Followers

Monday, November 1, 2010

jom derma organ! -dalam perspektif ISLAM-

seorang rakan blogger, inchik paan, request tentang maklumat pendermaan organ dari sudut islam..lama da actually..sori, terlupa! hehe..

okey, as my previous post, dalam Islam, pemindahan organ diharuskan dengan syarat tidak ada alternatif lain yang boleh menyelamatkan nyawa pesakit. ia juga diharuskan sekiranya tidak mendatangkan mudarat yang lebih besar kepada penerima organ atau penderma organ (sekiranya penderma masih hidup). Islam juga mensyaratkan pendermaan organ dilakukan secara ikhlas dengan niat untuk membantu orang lain semata-mata kerana Allah s.w.t. dan bukannya bagi tujuan untuk mendapatkan ganjaran, habuan, populariti atau glamor.



menjual beli organ adalah haram dalam Islam. Pendermaan organ juga perlu mendapat izin dan persetujuan penderma, yakni pendermaan organ tidak boleh dilakukan kerana dipaksa.

Fatwa-fatwa di Malaysia Berkaitan Pendermaan Organ

1965   Fatwa negeri Perlis mengharuskan pemindahan kornea daripada orang yang telah meninggal dunia
1970   Majlis Fatwa Kebangsaan mengharuskan pendermaan organ daripada penderma kadaverik kepada penderma hidup

1989   Majlis Fatwa Kebangsaan menerima diagnosis mati otak sebagai diagnosis untuk kematian
1995   Majlis Fatwa Kebangsaan mengharuskan penggunaan graf tisu untuk merawat pesakit
1997   Fatwa negeri Sarawak mengharuskan pemindahan ginjal daripada penderma hidup dan penderma yang telah meninggal dunia

Fatwa dari Dunia Islam Mengenai Pemindahan Organ

SUMBER TAHUN     FATWA
Sheikh H. Makhluf (Mufti Besar, Mesir) 1952 Pemindahan kornea diharuskan
Sheikh H. Maamun (Mufti Besar, Mesir) 1959 Pemindahan kornea diharuskan
Sheikh Hureidi (Mufti Besar, Mesir) 1966 Pemindahan kornea diharuskan
Persidangan Pertama OIC 1969 Pemindahan kornea diharuskan
Majlis Agung Islam Algeria 1972 Pemindahan organ diharuskan
Sheikh Khater (Mufti Besar, Mesir) 1973 Pemindahan kulit dari mayat yang tidak dikenali diharuskan
Majlis Agung Fatwa Jordan 1977 Pemindahan organ diharuskan
Ulama Besar Arab Saudi 1978 Pemindahan organ diharuskan
Sheikh Gad al-Haq (Mufti Besar, Mesir) 1979 Organ boleh diambil dari penderma hidup atau penderma kadaverik
Fatwa Kuwait 1979 Pemindahan organ diharuskan termasuk dari kadaver
Ulama Besar Arab Saudi 1982 Pemindahan kornea diharuskan
Fatwa Liga Dunia Islam 1985 Pemindahan kornea diharuskan
Persidangan Ketiga OIC 1986 Kematian otak diterima sebagai kematian
Persidangan Keempat OIC 1988 Pemindahan organ diharuskan tetapi jual beli dan penyeludupan organ diharamkan

oii..ni gambar ape pulak?? (bkn organ macamni tau nk buat derma! haha) 

sebenarnya pemindahan organ ni langsung takde disebutkan dalam Al-Quran ataupun sunnah Rasulullah saw kerana kaedah ini merupakan satu perkembangan baru dalam dunia perubatan. Satu daripada matlamat syariah adalah untuk memelihara nyawa. Prinsip-prinsip syariah yang digunakan untuk mengeluarkan fatwa mengenai kaedah pemindahan organ ini termasuklah:
  1.  keperluan mengatasi larangan, 
  2. memilih jalan yang paling kurang mudarat 
  3. mudarat perlu dirawat dengan berikhtiar 
saya sangat concern bab-bab pendermaan organ ni bukan sebab saya seorang nurse..tapi kerana tak sanggup melihat orang yang berpotensi hidup, mati dengan sia-sia..siapa tahu, dengan bantuan kita yang tak seberapa ni, boleh melahirkan seorang pemimpin negara suatu hari nanti? lagipun, apa yang ada pada kita ni bukan hak milik mutlak kita..semuanya datang dari Allah..kenapa tidak kita belajar untuk berkongsi? ye tak?!  chewah! hehe..

sori sebab entri ni sedikit serius..saya benar-benar mengharapkan ramai rakyat malaysia menjadi pengikrar penderma berdaftar..plez plez plezzz! 

7 comments:

ザ-sylver-shooter said...

derma organ memang bagus..
tapi selalunya dapat tentangan keluarga

sebabnya,
kalau berlaku apa kepada penderma , macam eksiden dsb, ..orang hospital tak sbar2 nak ambil organ si pederma, instead nak selamat nyawa kawan tu..

penah dengar tk citer cmni?

y@n@ M!B said...

kena isi borang kt sepital dgn kadar segera =)

maza said...

opps.. maza masih tak sanggup lagi menderma organ..huhuhu

lagi pun maza selalu sakit2...
daripada better karang terus becom worst..
aderkkk!!

faizura rahman said...

sylver-shooter:
haa..btol tu..tapi tu semua salah tanggapan masyarakat..biasa la, kalo xbelajar, mmg xtahu..bila xtahu, mula la buat spekulasi..sebenarnya, pengambilan organ hanya dilakukan bila mangsa benar2 da mati..mati kt sini bermaksud MATI OTAK..dalam perubatan, berhenti pernafasan atau tiada nadi xsemestinya mati..tapi kalau mati otak, mmg confirm mati..bila seseorang tu mati otak,jantung masih akan berdenyut dlm kira2 20minit..org yang tidak tahu akan ingat mangsa masih hidup tp sebaliknya tidak..mati otak hanya boleh disahkan oleh doktor pakar..mcm tu la secara ringkas..

kenapa pihak hospital tergesa2 nak ambil organ? sebab, organ yang boleh didermakan hanya akan terus berfungsi jika diambil dalam tempoh masa beberapa jam selepas kematian..kalau lambat2, semua organ pun turut mati sebab xdpt oksigen..jadi xguna la nak derma lagi..btol x? ni bukan pasal gelojoh atau sengaja nk biar org tu mati supaya organ boleh diambil..ini berkaitan masa dan ketahanan organ tu sendiri..

yang penting, pemindahan organ hanya akan berlaku bila mangsa benar2 disahkan mati..tiada unsur khianat atau membunuh supaya organ dapat diambil..

kalau ada masa, boleh rujuk laman web ni :
http://www.agiftoflife.gov.my/v2/organdonation.html

terima kasih atas pertanyaan :)

faizura rahman said...

yana: semoga lebih ramai yang terbuka hati macam kamu :)

maza: hehe..kita derma bila kita da meninggal la..cuma daftar nak jd penderma je masa kita hidup ni, supaya pihak keluarga n hospital tahu apa nk buat lps kita meninggal..lgpun bukan senang2 je hospital nak amik..organ mesti sihat, baru boleh bagi kt org..

armouris said...

info tentang pemindahan organ di SIHAT SELALU - Pemindahan Organ : Risiko Jangkitan Penyakit

faizura rahman said...

kalo buat prosidur ikut teknik yang digariskan, insyaAllah risiko jangkitan dapat dikurangkan..nyawa manusia tu tak ternilai..bukan senang-senang nak buat pemindahan organ ni!

Related Posts with Thumbnails