Followers

Sunday, October 31, 2010

ikan? oh NO!!

ikan adalah sumber protein utama bagi penduduk kat malaysia ni..sebut je nak ikan ape, kalo korang pergi kat pasar borong tu, da tentu boleh jumpe..phiranna pun ade beb! ahhaha..tu tipu!

saya dilahirkan normal..erk, maksud saya, saya dilahirkan dengan kebolehan untuk memakan ikan..ye..makan ikan! kenapa?! nampak macam pelik kan? semua orang pun makan ikan la..ko sorang je ngade-ngade.. hahaha!!


sila la makan saya!


sejak duduk hostel, habit tu da berubah..saya allergic dengan ikan..sampai satu tahap, bau ikan pun tak boleh! bagi la ikan ape je pun..masak la macamana bes sekali pun..saya tak akan makan..kecuali keropok ikan dan ikan bilis..tapi kalau korang bagi ikan bilis yang da sama saiz dengan jari kelingking korang, sumpah saya tak makan jugak!! =.='

pernah satu hari tu, kelas kemahiran hidup kene belajar buat sandwich..dengan selambanya saya bagitahu kat cikgu yang saya tak boleh bau sardin..jadi, cikgu pun bagi saya 3 keping roti kosong dan suruh saya main jauh-jauh! haha..terima kasih la cikgu kerana memahami.. ♥

pernah jugak sekali, saya pergi camping, kawan yang se-khemah dengan saya tu baru lepas breakfas roti tuna..saya menangis sebab tak bagi dia masuk khemah selagi dia tak pergi gosok gigi bersih-bersih..boleh meletop khemah tu dengan bau mulut berinti tuna tu! huargh!! nasib baik die faham dan pergi sungai sambil gelak-gelak..haha

zaman duduk asrama sekolah, setiap kali makcik dewan makan masak lauk ikan, setiap kali tu la saya jadi vegetarian..zaman duduk asrama jururawat pulak, setiap kali menu ikan, confirm makcik dining sediakan saya telur..hehe..how nice :) tapi, kalo balik bercuti kat rumah, no excuse! mama mesti akan kejar saya dengan ikan time nak makan..kene paksa beb..tapi, senyap-senyap, saya buang..tak pun bagi kat adik..hehe..sekarang da tak lagi..mama da tak kisah pun :)

kenapa saya tak makan ikan? haa..panjang ceritanya..

ade banyak kejadian..tp yang paling tak boleh lupa, masa duduk hostel..tak ingat la pulak masa tu form berapa..satu hari, makcik dining masak ikan singgang..kuah tu color kuning..ikan die lembik-lembik berenang dalam periuk..ada yang kulit da tertanggal..aiyoo..tengah makan, tiba-tibe partner sebelah menjerit..rupa-rupanya ikan die tak di siang..ada insang dan isi perut bagai! hoi geli gile tahu tak!! korang bayangkan la kuah yang korang hirup-hirup tu bukan kuah singgang, tapi air perut ikan! blueekk! terus saya stop makan dan sejak dari tu, memang tak makan ikan da..phobia u know!! okey, saya da start loya!


sori blog..terpaksa tumpang pic ni jap..kot-kot ade orang tak boleh bayang singgang ikan tu ape..erk


hmm..sampai hari ni, saya tak rasa kalau tak makan ikan tu, satu kerugian atau kecacatan malah ini adalah satu kelebihan..im special! *wink wink* haha..

  1. masa tsunami dulu, ade orang cakap jumpe jari + cincin dalam perut ikan 
  2. penternakan ikan keli dalam kolam di suatu tempat di perak disaliri oleh air kumbahan ladang ternakan babi - sumber kosmo, 18 mei 2009
  3. Dr Mahathir pun tak makan ikan!! (kepercayaan orang dulu-dulu, makan ikan menyebabkan kecacingan)

baik korang sume jangan makan ikan! HUAHAHAHA.. opsss! 

