Followers

Friday, October 22, 2010

boroi itu bahagia?!

si A: diet diet!! kau ni asyik makan je..

si B: eh kau pun makan jugak..aku makan, kau makan..lepas tu kau suh aku diet pulak..takut makanan tak cukup ke?

si A: haha..takdenye tak cukup..aku makan, tapi aku kurus..kau makan? erk..sori2..hehe..

si B: ciss!! ye la ye la..kau nak kata aku GEMss kan?? takpe la..aku sedar..tapi, boroi2 aku pun, aku takde takde kene pergi jumpa doktor..sihat je sampai sekarang!

______________________________________________

dialog kat atas tu, rekaan semata-mata okey..takde kena-mengena dengan yang hidup atau yang dah $%#@..hehe..tapi,pernah dengar tak orang cakap macam ni:

  • aku gemuk,tapi takde penyakit pun..dun wori la...
  • alah, ade rezeki nak makan,makan la..dari aku bazir duit beli benda lain??
  • selagi boleh makan, makan je la, kalau dah sakit??

haa..memang la ada orang yang berisi dan masih sihat..tapi kalau fikir-fikir, banyak sebenarnya faedah kalau kita semua dapat menurunkan sedikit berat badan..ni khas untuk yang mempunyai berat badan kurang ideal..kalau ikut BMI (body mass index) kira dalam kelompok 'berlebihan berat badan' atau 'obesiti' la..kalau korang dalam kelompok 'kurang berat badan' atau KZM (kurang zat makanan) tak payah la enh..buat dosa saya je buat post ni! hehe..

                                              sudah berapa bulan?? HAHA


okey..untuk pengetahuan semua,pengurangan 10% berat badan anda boleh:

  1. mengurangkan 10mmHg tekanan darah sistolik dan 20mmHg tekanan darah diastolik bagi penghidap penyakit tekanan darah tinggi (hypertension)
  2. mengurangkan 10% kandungan kolesterol darah, 15% kolesterol jahat (LDL) dan meningkatkan 8% kolesterol baik (HDL)
  3. mengurangkan lebih 50% risiko untuk mendapat penyakit diabetes (kencing manis)
  4. mengurangkan 50% risiko untuk mendapat penyakit osteoartritis (sakit sendi tulang) jika 2kg/m2atau lebih BMI dapat dikurangkan
  5. mengurangkan 40-50% risiko kematian disebabkan penyakit kanser berkaitan obesiti

menarik tak? mempunyai berat badan ideal bukan satu pembaziran..malah boleh memberi banyak faedah..macam lagu popular tu...chantek,menarik, kau memang da bommmmmmm!! hehe...



by da way, korang tahu macamana nak kira BMI? bagi yang baru nak belajar or da tahu tapi lupa, haa..ni ada rumus matematik dia~

BMI (body  mass index) = berat badan (kg) / [tinggi(m) x tinggi (m)]

contoh: 
berat inchik A = 70kg, tinggi = 1.74m

BMI (body  mass index) = berat badan (kg) / [tinggi(m) x tinggi (m)]
=70kg / [1.74m x 1.74m]
=70kg / 3.0276 m2
=23.1 kg/m2 ---> berat badan ideal! 

petunjuk BMI
kurang berat badan ( kurang 18.5 )
berat badan ideal ( 18.5 - 24.9 )
berlebihan berat badan ( 25.0 - 29.9 )
obesiti tahap I ( 30.0 - 34.9 )
obesiti tahap II ( 35.0 - 39.9 )
obesiti tahap III ( lebih 40.0 )

boroi tu bahagia ke? sy rasa, boroi tu sedap dipeluk! kamu mcmana? hehe

5 comments:

ajim said...

saya pilih lajur 1 baris 2. kiraan dari kiri (: wow!! ;p

Anonymous said...

wah bgs tul maklumat nie...

faizura rahman said...

@ajim: HAHAHA! gilo~

@anonymous: sharing is caring :)

HeRRy GoNZaLeZ said...

ngerinye yg senget sebelah tu

faizura rahman said...

aku pun takut tgk!

Related Posts with Thumbnails