Followers

Tuesday, October 12, 2010

jom derma organ!

Semalam berlangsungnya seminar pendermaan organ anjuran HRPZ II, kota bharu, kelantan..seminar ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran tentang kepentingan menderma organ kepada mereka yang memerlukan..

Korang ingat lagi pada adik afiq yang menerima hati dari abang hafizam? hui yee dan fikri? atleast, walaupun jasad kita da kena tanam, organ kita masih boleh berbakti untuk orang yang memerlukan..banyak pahala tau..



Dari perspektif Islam, pemindahan organ diharuskan dengan syarat tidak ada alternatif lain yang boleh menyelamatkan nyawa pesakit. Di samping itu, kaedah rawatan ini juga diharuskan sekiranya tidak mendatangkan mudarat yang lebih besar kepada penerima organ atau penderma organ (sekiranya penderma masih hidup). Islam juga mensyaratkan pendermaan organ dilakukan secara ikhlas dengan niat untuk membantu orang lain semata-mata kerana Allah s.w.t. dan bukannya bagi tujuan untuk mendapatkan ganjaran, habuan, populariti atau glamor. Organ dan tisu juga tidak boleh diperniagakan kerana Islam melihat jual beli organ dan tisu sebagai suatu perkara yang haram. Pendermaan organ juga perlu mendapat izin dan persetujuan penderma, yakni pendermaan organ tidak boleh dilakukan kerana dipaksa. Nak fatwa pulak? okey usha sini..

Pendermaan organ terbahagi kepada 2 jenis iaitu dari penderma yang masih hidup (living transplant) dan dari penderma yang telah meninggal dunia (cadaveric transplant)

Penderma hidup hanya boleh menyumbangkan sebelah dari buah pinggang dan sebahagian dari hati sahaja..Penderma cadaveric pula berupaya untuk menderma banyak organ dan tisu seperti buah pinggang, jantung, paru-paru, kornea mata, tulang serta kulit..



Syarat-syarat nak menderma,
  • Umur lebih 18 tahun..kalau kurang, perlu kebenaran ibubapa
  • Sihat tubuh badan (living transplant)
  • Bebas dari penyakit berjangkit
  • Pesakit telah disahkan mati oleh doktor yang bertauliah (cadaveric transplant)
  • Organ yang ingin didermakan masih berfungsi dengan baik

By da way, bukan senang-senang je kita boleh jadi penderma..ada beberapa ujian yang perlu dilakukan untuk memastikan tahap kesihatan penderma tu bagus..so, takde la potensi penerima organ tu untuk mendapat penyakit yang dibawa oleh si penderma..

Simple kan?! So kalau sesiapa yang berminat untuk menjadi penderma berdaftar, boleh la isi borang..lepas tu korang akan dapat kad yang tulis 'malaysian donor card'..Color hijau..In case kalau ada apa-apa jadi kat kita, pihak hospital akan tahu la yang kita ni adalah seorang penderma yang berhati mulia..hehe..kad ni sila bawa setiap masa okey! Letak dalam wallet je senang..

heh, cakap pasal penderma berhati mulia, korang tahu pasal Chiew Fong Neo? Beliau adalah seorang wanita yang telah mendaftar sebagai penderma organ..one day, unfortunately, beliau mati akibat langgar lari..yang terharunya, paru-paru beliau telah didermakan kepada seorang wanita india berusia 43 tahun..hati pula kepada kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun..buah pinggang didermakan kepada seorang lelaki berusia 51 tahun dan seorang lagi penerima yang tidak mahu dikenali..injap jantung dan kornea mata beliau pula didermakan kepada individu yang tidak disebutkan namanya dalam berita tersebut..hehe..kagumkan?! 1 nyawa boleh menyelamatkan ramai orang!

                                                                    she's a hero!

P/s: Paling PENTING, korg kena bagitahu keluarga tentang pendaftaran korg sebagai pengikrar penderma organ supaya niat murni korg tu akan tercapai kelak..Ini untuk memudahkan keluarga korg untuk membenarkan pendermaan organ dan tisu korg bila tiba masanya nanti selepas kematian..

You can make the critical difference!

Saya nak isi borang..kamu macamana?!


5 comments:

yuyuxiaoling said...

kfyez. . dye buad test pe dulu b4 reg tuk jd pnderma. .?

faizura rahman said...

Pendaftaran untuk menjadi pengikrar penderma organ langsung tak melibatkan sebarang pembayaran atau pemeriksaan kesihatan..it just, bila tiba masa kita nak menderma nanti, baru die cheak..kalo ada penyakit berjangkit or what, baru dia reject..peringkat sekarang ni, nk daftar, sape2 pun boleh! :)

paan said...

errk , derma organ ?? derma darah boleh la kot..hahaha

nak request info pasal derma organ dari sudut islam..malas nak cari sendiri..hehe..

Entri terbaru ->Uninstall Software Dengan Bijak

Amy Syaquena said...

salam...

derma organ kena fikir 100 kali nie sebab derma darah pun x boleh macam mane nak derma organ..darah rendah huhuh...

jom join baby contest...

http://sinarraudah.blogspot.com/2010/10/cutest-baby-contest-bersama-sinar.html

faizura rahman said...

@paan: derma organ dari sudut islam? haha..insyaAllah, i will :)

@amy: haha..mmg kne pk byk kali pun sblm nk buat decision yg sgt besar ini~ hehe..tp derma organ kalo kta da meninggal(cadaveric transplant), xde masalah pun kot dgn tekanan darah kte :)

Related Posts with Thumbnails