Dadali - Disaat Aku Mencintaimu



da la mata tak boleh nk lelap..boleh pulak dengar lagu ni malam-malam..hehe..layan je la :)

Saturday, October 30, 2010

lawak bola!



hahahaha..kelantan menang la pa' belalang! 

Doa buat Alanna

Mummy, Daddy dan abang nak tahu tak?
Didalam koma...adik lihat....
Syurga itu sangat hebat...
Hebat dari apa yg mummy cakap...
Adik dah tak boleh nak tunggu lagi...
Sekarang juga adik nak pergi...

Mummy, Daddy dan abang nak tahu tak?
Suatu malam datang malaikat...
Adik merayu, adik dah tak larat....
Tolonglah ambil nyawa adik cepat...
Tapi kata'nya' sabarlah dulu...
kerana apabila sampai waktu..
Dia takkan pernah lewat...

Mummy, Daddy dan abang nak tahu tak?
Pagi tadi 'dia' datang lagi...
Masa hujan turun..membasah bumi..
Dia datang dengan senyuman..
Senyuman manis berserta kiasan...
Tanda adik dah tak berkesempatan..

Mummy, Daddy dan abang nak tahu tak?
Bila adik dah tiada nanti...
Bolehlah mummy dan daddy berehat lagi..
Kerana adik selama ini...
Sering membuat mummy menangis..
Tak henti-henti...

Mummy, Daddy dan abang nak tahu tak?
Bila mummy dan daddy leka tak nampak..
Adik bisik kat 'dia'...
Ambil lah sekarang kalau DIA nak...
Adik taknak mummy nanti ternampak-nampak...
Wajah adik yang sedang menanggung azab...

Mummy, Daddy dan abang nak tahu tak?
Masa semua tak sedar yang adik dah tiada...
Adik dah tak sakit..tak kejang...dan tak derita...
Alhamdulillah...Adik sihat-sihat saja...
Dan dalam erat pelukan malaikat..
Adik terus dibawa ke syurga...

Mummy, Daddy dan abang nak tahu tak?
Dari atas adik nampak mummy menangis kehilangan ..
Adik nampak daddy menangis ketakutan...
Adik nampak abang menangis kesunyian...
Dan adik nampak semua menangis keinsafan...

Mummy, Daddy dan abang nak tahu tak?
Adik nampak muka mummy pucat...
Adik nampak daddy peluk adik erat..
Adik nampak abang menangis kuat-kuat..
Dalam malam pekat...

Mummy, Daddy dan abang nak tahu tak?
Tiada lah lagi duka nestapa...
Lenyaplah segala sakit sengsara..
Buat mummy dan daddy kedua..
Teruskanlah kehidupan bertiga...
Seperti sediakala....

Mummy, Daddy dan abang nak tahu tak?
Adik akan sentiasa memerhati...
Setiap langkah mummy dan daddy..
Dan semua saudara sedarah ku nanti...
Ke Rumah kita...Di Syurga nanti....

Mummy, Daddy dan abang nak tahu tak?
Benda nih adik tak sempat cakap...
Tp adik malu nak ucap...
Ssshhhhh....
Adik amat sayang pada mummy,
Daddy dan...
Abang Nadime.....

Selamat Tinggal....Semua..




ayat puitis diatas sentiasa buat saya menangis, walaupun dibaca untuk kali yg ntah ke berapa..semoga bidadari kecil Alanna Qish tenang disana dan mampu menarik kedua ibu bapanya ke syurga kelak..InsyaAllah~

9 words MAKAN-DALAM seorang perempuan!

1) FINE!
   - this is the words women use to end an argument when they are right and u need to shut up~

2) 5 MINUTES!
    - if she is getting dressed, this mean a half an hour..5 minutes is only 5 minutes if u have been given 5 more minutes to whatch the game before helping around the house~ haha!

3) NOTHING!
    - this is the calm before the storm..this mean something, and u should be on your toes..arguments that begin with nothing usually end in fine~

4) GO AHEAD!
    - this is a dare, not permission..dont do it!

