Followers

Thursday, November 4, 2010

radio, maruku dan laddu !

saya punya satu habit yang ntah apa-apa..thanks Allah sebab mengurniakan rumet yang sekepala..kami sangat suka memasang radio 24hour non-stop didalam bilik ..kecuali  ketika solat dan keluar bekerja..yang paling penting, masa tidur, radio tu wajib berfungsi!


selama ni kami dengar channel-radio-panas..tapi tak tahu apa punca, signal tu hilang tiba-tiba..so sekarang ni kami adalah pendengar setia FLYfm :) majority lagu kat fly ni ialah lagu inggeris..kadang-kadang je ada lagu malay or other language..

tapi sejak-dua-menjak ni, banyak pulak lagu tamil dan hindustan yang berkumandang..frankly speaking, saya bukan pengikut cerita tamil ataupun hindustan..cannot go la! cerita sampai 3jam..tapi adegan joget-joget je da amik masa sampai 2jam, memang tidur la jawabnye..yang paling tak boleh blah, tadi terdengar lagu kuch-kuch-hota-hai kat radio! HAHAHA..memang lawak! nak dekat deepavali kan..bagi can la~

sebagai rakyat 1malaysia, saya nak ucapkan deepavali vatel kel untuk abang ramesh-jiran sebelah rumah yang da lebih 10tahun tak jumpe (dengar-dengar da jadi doktor sekarang!)..mogana-jiran baru..auntie burung (erk..yang ni saya tak tahu nama die..panggil auntie burung sebab die ada bela burung dalam sangkar yang sangat cantik! hehe ) dan untuk seluruh rakyat 1malaysia! ku tunggu maruku dan laddu mu! hehe

 
sedapnye..


ni pun sedap..argh! drooling~

raikan keistimewaan dalam diri setiap insan :)  ni tagline iklan deepavali petronas 2010 kan..perasan tak?! hehe

3 comments:

My Little Diary said...

salam ziarah & salam kenal

sudi2lah singgah kat sini ye entry terbaru "aku dan 3 lelaki"

shima said...

ha tu dia... radio dodoikan cik fye hehehe

faizura rahman said...

my little diary: okey! i will :)

shima: teringat zaman uitm dulu..cik nad bukak channel ape tah, cerita pasal ayat2 chenta-jiwang~ geli gile! hehe..

Related Posts with Thumbnails