Followers

Thursday, December 16, 2010

derma darah

okey, sejak bulan april saya dah pasang niat nak pergi derma darah..supposed goal saya, setiap 3 bulan akan jadi penderma..tapi disebabkan terlampau popular bz sampai tak sempat, jadi terpaksalah postponed hasrat murni tu..chewah! haha..okey memang saya nurse, dan sentiasa dekat dengan hospital, tapi tak sempat jugak ye..ni bukan alasan, ni kenyataan :p

1st time saya menderma, masa jadi peserta PLKN, time tu tak cukup umur pun lagi..so terpaksa mintak kebenaran mama ngan ayah dulu..time tu tahun 2004..sekarang, dah lepas derma baru bagitahu..tak nak dorang risau la konon-konon..hahaha..so kelmarin, try la google pusat darah negara (PDN) punya mobile team ade kat mana..alang-alang cuti ni, senang sikit nak merayap..and it was at KL Sentral..nice, sangat dekat!

untuk jadi penderma, first thing yang korang kena alert ialah 'adakah anda sihat pada hari ini?' serius tak tipu..kalau sakit cane nak derma pulakkan? haha..nice nice! okey then macam kat bawah ni la:
  • berumur 18-60 tahun
  • berat badan melebihi 45kg
  • tidur melebihi 5 jam pada malam sebelumnya
  • tiada masalah perubatan
  • tidak mengambil sebarang ubat (eg: antibiotik) dalam masa terdekat
  • telah mengambil sedikit makanan sebelum proses pendermaan bermula
  • tidak terlibat dalam kegiatan seperti:
    • hubungan sejenis (homoseksual)
    • hubungan jenis dengan kedua-dua jantina (biseksual)
    • hubungan seksual dengan pelbagai pasangan/ pekerja seks komersil
    • penyalahgunaan dadah secara suntikan
    • menjadi pasangan kepada golongan diatas
  • tempoh pendermaan terakhir melebihi 3 bulan dari tarikh semasa
lepas korang da sure yang korang menepati ciri-ciri kat atas tu, korang boleh la try luck g isi borang application nak jadi penderma kat tempat-tempat yang jalankan aktiviti pendermaan nih..after that, pegawai kat situ akan check jenis darah dan paras haemoglobin korang untuk memastikan yang korang layak atau tak jadi penderma..time ni, die akan prick jari korang sket..serius, sikit je kat hujung jari..then amik setitik dua darah korang tu untuk diperiksa..

okey, nampak tak die amik setitik dua?
kalau semuanya beres, korang kene check tekanan darah pulak..untuk kita yang dalam lingkungan belia muda remaja nih, tekanan darah yang normal adalah 120/60mmHg..kalau korang pernah cheak, korang tahu la kan..hehe..kalau naik sedikit or kurang sedikit dari paras normal tu, masih dikira okey..macamana paras sedikit-sedikit tu, ha yang ni kerja rumah korang..g google enh! hehe..


nampak muka gembira saya kerana tekanan darah yang memberangsangkan?


lepas setel semua, tibalah masa yang ditunggu-tunggu..jeng jeng jeng..mari menderma!! haha..

cucuk bius dulu ye..serius tak sakit jugak!
cucuk jarum untuk amik darah pun tak sakit sebab dah kena bius tadi
tunggu beg penuh dengan gembiranya!

lepas amaun darah yang diarahkan untuk diambil oleh pegawai perubatan (berdasarkan berat badan dan taraf kesihatan) telah siap sedia, kamu-kamu yang menderma akan dapat 1 buku rekod pendermaan, 1sijil pengesahan pendermaan dan sedikit jamuan ringan oleh pihak penganjur (untuk mengembalikan tenaga)..


kulit depan buku rekod pendermaan

bahagian dalam buku rekod..cis! sila abaikan bilangan tu! haha

sijil

jamuan..ade dunkin donuts seh kali ni..wiwiiiiiiiiiiit~
lepas pendermaan, maybe akan rasa pening-pening sket or lenguh-lenguh kat lengan bagi yang pertama kali..nanti dah lama-lama, okey la..ape orang cakap, alah bisa tegal biasa? ha..camtu la..

