergerak, boleh pulak driver tu sound: dah siap, JALANLAH!! ciss..orang tanya baik-baik, jawab la elok-elok..no manners punye driver! lebih kurang sejam tergendala, dengan tak tahu ape benda yang rosak tengah-tengah jalan yang gelap gelita (tak nampak langsung ape ada kat luar bus) tayar pun bergolek semula menuju ke destinasi..

5th, memandangkan bus menuju ke JB dan saya ingin turun di KL, driver tu dengan sukahatinya tinggalkan saya di tepi jalan..waaaaaaa!!! serious tepi jalan beb..macam ape je berdiri tepi jalan, dengan beg AF besar kaler merah! haha..nasib baik dalam 5 minit je, ayah saya da sampai di tempat kejadian..

 beg ni ade jongkong emas..berat tahu!!

6th, suppose, selalunya, jika bertolak dari KB jam 9malam, saya akan sampai di KL jam 5pagi..tapi kali ni, bertolak pada masa yang sama, dan tiba di kampung halaman jam 7.50pagi..turun-turun dari kereta ayah, dengar takbir raya dari masjid berhampiran! sayunya rasa hati!! isk isk..besar sungguh pengorbanan saya untuk pulang menyambut raya korban tahun ni..

paling tak boleh blah, selipar saya pun putus! haha..terima kasih la kat company bus tu sebab journey yang paling 'menarik' sepanjang hayat saya nih! confirm, saya TAK AKAN naik bus tu lagi..i benci u!! huh :(

nasib baik ade encik 'double-capital-letter-R' yang sangat sweet..die sanggup datang rumah saya yang 'jauh' ni untuk berjumpa saya dengan alasan nak bertukar-tukar juadah..omg! kamu buat saya senyum sampai cramp pipi! hehe..terima kasih ♥ 



lepas ni rasa nak naik kereta lembu je la..

Tuesday, November 16, 2010

fyezrahman pemenang kuiz-pecah-otak encik mamek!!

hari ini, hari yang sangat best..pagi tadi, bila bukak blog, tibe-tiba nampak mesej kat shoutbox!


mamek: anda pemenang kuiz pecah otak #1 !!! 
hadiah nanti dapat. kene tido lak. tunggu topup dari aku! 
Tahniah lagi sekali ye !! =D

wah, terkujat den! ingatkan spam msg..rupa-rupanya betul-betul la..tak caye?! ha..tengok webscreen encik mamek kat bawah ni..hehe..



hadiahnye ialah topup rm10..saya tak pakai topup, tapi saya nak jugak ye..boleh bagi kat adik! hehe..

gambar dari encik google yang takde kena mengena :)


although hadiah yang disediakan ni sempoi je, kemenangan ni tetap penting untuk menaikkan moral dan semangat saya untuk terus menulis blog..trimas encik mamek!

ENCIK MAMEK MEMANG BERGAYA-LAH!! 
wiwiiiiiiiiiiit~

Saturday, November 13, 2010

selamat menyambut hari raya aidiladha

untuk semua rakan-rakan yang membaca entri ini, saya ingin mengucapkan
selamat menyambut hari raya aidiladha
jangan makan daging banyak-banyak sangat ye..nanti takut kena hypertension pulak..hehe..
mohon maaf zahir batin (nak cakap yang ni, tak kisah bila-bila pun kan?) ♥


cuti raya sudah lulus! wiwiiiiiit~

McD's birthday party

semalam, adalah sambutan hari jadi jiran-sebelah-bilik saya..actually birthday dia da lama lepas..tapi bz punya pasal, la ni baru nak pi sambut..cara kami, siapa yang menyambut hari jadi, dia perlu membelanja rakan-rakan yang lain..bertuahkan?! haha..geng kami ada 8 orang..tapi selalunya ada je tetamu tambahan yang akan join..kali ni, sambutan diadakan di McD kota bharu..so, lets da pictures done their work!








bukan budak-budak kecik je yang boleh buat party kat sini enh! budak-budak chomel macam kami pun boleh! hehe..

Friday, November 12, 2010

merokok? mana ada gaya!! (1)

merokok memang tak macho langsung! kenapa nak merokok kalau amal masih belum cukup? merokok tu kan macam membunuh diri sendiri..bukan diri sendiri je, perokok pasif pun terlibat sama..siapa perokok pasif? orang-orang yang korang sayang, yang menghidu asap rokok korang tu la..tak pasal-pasal, saya yang takde kena mengena ni pun terlibat sama..huh! -_-' tolong jangan bunuh saya..



orang yang cakap: TAK NAK merokok tu lagi bergaya okey!





apa kata korang gulung je note rm10, bakar dan hisap?? senangkan..tak payah susah-susah pergi kedai nak beli rokok! meh buat depan saya..memang tabiklah!!


sori..entry ter-emo pulak..petang tadi jumpa kawan lama..tiba-tiba ada mamat tak-kacak-langsung hembus asap rokok berkepul-kepul dalam restoran Hayaki..menyampah btol!!!!

Thursday, November 11, 2010

cukup indah

semalam dapat tag dari inchik sarepdol! ciss ko nih! sia suruh ko ajar sia cakap sabah, ko suruh sia nyanyi-nyanyi pulak ya! hakhakhak..memang lawak soalan-soalan tag kali ni..benda random, tapi macam terkena je semua jawapannya..cuba tengok kat bawah nih!



Put your music library on shuffle. For each question, press the next button to get your answer. You must write that song title as the answer to the question, no matter how silly it sounds! Most of the time they seem to work though, strangely enough. Ok, go! When you're done, tag people in this note, and make sure to tag the person who sent you this. The answer to #20 is the Title of your note.

