Followers

Monday, November 29, 2010

scabies-si kudis yang buta

pernah dengar penyakit scabies? okey la, orang kita panggil kudis buta..buta kat sini takde kena mengena dengan mata atau melihat ye kawan-kawan..ini ialah sejenis penyakit yang menyerang kawasan-kawasan seperti:
  • celah-celah jari
  • sekitar pusat 
  • celah-celah ketiak
  • siku
  • kaki dan buku lali
  • kawasan kemaluan
  • punggung 

 
biasanya orang yang mengidapi penyakit ni akan mengalami:
  • kegatalan kulit yang teramat sangat, menjadi lebih teruk diwaktu malam dan selepas mandi air panas
  • tanda-tanda calar kesan daripada menggaru pada kawasan kulit yang terlibat      
  • bintik merah – seperti ruam terutama dikawasan kedua-dua tapak tangan dan kaki        
  • garisan hitam beralun dan pendek pada kulit (tempat korekkan kutu)
 ianya disebabkan oleh gigitan kutu yang bernama Sarcoptes Scabiei.. sedap tak nama dia? haha..meh berkenalan meh!


  •   Berbadan bulat dan mempunyai lapan kaki yang panjang
  •   Kutu ini berukuran 0.4 mm panjang setiap satu
  •   Kutu betina akan mengorek masuk kedalam kulit, mengeluarkan telur dan mati
  •   Telur-telur  akan menetas menjadi kutu dan hidup selama 30 hari
penyakit ni boleh membiak dan menjangkiti orang-orang yang berada disekitar pesakit, maksudnya yang rapat dengan pesakit dan yang berkongsi peralatan persendirian..kalau sesiapa yang pernah duduk asrama, lelaki la kebiasaannya, mesti pernah kena penyakit ni..paling kurang pun, mesti pernah nampak budak dorm sebelah tergaru-garu pasal gatal kan? ha..baik mengaku cepat!! haha..antara cara penyakit ini merebak ialah:
  • Ada perhubungan/pergaulan yang berpanjangan dengan pengidap kudis buta
  • Tidur berdekatan dengan pengidap kudis buta
  • Tidur beramai-ramai di atas sebuah katil dengan mereka yang mengidap kudis buta seperti di asrama
  • Berkongsi tuala, pakaian, kain cadar, sarung bantal dan lain-lain peralatan sendirian
  • Bagi ibu yang mengidap kudis buta, kudis buta mungkin seterusnya berjangkit kepada bayi/anak
  • Kebersihan diri tidak dijaga

tiada penyakit yang tiada ubatnya..kalau agak-agak terkena jangkitan, pergilah klinik/hospital untuk dapatkan rawatan..insyaAllah kamu akan diberi ubat sapu untuk mengawal kegatalan dan mengeringkan kudis-kudis yang buta itu..jangan terlalu stress, kerana stress boleh merendahkan imuniti badan dan melambatkan penyembuhan..ha..percayo la cakap den! ^__^

yang penting, mencegah lebih baik dari mengubati..ye tak?? so, macamana nak cegah? ha, macam ni ye..
  • jaga kebersihan diri..mandi sekurang-kurangnya 2 kali sehari dan gunakan sabun dan air bersih
  • segala kelengkapan harian, seperti tuala dan baju hendaklah dijaga dengan bersih dan jangan berkongsi dengan orang lain
  • basuh pakaian/cadar/sarung bantal dengan bersih dan jemur dalam cuaca yang panas terik
  • tilam dan bantal hendaklah dijemur sekurang-kurangnya sekali seminggu
  • buka tingkap supaya cahaya matahari dapat masuk ke dalam bilik
  • jaga kebersihan kawasan sekitar rumah untuk mengelakkan sebarang rebakan penyakit berjangkit 
anda sihat, keluarga bahagia :)

3 comments:

BUJANG SUSAH said...

uiiiii... kat kemaluan pun leh kena ke.. takutnya..

AjimGreen said...

ehem2~ jk kongsi sepit kuku boleh tak? bahaya²..dah la kecik..

faizura rahman said...

bujang: boleh! takutkan..huhu

ajim: suppose xboleh..kita bukan basuh pun bnd tu lps gne kan?

Related Posts with Thumbnails