Followers

Sunday, October 10, 2010

HIV rapid test

Korang tahu ape tu rapid test? Untuk sape-sape yang da kawen or baru nak kawen, mesti tahu kan? ini ialah ujian saringan HIV untuk bakal pengantin..eh, tapi bukan bakal pengantin je yang boleh buat saringan ni..kalo sesiapa yang admit hospital, n history taken meragukan, pihak hospital akan melakukan ujian saringan ni jugak..senang macam makan coklat je..hehe..

amik darah sikit (setitik je beb!), titiskan dalam alat khas, letak 2 titis cecair pelarut pada darah tadi, then tunggu dan lihat..



lebih kurang 15minit je, result akan keluar macam ni:


satu line maksudnya result negatif (bebas dari HIV), dua line tu positif la! (naudzubillah)

Actually, tadi saya buat saringan ni untuk sorang pakcik tu..excited pulak sebab 1st time buat..haha..resultnye pun memberansangkan..tahniah pakcik, pakcik sihat! Yeay!

Untuk pengetahuan, ujian ni bertahan selama 6 bulan..maksudnya, status kesihatan anda mungkin berubah selepas 6bulan menjalani ujian saringan ini jika anda mengamalkan cara hidup songsang atau terdedah kepada pelbagai faktor yang boleh meningkatkan risiko berlakunya HIV (seks rambang, dadah).

Bagi bakal-bakal pengantin yang nak buat ujian ni, ada beberapa step yang anda kene ikut seperti :

     BORANG UJIAN SARINGAN HIV
  1. Boleh dapatkan borang ujian saringan HIV ini di Jabatan Agama Islam berhampiran anda..Borang in ada “genuine seal” untuk mengelakkan Pejabat Agama ditipu..
  2. Bayaran sebanyak RM10 dikenakan bagi setiap permohonan Ujian Saringan HIV..Perlu diketahui bahawa bayaran yang dikenakan kadang-kala adalah berbeza mengikut negeri..
  3. Setelah melengkapkan Borang Ujian Saringan HIV, bawalah borang tersebut ke klinik. Perlu diingatkan bahawa hanya Klinik Kesihatan Kerajaan sahaja yang boleh membuat dan mengesahkan Ujian HIV anda ini. Klinik private? Tak laku! 

UJIAN SARINGAN HIV DI KLINIK KESIHATAN KERAJAAN
  1. Bakal pengantin hendaklah hadir ke klinik kesihatan yang disenaraikan dengan membawa Borang Ujian Saringan beserta resit..
  2. Jika keputusan anda NEGATIF, bakal pengantin boleh relax, cool dan teruskan saja proses permohonan berkahwin anda tu..hehe..
  3. Sekiranya keputusan adalah POSITIF, pemohon perlu menjalani ujian seterusnya bagi pengesahan HIV..Keputusan ujian dikeluarkan dalam masa 2 minggu..Ujian ni lebih tepat kalo nak dibandingkan dengan ujian repid test..
  4. Keputusan ujian HIV akan dimasukkan ke dalam borang bertanda SULIT untuk diserahkan kepada bakal pengantin..
  5. Jika anda disahkan pembawa HIV, jangan risau, anda masih boleh lagi berkahwin..Tiada undang-undang yang melarangnya..hehe..Cuma anda dan pasangan akan diberikan khidmat nasihat tentang risiko meneruskan perkahwinan..
so gud luck n selamat pengantin baru! sape nak kawen, jangan lupe bagitahu ^_~

2 comments:

Anonymous said...

Salam.sy ad mslh tntg ujian hiv.blh col sy x 0196926099

queen1vy said...

Salam, ada tak kenalan atau kawan-kawan yang nak buat HIV test secara discreet? Saya boleh tolong supply HIV home test kit untuk buat sendiri ujian di rumah. Prosedur mudah dan result dalam 5minit. Ketepatan 99.9% dan telah dinilai oleh Institute for Malaysia Medical Research (IMR). Test kit yang sama digunakan di klinik dan makmal yang menjalankan ujian saringan HIV. Penghantaran percuma dan discreet di seluruh Malaysia. Untuk order sila taip TESTKIT dan sms/whatsapp ke 0138573416. Harap dapat membantu, terima kasih.

Related Posts with Thumbnails