Followers

Sunday, December 19, 2010

selsema?!

sekarang memang cuaca tak menentu..tengah-tengah panas, tiba-tiba mendung pulak..kang tiba-tiba takde warning, terus hujan! mak-mak mesti bising sebab kain jemuran susah nak kering..kan kan??

lagi satu masalah biasa ialah demam..perubahan suhu yang mengejut menyebabkan badan susah nak beradaptasi..erm, maksud saya, badan susah nak adjust suhu mengikut suhu persekitaran yang tiba-tiba berubah tu..get it?!

okey, bila dah demam, selsema mesti muncul..kadang-kadang siap pakej dengan batuk sekali..how sweet! haha..jangan marah-marah..setiap penyakit yang diturunkan tu adalah kafarah..penghapus dosa, betul tak?
 jadi sila ber-tabah..bukan tak boleh sembuh pun kan..so now, saya nak share some tips on how to get rid of flu, naturally..eh eh, ade yang tak faham ke? okey la, translate: bagaimana menyembuhkan selsema secara semulajadi :)

blueek! sila muntah!
  1. hembus hidung dengan kerap
    • ikut logik, kalau hidung ber'cecair', korang kena la hembus keluar untuk buang benda tu kan? ke malas sangat nak pergi toilet, korang sedut dalam-dalam cecair tu? yuks! sila jangan simpan 'harta' tu ye..tak jadi kaya pun! haha..
    • cara hembus yang berkesan adalah dengan menutup salah satu lubang hidung, untuk membersihkan bahagian yang sebelah lagi..tapi jaga-jaga! jangan hembus terlalu kuat, kerana ia boleh merosakkan gegendang telinga korang akibat tekanan terlalu kuat dalam bahagian kepala..tak pasal-pasal nak sembuhkan selsema, jadi pekak pulak! huh naudzubillah!
  2. banyak berehat
    • bila kita sakit, badan memerlukan tenaga yang banyak untuk membantu sistem imun dalam usaha melawan jangkitan..jadi, silalah berehat supaya cepat sembuh.. 
  3. berkumur
    • berkumur ni tujuannya nak lembabkan tekak korang, untuk melegakan keperitan pasal dah banyak hilang cecair akibat selsema..kalau nak lagi berkesan, kumur dengan air bercampur garam supaya kuman di tekak dapat dibunuh..kalau korang belajar, saluran tekak, telinga dan hidung ni bersambungan..pernah dengar ear, nose and throat (ENT) specialist?!
  4. minum/ makan benda panas
    •  ni satu lagi tips bes..perut kenyang, penyakit sembuh! hehe..tapi serius, benda panas boleh mencairkan apa-apa yang beku dalam hidung tu..bila da cair, korang hembus la keluar..lama-lama baik la selsema tu..kan kan?!
  5. tidur dengan lebih bantal
    • tinggikan kepala dengan lebih banyak bantal boleh membantu posisi anda untuk tidur dengan selesa..kalo selsema kan susah nak bernafas..jadi, duduk untuk membantu aliran cecair keluar dari hidung dan tak menyumbat lebih-lebih sampai kamu tercungap-cungap tak dapat nak tidur..tapi takkan nak tidur duduk kan? penat weh! so, tinggikan kepala dengan bantal okey!
ouh sensored sungguh pakcik nih!
okey, ini tips saya secara SEMULAJADI ye kawan-kawan..kalau rasa tak sesuai dengan kamu, atau tak sabar nak baik dari selsema, ambil jalan pintas, sila la jumpa doktor untuk ambil ubat..but remember, ubat yang berlebihan dalam badan boleh menyebabkan toksin dan mengakibatkan penyakit lain pulak okey..sayangi diri sendiri sebelum menyayangi orang lain :)

ada sesiapa nak tambah tips?!

9 comments:

athirahazni said...

oit, gamba first tuh sila kuarkan yea. hahah x senonoh btol !!!!!!!

faizura rahman said...

@athirahazni: muahaha..ini la selsema ye kawan-kawan..mane tau ade yg xkenal ke kan~

Kuman Chaos said...

euuuuwwww....

kuman "Tornado PAINTING Done!!.." Entry

ANATI SOKI said...

euw euw euw.. sumpah geli tgk gmba hingus tuh

faizura rahman said...

@ kuman: haha..sila muntah!

faizura rahman said...

@ anati: sabar sabar..hehe

Angin Selat Melaka said...

Assalamualaikum...
Nampaknya selsema anda tu boleh tahan teruknya. Saya cadangkan sesiapa yang mengalami simptom begitu, segera ubatinya di:

Petua mengubati selsema kronik

Semoga berjaya. Tq.

♥ Dea ♥ said...

nice sharing!!..;p

Anonymous said...

skali tgk da tau tu bukan gamba hingus tu

Related Posts with Thumbnails