ade jugak mitos-mitos yang kata, lepas derma akan jadi gemuk..eh eh..saudara saudari silap maklumat tu ye..cuba tanya mana-mana budak gemuk-chubby-montel macam saya yang korang kenal..pernah menderma ke tak? rasa-rasa ramai yang takut jarum, sebab tu gemuk..darah banyak sangat dalam badan, taknak sedekah kat orang yang memerlukan..haha..sori..tu tipu..tapi serius enh, tak de makna lepas derma boleh jadi gemuk!

so agak-agak, kempen saya berjaya tak? g la derma darah..tak luak sikit pun..banyak pahala tolong orang kan :)

sel darah baru akan terhasil dalam masa 3 bulan..kalau tidak didermakan pun, sel darah merah akan pecah dan disingkirkan dari badan manusia..rugi kan mensia-siakan ciptaan tuhan yang boleh memberi manfaat pada orang lain?!

24 comments:

Cik Moon said...

waa...cik moon pun suka gak derma darah...sgt best.. tp xtau nape suka.. ngee~

n.h.m.s said...

dulu pernah nak derma darah.sekali cek2, org tu kate, "kepekatan darah awak ni cair la,xlayak menderma,bykkan makan hati, kerang, etc. ye"
huhu.pastu terus tak gi derma dah.;p

faizura rahman said...

@cik moon: sy pun suke..sy pun xtahu kenapa! hehe

faizura rahman said...

@n.h.m.s: haha..xpe xpe..atleast ade kemahuan..mane tau esok lusa g cheak, darah da okey ke kan..hehe

she jirah said...

yay, derma darah.
wow, banyak nyer dh derma darah.
kita baru sekali.
huhu.

eyh, saya pun ada buat entry tntng derma darah.
hee~

http://jirahisme-she.blogspot.com/2010/07/maen-suntik-suntik.html

Arra said...

wah..g derma darah xajak kiter..huhu

faizura rahman said...

@she jirah: hehe..nak bace nak bace!

faizura rahman said...

@arra: jauh la nak ajak..duk sane asyik xsempat je..hehe

ANATI SOKI said...

omg! derma drh! hehehe.. anat kalau bab2 darah nih. sgt2 lemah.. boleh pening oo tgk drh.. :)

athirahazni said...

typo = check not cheak. ^_^

faizura rahman said...

@anati: derma je..jgn pandang beg darah tu dah la..hehe

faizura rahman said...

@athirah: noted! haha..thx

Jejaka Terhangat said...

wahhh..dah byk kali derma yek..bagusnya..JT baru 2 kali je derma. hehe..

Jejaka Terhangat: Drama Lagenda Budak Setan Versi Jejaka Terhangat (Mesti Baca)

faizura rahman said...

@ Jejaka: rilli? gud2 berani menderma, len kali boleh pi menderma sama2 ye :)

abah_izz said...

lama gak dah tak derma...last tahun 2004 kut..hi..hi2

faizura rahman said...

@abah_izz: hehe..atleast pernah..xpe, nnt kalo ade, boleh pergi lagi :)

Along Tapa said...

sejak menderma darah perniagaan saya semakin berjaya tanpa perlu mengeluarkan apa-apa usaha(stail testimoni promosi MLM...)hahhahaa...

Gorengbaek - Ini kah tahap kewartawanan Malaysia??

Hangit habis dah - What the hell??Fcuk off damn it...

aimi nadiah said...

teringin nyer.. dulu ade jgk slalu gi kat pusat derma drh.. tp xlps.. huhuk..

faizura rahman said...

@along: hahaha..ape ko merepek?!

faizura rahman said...

@aimi: xpe..kalo ade rezeki, mst lepas punye..jgn pernah putus asa! chaiyok! :)

Shazmiey Abdurahman said...

warggghh..dah byk kali derma darah! aku skali pun xpenah~!!!huh.

tomatokering :) said...

ceq po sgt suka derma darah ! tapi baru 3 kali jer derma . hehe ;)

ASaDa RyutaRo said...

belum pernah menderma darah... mungkin akan d pertimbangkan untuk derma darah nanti..

tak takut pun dengan jarum sbnrnya. gerun je. lalala~

aimi nadiah said...

thanks.. ayat semngat tu.. akan usaha lagi..

Related Posts with Thumbnails