Followers

Friday, November 26, 2010

cantik dengan kolagen

semenjak-dua-menjak ni asyik google pasal kolagen je..bila duduk dengan kawan-kawan perempuan ramai-ramai, biasa la kan..topik utama yang paling hot ialah kecantikan..umur da 20++, da banyak kedut duit sampai tak tahu nak buat ape, mari lah beramai-ramai kita spend untuk kecantikan! nak chantik mane boleh kedekut..kalau tak, kedut la korang..hehe..

 ni serius muka TANPA kolagen tambahan okey..cun kan? haha..

buat yang belum tahu, kolagen ni sebenarnya sejenis protein dalam badan..ia berfungsi sebagai perekat dalam badan yang membentuk badan, melindungi dan menyokong tisu lembut serta menyambungkannya dengan tulang..

semakin berusia kita, semakin berkuranglah jumlah penghasilan kolagen secara semulajadi dalam badan..lepas tu mulalah macam-macam kedut keluar, kuku jadi rapuh, rambut gugur semacam sampai dah nampak macam nak botak..huargh..takmo takmo!!

menurut laporan daripada Sekolah Perubatan Harvard (martabatkan bahasa melayu..HAHA!), pengambilan kerap makanan tambahan kolagen mampu menggantikan kolagen yang hilang dalam badan, serta merangsang penjanaan kolagen baru..mane datangnya kolagen? benda ni bukan jual sekilo dua ringgit kat pasar borong ye! okey, kebanyakkan kolagen datang dari hidupan laut..contohnya ikan..kalau perasan, banyak berlemon-lemon produk kecantikan memang menggunakan hasil marin sebagai punca kolagen..sebab ia lebih efektif dan mudah diserap..

ada jugak yang datang dari sumber lembu dan ayam..tang tu, tahap ke-halal-an nye wallahualam..dari tumbuhan pun ada, contohnya soya..tapi yang ni susah sket nak diserap sebab struktur dia berbeza dari sel asal badan manusia..

nak berkenalan dengan cik puan kolagen? ha ni la die..

oleh sebab kolagen membentuk 75 peratus daripada kulit badan, kehadiran kolagen amat penting untuk membina dan mengekalkan kulit yang sihat..kekurangannya bukan sahaja menyebabkan perkembangan kedutan dan kulit yang kelihatan tua, tetapi juga membantut proses pertumbuhan sel dan pembaharuan kulit..akibatnya, kulit kehilangan serinya dan menjadi tidak bermaya.. 

pengambilan kolagen tambahan melalui produk kesihatan mampu untuk:
  • menganjalkan kulit dan tubuh badan (putih gebu gitu!)
  • membantu pembentukan bentuk badan dan otot yang lebih kukuh
  • menghalang pembentukan parut akibat kecederaan dan jerawat
  • memperbaiki kuku rapuh
  • mengurangkan keguguran rambut
  • mengurangkan kesakitan dan melancarkan pergerakan sendi bagi mereka yang sedang menghidapi osteoartritis (radang sendi)
yang penting, kalau ambil kolagen tambahan ni, kena banyak minum air putih untuk mempercepatkan kita jadi putih gebu dan kulit licin tanpa parut..ouh ye ke?? haa..google kalau tak percaya! 

produk kolagen ape yang paling berkesan dipasaran ye?

2 comments:

Sophie Al-yahya said...

wow..nice info..ni yg nak cari makanan tambahan sumber dari kolagen ni..

faizura rahman said...

sophie: ha..btol btol btol..jom cari sama-sama!

Related Posts with Thumbnails