Followers

Thursday, November 4, 2010

tonsilitis - radang tonsil

okey, dalam entry yang lepas, saya ada cerita pasal goiter..ingat tak? kalau belum baca, sila la baca entry goiter bukan beguk ni ye! kali ni nak story pasal tonsilitis pulak..

okey..tonsil ialah satu lagi kelenjar yang berada di area leher korang..kalau siapa yang perasan, yang rajin jumpe doktor tu, bila doktor buat cheak-up, mesti die suruh korang nganga mulut besar-besar, tekan lidah korang dengan wooden stick (yang macam batang aiskrim tu) lepas tu suluh dengan torchlight..sebab die nak cheak ape ada dalam mulut tu..pernah tak?! actually, ape yang doktor tu nak tengok ialah kelenjar tonsil yang ada kat tekak korang..normal atau bengkak..pink atau merah..tompok-tompok atau belang-belang..HAHA..itu tipu!

sila abaikan warna gigi dan misai di sekitar tu ye! haha (tonsil normal)

tonsil adalah kelenjar yang berfungsi sebagai tisu pertahanan badan..ia terdiri dari sel-sel yang dipanggil limfosit..iaitu sel darah putih yang berkerja untuk melawan penyakit..sebab itu, kalau korang sakit, contohnya demam, bila jumpa doktor, mesti kena cheak kelenjar tu..nak tengok la, sel korang tengah bekerja ke, sedang mengulor! haha..

tonsilitis ialah keadaan dimana kelenjar tonsil itu dijangkiti oleh virus atau bakteria..ia akan membengkang, menjadi bertambah merah dan jika teruk, siap ada bintik-bintik..

okey, ini tonsil yang bengkak..

tonsil yang ni ade aksesori bintik-biktik! haha..

tanda-tanda yang seseorang tu mengalami tosilitis ialah:
  • Demam
  • Susah untuk menelan makanan kerana sakit tekak
  • Nafas berbau busuk
  • Bunyi suara yang ganjil

kalau dah terkena jangkitan ni, jangan la takut..semuanya ada penawar..chewah! haha..rawatan untuk tonsilitis ni sangat la sempoi..
  • Paracetamol (panadol) untuk mengurangkan demam dan sakit
  • Makan makanan yang sejuk, lembut dan minuman sejuk eg. aiskrim
  • Banyakkan minum
  • Elakkan makanan yang keras,rangup,berempah dan panas
  • Rehat
  • Antibiotik jika jangkitan berpunca dari bakteria 

jadi tak payah la risau sangat..tapi still perlu jumpa doktor..ye la, kot-kot korang ada tanda-tanda yang sama, tapi sebenarnya benda tu penyakit lain ke..ha..tak ke bahaya! hehe..

utamakan kesihatan anda..hidup hanya sekali..make it simple n sweet :)

    5 comments:

    malyna said...

    sedang mengalamiii . sakitt :(

    hee btw, salam ziarah :)

    budak chOmel said...

    Okayh!! tengs! sy mc 3 hari sbb tOnsil sy bengkak!

    faizura rahman said...

    @ malyna: g mkn aiskrim! hehe..salam ziarah :)

    faizura rahman said...

    @ budak chomel: haha..bersabarla ye cik kembo..cuti tu kan menarik..semoga cpt sembuh!

    HabibahErsallinaErsallina said...

    ader gak tpi tk pntang mkn.melratlh skitnya

    Related Posts with Thumbnails