Followers

Saturday, November 20, 2010

im a chocoholic!

saya adalah penggemar coklat..ye sangat-sangat..teringat zaman sekolah, ade seorang 'secreto-admiror' menghadiahkan coklat cadbury perisa coffee (kalau tak silap) sempena hari jadi saya..actually, ramai lagi rakan-rakan yang bagi hadiah, almaklumlah duduk hostel- hubungan memang rapat..tapi hadiah dari 'budak pendiam' tu jugak yang buat saya sangat-sangat terharu..coklat tu! wiwiiit~ hehe..


berbalik kepada si coklat, walaupun saya tak minum kopi langsung, coklat itu saya makan jugak sedikit sebelum mewakafkan ia kepada ahli dorm..coklat punya pasal, pening sikit sebab kopi tu pun takpe..haha..

ramai orang kata coklat menggemukkan..merosakkan gigi..membuat muka berjerawat..ouh saya tak heran semua tu!! im a chocoholic but im still fine, so what?! mungkin ramai dah tahu, tapi kat sini saya nak bagi tahu jugak tentang ape yang coklat boleh sumbangkan untuk kita..lets cheak it out!

coklat adalah baik untuk kesihatan berdasarkan fakta berikut:
  • penyumbang 15% Lemak, 6% Protien, 17% Karbohidrat, 15% Tenaga dan Vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan saat-saat kita terputus bekalan makanan berat contohnya ketika camping
  • Lemak koko dalam coklat mengandungi 38.2% asik oliek iaitu sejenis lemak tidak tepu yang berperanan merendahkan paras kolestrol di dalam darah.
  • Citric acid iaitu asid lemak tepu yang terkandung di dalam lemak koko pula mempunyai kesan neutral terhadap paras kolestrol.
  • Melalui kajian yang dijalankan, didapati bahawa coklat mengandungi bahan anti-kerosakan gigi seperti tannin, kasien dan asid oksalik. 
    • Tannin aialah sejenis bahan yang menghalang pembiakan bakteria yang akan membentuk plak dan asid di dalam mulut. Asid yang terhasil daripada proses pemecahan makanan oleh bakteria merupakan punca kerosakan gigi. Plak adalah sisa-sisa makanan yang melekat pada gigi akibat tindakan bakteria.
    • kasein didalam coklat susu pula bertindak mengurangkan kerosakan gigi dengan menghalang pertumbuhan plak dan seterusnya mengurangkan pengeluaran asid. Kasien juga membantu dalam pertumbuhan gigi.
    • Asid oksalik merencatkan pengeluaran enzim bakteria dan seterusnya menghalang pengeluaran asid.
  • Lemak koko yang merupakan bahan asas di dalam coklat mempunyai ciri-ciri kecairan yang membolehkan ia mudah cair didalam mulut. pertumbuhan plak gigi terhalang kerana coklat tidak tersimpan lama di dalam mulut
  • coklat dan serbuk koko mengandungi phenol sejenis bahan kimia yang membantu mengurangkan risiko sakit jantung. phenol bertindak dengan menghalang lemak seperti zat di dalam aliran darah daripada teroksida dan menyumbat arteri.
  • Sejumlah besar koko yang dinikmati dalam bentuk coklat, lazat rasanya dan mengandungi kebaikan semula jadi. Secara perbandingan, sekeping coklat susu mengandungi lebih kandungan protien berbanding dengan sebiji pisang, sebatang lobak merah. sebiji oren, sebiji epal atau sejumlah kismis dengan berat yang sama.
Sumber: Facts On Health and Nutrition For Educators dan Health Profesionals, 
Chocolates Manufactures Association of the USA.


gambar ihsan lynn's lovely homemade

janganlah terlalu ego untuk mengatakan yang coklat itu bagus untuk kesihatan..apa-apa makanan sekalipun, kalau diambil secara berlebihan, memang akan memudaratkan kesihatan..so coklat tak bersalah pun dalam hal ini..kalau anda tak suka, tak bermakna orang lain membenci..betul tak kawan-kawan? hehe..


makan coklat sebelum tidur, membuatkan saya bertambah chomel dan tidur lena..tak percaya? sila cuba! :)

4 comments:

shima said...

ye im chocoholic too..
cadbury, vanhounten, vochell, ferrero rocher etc etc etc...
yummy delicious....

eqbalzack said...

hi fyra...abg eq dah send email utk adik...Good Luck ok...

aimi nadiah said...

telan air luir tgk coklat.. sedapnye..

faizura rahman said...

shima: haha..i know i know!!

abg eq: thx :)

aimi: hehe..sedap!!

Related Posts with Thumbnails