Followers

Friday, October 15, 2010

Leptospirosis - wabak tikus kencing merata-rata

Pernah dengar pasal wabak kencing tikus? okey, sebenarnya penyakit ni jarang berlaku..tapi kalau dah ada, memang teruk dan boleh berjangkit! eheh, jijik pulakkan cakap pasal tikus kencing merata-rata nih..tapi nak buat macamana, takde orang nak bagi training kat tikus-tikus malaysia ni untuk pergi kencing kat toilet..sebab tu tikus-tikus ni kencing dengan gembira, dimana-mana yang mereka suka..yuks!! 

                           jangan terpedaya dengan kechomelan tikus nih okey! hehe

Tengah berblogwalking tadi, terbaca satu entri yang bercerita pasal minum air tin..owner tu kata, dia dapat email, pasal orang yang minum air tin dan mendapat wabak penyakit kencing tikus nih..erk..bukan pasal tikus kencing dalam tin tu okey! ini pasal tikus tu kencing sepah-sepah dalam stor tempat penyimpanan air-air tin tadi..tokey kedai ambil air tin dari stor dan terus susun dalam fridge..datang manusia ni, terus beli dan minum dengan lahapnya..air tin sejuk kan sedap diminum time hari panas..hehe..

Nak di jadikan cerita, manusia ni minum air tu tanpa menggunakan straw..straight-mouth-to-tin-action..dan tanpa segan silunya, bakteria yang datang dari air kencing tikus tu terus meluncur masuk dalam perut dan menyebabkan manusia tersebut sakit, masuk hospital dan meninggal dunia! wallahualam.. (lepas ni, dinasihatkan minum air tin menggunakan straw..atau basuh dulu tin air okey?!)

Back to our topic, Leptospirosis ni ialah penyakit yang turut dikenali sebagai Penyakit Weil, Demam Icterohemorrhage, Penyakit Swineherd's, Demam pesawah (Rice-field fever), Demam Pemotong tebu (Cane-cutter fever), Demam Swamp, Demam Lumpur, Jaundis berdarah, Penyakit Stuttgart dan Demam Canicola..giler popular kan!

Leptospirosis ni terjadi disebabkan oleh pendedahan kepada bakteria Leptospira (gambar dibawah) yang terdapat di dalam air, makanan dan tanah yang tercemar dengan kencing si tikus tadi. biasanya terjadi di negara beriklim panas contohnya macam negara kita ni lah!



Tanda-tanda seseorang tu menghidap leptospirosis ialah (tak semestinya mengalami semua tanda yang disebutkan):
  • Demam, menggigil, sakit anggota tubuh dan sakit kepala
  • Sakit sendi, sakit tulang, sakit tekak dan sakit perut
  • Batuk tidak berkahak
  • Loya, muntah dan cirit-birit 
  • Radang selaput mata
  • Pembesaran limpa atau hati, bengkak salur kelenjar, perubahan bunyi pada paru-paru 
  • Ruam badan yang teruk


Penghidap wabak ni mungkin akan menerima kesan yang lebih teruk contohnya jangkitan kuman di otak (Meningitis), pendarahan teruk, kesukaran bernafas, kegagalan fungsi hati dan buah pinggang dan akhirnya yang paling akhir, kematian! Naudzubillah..

 Jadi, saya dengan ini menasihatkan kawan-kawan yang membaca entri ini supaya menjaga kebersihan rumah dan kawasan sekitar untuk mengelakkan ianya menjadi tapak permainan tikus ataupun tandas tidak rasmi si tikus..
  1. cuci tin minuman yang ingin di minum atau minum menggunakan straw..
  2. pastikan pinggan mangkuk dan perkakas memasak dirumah tidak dicemari air kencing tikus..
  3. masak air yang ingin diminum dengan betul..
  4. elakkan mengunjungi kawasan yang ada air bertakung/ air tenang/ kawasan rekreasi yang kotor..
  5. jika terdedah kepada kawasan yang berisiko, jumpa doktor untuk pengambilan ubat doxycycline yang boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit tersebut..

 anda sihat, keluarga bahagia! hehe

3 comments:

Kuman Chaos said...

takuttt.. information yang amat berguna...
oleh itu kalau nak kencing kencing lah dalam toilet...
kuman "Berpacaran.." Entry

fyezrahman said...

hehe..btol btol btol!!
jom jaga toilet dengan bersih pulak~

armouris said...

lagi info tentang kencing tikus di SIHAT SELALU - Kencing Tikus (Leptospirosis)

Related Posts with Thumbnails