5) LOUD SIGH~
    - this is actually a word, but a non-verbal statement often misunderstood by men..a loud sigh means she thinks u are an IDIOT and wonders why she is wasting her time standing here ang arguing with you about nothing..(sila rujuk no-3 utk 'NOTHING')  fuhh!

6) THATS OKEY!
     - this is the ones most dangerous statements a women can make to a man..thats okey means she want to think long and hard before deciding how and when u'll pay for your mistake~

7) THANKS!
     - a woman is thanking you, do not question, or faint! just say you are welcome..this is true unless she said THANKS A LOT! - that is pure sarcasm and she is not thanking you  at all..DO NOT say ''youre welcome''..that will bring on WHATEVERRRR! (sila lihat no-8)

8) WHATEVER!
     - is a woman's way to say F**K YOU!!

9) DONT WORRY BOUT IT..I GOT IT!
     - another dangerous statement..meaning this is something that the woman has told the man to do several times, but is now doing it herself..this is later result in a man asking "whas wrong?" and woman will respond as no-3..NOTHING!!



saya rasa notes nih sgt bagus! HAHA..kalo saya n cikpuan2 lain respon mcmni, harap2 encik2 faham la enh! (perempuan kan suke berkias~ hehe) THANKS!

Exam's syndrome!

Simptom-simptom student bila final exam minggu depan..
  • Membaca tanpa menghiraukan sekeliling. Yang kepoh jadi pendiam. (orang masuk keluar bilik pun tak perasan, kalau orang tanya pun muka pandang nota je, jawab pon nak tak nak. Kalau jalan.jalan tersepak batu tu, reaksi dia lambat sikit. Sebab otak full load )
  • Membaca dengan kadar yang cepat. (entah faham ke tak belakang kira, sebab nak jawab subjektif, hentam pon boleh, yang penting ada point nak goreng )
  • Nak turun café tu fikir 2,3 kali. Tak pun sekali sehari je. Tu pun bungkus.cepat. jimat masa makan kat bilik. Sambil makan boleh membaca apa yg patut.
  • Time nak exam baru laaa nak full semayang. Solat sunat sampai nak batal air sembahyang. Doa macam.macam. (dan.dan. tapi alhamdulillah)
  • Agak yang nak mereng tu start la nak bukak mp3 volume paling sakit telinga. Tapi time ni memang tak sakit telinga. Sebab sakit otak lebih dari sakit telinga.
  • Masa tidur pon boleh terbayang-bayang yang baca tadi(ada tu siap ambik handout letak tepi bantal. Moga-moga dapat buat daya serapan terus lagi bagus.

  • Masa borak dengan kawan pun cakap pasal pelajaran je. (ni part tak leh blah la. Time mandi  pun ada yang tanya-tanya. Dahsyat.)
  • Kalau main message tu balas sikit.sikit je. Pendek pendek. Tak de mase nak fikir taip panjang.panjang.
  • Sebab nak exam duduk dalam bilik je. Mengadap handout, buku, nota.nota. (jadi beruang kutub, sampai rambut serabai pon tak perasan) selalunye merayau g bilik orang. Tak pun kluar. G main bowling lah. Tgk wayang lah. Pantang ade mase terluang.
  • Nak buang sampah pun terbawak pen. (ni kes cuak sangat ni)
  • Agak2 stok megi tu habis kot untuk orang yang gila study. Jimat masa nak turun café masak air je pastu letak megi. Nak budak pandai sikit tak makan megi. Minum milo. Makan biskut hup seng ke, nestum ke. Roti memang dah prepare dah. Suruh mmber beli.
  • Nak bukak facebook rasa tak senang gila. Perghh. Membazir.masa. (time ni memang tertekan gila. Kena berperang dengan diri sendiri nak bukak facebook, formspring,blog . Sebab laptop depan mata. Kabel/wifi kat sebelah je. Exam minggu depan. Nanti duduk depan facebook memang buku OFF9 terus.)
  • Time ni ah baru bukak buku tebal. Bukak kamus tu yang tak tahan tu. Masa lecture dulu tak faham tak de hati pulak nak bukak kamus kan. ;P
  • Asyik-asyik tengok jam je. Sampai tak cukup jam handphone, jam tangan. Tanya lagi mmber sebelah. Haihhh. Keliru sangat budak nih.
  • Stok Nescafe, kopi tongkat ali, kopi mak dara, cucu dara semua memang ade lah. Nak stay up.
  • Hah. Ni memang sure. Meja studi bersepah gila. Mana dengan highlighternya. Pen biru, hitam , merah. Kertas-kertas memang confirm bersepah punya. Agak2 ade nota yang hilang tu mula nak naik angin. Buku semua terbukak. Kalau ada buku tambahan dari library tu semua nak dibukaknya serentak. Ada tu 4,5 buku serentak bukak.
    click gambar kalo nak bace nota cik misi..