1.If someone says, “Is this okay?” you say
Berlari- Evolet
(haha.. tengah stress la ni..orang tanya terus lari!)

2. How would you describe yourself?
Note to God- Charice
(adeh! Ni memang stress betul nih! -_-’’ )

3. What do you like in a guy/girl?
Leka- Atilia
(hehe.. leka meng’usha’? ouh apakah? )

4. How do you feel today?
Terlanjur Cinta- Pasha n Rossa
(wow..serius nih!!! wiwiiiiiiit~)

5. What is your life’s purpose?
You n I see- UNIC
(okey jom lihat ape yang ada!! hehe..)

6. What's your motto?
A Song for Mama- Boys2men
(saya memang anak mama! hakhak..)

7. What do your friends think of you?
Gypsy- Shakira
(ouh really? sangat melampau itu! haha..)

8. What do you think of your parents?
Keluarga Bahagia - Saujana
(wiwiiiiiit~ macam tahu-tahu je! hehe..)

9. What do you think about very often?
Today was a Fairytale- Taylor Swift
(haha..damn so serious!..memang suka berangan pun! pandainye!!)

10. What is 2 + 2?
Baby- Justin Bieber
(erk..sori..baby blom pandai mengira! hehe..)


11. What do you think of your best friend(s)?
I’ll Stand by you- Glee
(we’re BFF!! *wink*)

12. What do you think of the person you like?
Jawapanmu- Misha Omar
(masih menanti jawapan..hikhik..)

13. What is your life story?
TanpaMu- Inteam
(ciss..haha!!)

14. What do you want to be when you grow up?
Remaja- UNIC
(hakhakhak..takleh blah! awet muda kot~)

15. What do you think of when you see the person you like?
Fight for This Love- Cheryl Cole
(hope I can.. hihi!!!)

16. What will you dance to at your wedding?
For The Rest of My Life- Maher Zain
(wiwiiiiiiiiiiit~ sweetnye! hehe..)

17. What will they play at your funeral?
Rayuan Rindu- Raihan
(haish! apakah!!)

18. What is your biggest fear?
Try Sleeping With The Broken Heart- Alicia Keys
(nanti dapat nightmare! ouh nggak mau dong!!)

19. What is your biggest secret?
Nota Cinta- Akim AF7
(surat cinta monyet?! sudah hapus semua ya! haha..)

20. What will you post this as?
Cukup Indah- Aliff Satar
(memang indah pun! terima kasih sarepdol sebab tag sia!)


demi matahari..As-Syams


  1. Demi (perhatikan) matahari dan cahayanya
  2. Dan (demi perhatikan) bulan apabila mengiringinya (ketika masuk matahari)
  3. Dan (demi perhatikan) siang apabila menerangi (ia akan kelam malam)
  4. Dan (demi perhatikan) malam apabila telah menutupinya (akan siang harinya)
  5. Dan (demi perhatikan) langit dan Yang membangunnya (iaitu Allah)
  6. Dan (demi perhatikan) bumi dan Yang menghamparkannya
  7. Dan (demi perhatikan) jiwa dan Yang menyempurnakannya
  8. Maka (lalu) diilhamkannya (oleh Allah jalan-jalan) kejahatan dan (jalan-jalan) takwa
  9. Sungguhnya telah mendapt kemenanganlah orang yang membersihkannya (dari pada segala dosanya)
  10. Dan sungguhnya mendapat kerugianlah orang yang mengotorinya (dengan maksiat)

 bila tengok vc ni, tiba-tiba jadi sangat rindu pada zaman-zaman menjadi seorang cikgu dulu..subhanAllah..Allah maha pengasih..walau ke mana pun kaki menapak, matahari tetap menyinari..itulah rahmat tuhan..cekalkan hati..tekad berusaha dan tentukan jalan mana yang bakal kita harungi..insyaAllah dengan izin Allah, kita akan tetap berada dilandasan yang benar..selepas mengharungi kepayahan menjadi seorang tenaga pengajar, insyaAllah saya takkan berpaling lagi..ini dunia baru saya..
i LOVE to be a nurse and now im here!


adeh..apsal jiwang pulak kali ni..stress punya pasal la nih!

Tuesday, November 9, 2010

MamaGee's contest

salah seorang tetamu yang melawat blog saya hari ni ialah mama gee..macam nama mama saye jugak la! hehe..the best part is, mama gee ni pun peminat pink macam saya! bila saya membalas kunjungan beliau, saya ternampak la contest ni..


im crazy with pink! so, bagai ulam dicita, pucuk mendatang la ni kan..hehe..contest ni super duper simple..just snap a picture of yourself with any stuff yang berwarna pink, and upload it here..PINK ONLY ya! nak hantar berapa banyak gambar pun takpe..yang penting,
  • jadi followers mamaGee
  • buat satu entry pasal contest ni dan letak badge contest macam kat atas tu
  • letak gambar pinky-pinky korang
  • bawah sekali tulis ayat penting, macam yang saya tulis kat bawah tu!
  • tarikh tutup:  29/11/10 @ 8pm
hehe..enjoy my pic!!



okey mama Gee, im done! bukan sekeping, tapi tiga keping sekali datang..bukan gambar saya sorang, satu pasukan lagi support supaya saya menang! hehe..semoga tuah menyebelahi saya kali ni because..
IM A BIGGEST FAN OF PINK!

mama Gee nak pilih tiga-tiga gambar tu pun boleh ye! hehe..
Related Posts with Thumbnails