Followers

Thursday, November 4, 2010

sambal goreng yang menjilat pinggan!

zaman belajar kat uitm dulu, pernah sekali tu, time hari raya haji, ikut housemate-cik shima, balik kampung die kat kulai..al-maklum lah, saya ni orang KL..raya haji hanya lepak di rumah..paling gempak pun, intai lembu kene sembelih kat surau, dari atas rumah..haha..so sad!

masa ikut beraya kat kulai tu, ibu cik shima ni masak sambal goreng..resepi asli orang jawa beb..memang sedap giler! bukan setakat menjilat jari, siap jilat pinggan lagi! hehe..


disebabkan mak die tengok saya sangat gilakan sambal goreng tu, mak die pun ajar la saya cara memasak, supaya bila balik KL nanti, saya tak la rindu sangat kat sambal goreng ni sampai tak boleh tidur! haha..tu tipu!

kalau rajin, korang boleh la try buat ye..sedap beb kalau makan dengan nasi panas-panas! hehe..

bahan-bahan

bahan A (potong kecil dan goreng separuh masak):
ubi kentang
tempe

bahan B (rendam dan potong halus):
suhun
fuchuk

bahan C (potong halus):
bawang besar
bawang putih
cili kering

bahan D:
ikan bilis
kicap manis
kicap masin
cili kisar
minyak masak
air

cara-cara
  1. goreng bahan C dengan minyak hingga layu sedikit, masukkan ikan bilis dan gaul rata hingga naik bau.
  2. masukkan cili kisar kicap manis, kicap masin dan air. tunggu hingga menggelegak.
  3. masukkan bahan B, masak hingga lembut dan biar air surut 1/3 dari jumlah asal.
  4. masukkan bahan A dan gaul rata.
  5. makan..makan..makan!! hehe
kenapa makanan orang jawa ni best enh? saya betul-betul jatuh hati dengan makanan orang jawa! 

ada orang jawa tak kat sini? nak berkenalan boleh? wiwiiiit~

No comments:

Related Posts with Thumbnails