  • Masa ni lah status facebook, blog “mintak maaf. Doakan exam nanti”
  • Muka blurr je. Sebab otak dah full tank. Makan sorang-sorang pon dah tak heran. Sebab tak nak membazir mase lepak ramai-ramai. Nanti ade je bende nk borak.
  • Kalau nak cakap pon tersasul-sasul. Salah cakap. Pastu cakap benda merepek je. Muka dah la cam zombie. Cakap merepek.repek sebab otak fikit handout, nota tak baca lagi vs nak jalan-jalan. Nak borak.borak. sampai satu tahap rasa nak rebus buku dengan handout semua. lagi merepek die cakap sebenarnye, lagi banyak topic die tak cover tu.
  • Time ni jugak lah baru terfikir kenapa lah aku tak study awal2. Kan senang. Haihh. Pastu ada pulak yang buat azam untuk semester depan. Tak nak buat dah macam sem sekarang. *padahal tiap2 sem azam sama. Tak berubah gak. Tak pun menjadi semangat dia masa awal sem je. Sampai minggu ketiga dah hancusss. 

ni email dari seorang sahabat..saya btol-btol copy-paste je kat sini..tapi agak-agak, pernah terkena kat korang tak?? hehe..

good luck for those yang bakal menduduki peperiksaan..

Thursday, October 28, 2010

kelantan OH kelantan!!

cerita 1
aku ado kisoh saen aku dio nak beli kuih d bazar ramadhan ari tu...die beli kuih rm2 gune duet rm5 pahtu mok cik kedai tu wi balik rm 2..so dio ni oyak ar,


"mok cik cucur lagi xcukup seringgit.." mok cik ni pon oyak ar.."cucur xde dek, kalo nak kat kedai sebelah ade"

 HAHAHAHAHA!!!

info: cucur dalam loghat kelantan ialah duit tukar/ duit baki

cerita 2
Aku pernah dengar statement ni kat bank...

“hutang encik yang perlu bayar ialah dua ribu tiga ratus lima puluh ringgit point SAMAS.....”

yg aku nk sukonyo ore wak oyak tu ore cino......

 HAHAHAHAHA!!!

info: samas dalam loghat kelantan ialah lima puluh sen

cerita 3 (kisah saya!)
waktu mula-mula duduk kelantan, saya pergi ke sebuah kedai menjual majalah..dari bilik lagi saya da fikir nak beli surat khabar dan majalah mingguan wanita sahaja..ulang ye..SAHAJA! hehe..sampai kat kedai, saya ambil barang tu dan terus pegi kaunter untuk bayar..tiba-tiba berlaku dialog ni..

cashier:  nok jabir?
saya: huh jabir?
cashier: ho la..nok jabir tokse?
saya: taknak..taknak.. (sambil terus berpaling dan rasa nak blah cepat-cepat)

dalam hati saya terdetik 'eh pakcik ni, orang nak beli majalah ngan surat khabar je..apsal pulak nak offer benda-benda lain..jangan harap la aku nak beli! '

balik kat bilik, saya story la kat rumet saya..die orang terengganu yang faham loghat kelantan..tiba-tiba die gelak-guling-guling! ciss! respon yang sungguh saya tak sangka..ingatkan die nak back-up saya tapi die gelak pulak! rupa-rupanya jabir tu dalam loghat kelantan ialah beg plastik! mati-mati saya ingatkan jabir tu sejenis makanan!!!! adoii.......hahaha....



