Followers

Wednesday, October 27, 2010

kek coklat kukus naa

sy sangat suka makan coklat..SANGAT SANGAT suka! semenjak dua menjak bekerja di klinik kesihatan ni, macam-macam resepi yang sy belajar dari kawan-kawan..al-maklumlah, hidup lebih banyak dihabiskan dengan belajar..bukan reti memasak sangat pun..hehe..

suatu hari, seorang sahabat yang lebih manja dipanggil naa, telah mengajar saya membuat kek coklat..sangat simple dan sangat sedap! seriously, naa buat sy bertambah suka dengan coklat! semua orang yang pernah rasa kek coklat ni, sure akan mintak resepi kat dia..cik naa yang baik hati, akan mengajar sambil tersenyum! sharing is caring kan naa! ^_^

sebab cik naa sangat bermurah hati, sy namakan kek ni 'kek coklat kukus naa' hehe..selamat mencuba!

                       kek, kad ucapan dan ketupat tu handmade tau! market tak? hehe


bahan-bahan:

bahan A
1 cawan gula
1 cawan susu pekat manis
2 biji telur

bahan B
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu makan penuh soda bicabonate
1 cawan serbuk koko

bahan C
1 cawan minyak
1 cawan air panas

cara-cara:
  1. pukul bahan A hingga kembang
  2. ayak bahan B
  3. campur bahan A, B dan C dan pukul rata
  4. sapu sedikit minyak pada acuan/loyang dan masukkan adunan kek 
  5. kukus selama 1 jam
  6. sedia untuk dimakan!
 cuba sekali, pasti nak lagi!

No comments:

Related Posts with Thumbnails