pengajaran, masuk kandang kambing, mengembek..masuk kandang lembu, buat la bunyi lembu! haha..

tak rugi belajar banyak loghat dan bahasa..kita kan 1malaysia :)

tipu daya syaitan

sedar tak sedar, dalam hidup seharian kita, banyak rupanya peluang dan ruang yang kita berikan untuk syaitan mengaplikasikan tipu daya mereka..semoga kita semua terlindung dari perkara-perkara dibawah..


SYAITAN BERMALAM DALAM HIDUNG

إذا استيقظ أحدكم من منامه فليستنثر ثلاث مرات فإن الشيطان يبيت على خياشيمه

"Apabila seseorang kamu bangun dari tidurnya hendaklah dia memasukkan dan mengeluarkan air dari hidungnya tiga kali. Sesungguhnya syaitan bermalam di dalam lubang hidungnya."
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim


SYAITAN KENCING DALAM DUA TELINGA

Apabila diberitahu kepada Nabi saw tentang seorang lelaki yang tidak bangun tahajud dan bangun ketika waktu sudah subuh. Nabi saw bersabda:

ذاك الرجل بال الشيطان في أذنيه

"Lelaki itu telah dikencing syaitan di dua telinganya."
Hadis sahih Bukhari dan Muslim.


SYAITAN MASUK DALAM MULUT YANG TERBUKA/MENGUAP

إذا تثائب أحدكم فليمسك بيده على فيه فإن الشيطان يدخل

"Apabila seseorang menguap hendaklah dia menutup dengan tangannya. Sesungguhnhya syaitan masuk ke dalam mulutnya yang terbuka."
Hadis sahih Muslim.


SYAITAN KETAWA MELIHAT MANUSIA YANG BERKATA "AAAAAH" SEMASA MENGUAP

Nabi saw bersabda:

ولا يقل آه آه فإن أحدكم إذا فتح فاه فإن الشيطان يضحك منه

"Dan janganlah seseorang itu berkata "aaaaaaaa" semasa menguap. Syaitan akan ketawa bila dia membuka mulut semasa menguap."
Hadis riwayat Ahmad.



SYAITAN MAKAN DARI MAKANAN YANG TIDAK DIBACA BISMILLAH DAN BERMALAM PADA RUMAH YANG TIDAK DIMASUKI DENGAN BISMILLAH

إذا دخل الرجل بيته فذكر الله عند دخوله وعند طعامه قال الشيطان : لا مبيت لكم ولا عشاء وإذا دخل فلم يذكر الله عند دخوله قال الشيطان : أدركتم المبيت وإذا لم يذكر الله عند طعامه قال : أدركتم المبيت والعشاء

"Apabila seorang lelaki memasuki rumahnya dan menyebut nama Allah semasa masuk dan menyebut nama Allah semasa makan. Syaitan akan berkata kepada konco-konconya "Kamu tidak ada tempat bermalam dan tidak ada makan malam." Apabila dia masuk kerumahnya tanpa menyebut nama Allah syaitan akan berkata "Kamu semua mendapat tempat bermalam." Apabila dia tidak menyebut nama Allah semasa makan, syaitan akan berkata "Kamu mendapat makan malam dan tempat bermalam."
Hadis sahih Muslim (2018).


MAKANAN JATUH YANG DIBIARKAN ADALAH HABUAN SYAITAN

إذا سقطت لقمة أحدكم فليمط عنها الأذى وليأكلها ولا يدعها للشيطان

"Apabila jatuh sebahgian suapan makanan kamu. Hendaklah kamu buang kotoran yang melekat pada makanan dan hendaklah dia makan. Jangan biarkan ia dibiarkan untuk dimakan oleh syaitan."
Hadis sahih Muslim (2034)


SYAITAN PENGGANGGU SOLAT

Suatu hari Amru bin abi al-As mengadu Rasulullah saw:
"Ya Rasulullah sesungguhnya syaitan telah mengganggu ku solat dan menimbulkan was-was dalam bacaanku."
Rasulullah saw pun menjawab:

ذاك شيطان يقال له خنزب فإذا أحسسته فتعوذ بالله واتفل على يسارك ثلاثا

"Itulah syaitan yang dipanggil khinzab. Apabila engkau merasai gangguannya hendaklah engkau minta perlindungan dari Allah dan ludah ke kirimu tiga kali."

Amru berkata:
"Aku melakukan apa yang Rasulullah sarankan, lalu Allah menghilangkan segala gangguan syaitan tersebut."
Hadis sahih Muslim.


MINUM BERDIRI BERSAMA SYAITAN

Nabi saw bertanya kepada orang yang minum berdiri:
"Adakah engkau suka minum bersama dengan kucing?"
Dia menjawab "Tidak"

Nabi saw bersabda:

قد شرب معك من هو شر منه الشيطان

"Sesungguhnya kamu telah minum dengan mahkluk yang lebih teruk dari kucing iaitu syaitan."
Hadis Ahmad –sahih.


SYAITAN SEMAKIN BESAR BILA DIMAKI
Seorang sahabat Nabi saw telah memaki syaitan apabila binatang tunggangannya terjatuh. Nabi saw bersabda:

لا تقل تعس الشيطان فإنك إذا قلت ذلك تعاظم حتى يكون مثل البيت ويقول : بقوتي ولكن قل : بسم الله فإنك إذا قلت ذلك تصاغر حتى يكون كالذباب

"Janganlah kamu berkata "Celaka syaitan". Kalau kamu berkata begitu syaitan akan berasa besar diri seperti rumah dan berkata "mendapat kekuatan ku", tapi hendaklah kamu berkata "Dengan nama Allah". Apabila berkata sedemikian syaitan akan jadi hina sehingga seperti lalat."
Hadis Abu daud (4982) – sanad sahih


sebarkanlah ilmu walau satu ayat..

Wednesday, October 27, 2010

mia sara tu chomel ke?!

ni pic adik mia sara masa festival filem hari tu..cute sangatkan! suara serak-serak basah..muka chomel..adeh..anak sape la ni enh~


sejak si mia ni berlakon adamaya, memang terkenal sungguh budak ni..sampai ade fb pulak tu..



chomel kan si mia ni..tapi mama saya kata, budak yang kt bawah ni pun chomel jugak..

bila da besar, budak ni lagiiii chomel tau!
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

haa..kan da kata chomel..siap ade lesung pipit lagi! adik mia ade ke? hehe..

apape pun, adik mia tetap cute..cayalah!

kek coklat kukus naa

sy sangat suka makan coklat..SANGAT SANGAT suka! semenjak dua menjak bekerja di klinik kesihatan ni, macam-macam resepi yang sy belajar dari kawan-kawan..al-maklumlah, hidup lebih banyak dihabiskan dengan belajar..bukan reti memasak sangat pun..hehe..

suatu hari, seorang sahabat yang lebih manja dipanggil naa, telah mengajar saya membuat kek coklat..sangat simple dan sangat sedap! seriously, naa buat sy bertambah suka dengan coklat! semua orang yang pernah rasa kek coklat ni, sure akan mintak resepi kat dia..cik naa yang baik hati, akan mengajar sambil tersenyum! sharing is caring kan naa! ^_^

sebab cik naa sangat bermurah hati, sy namakan kek ni 'kek coklat kukus naa' hehe..selamat mencuba!

                       kek, kad ucapan dan ketupat tu handmade tau! market tak? hehe


bahan-bahan:

bahan A
1 cawan gula
1 cawan susu pekat manis
2 biji telur

bahan B
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu makan penuh soda bicabonate
1 cawan serbuk koko

bahan C
1 cawan minyak
1 cawan air panas

cara-cara:
  1. pukul bahan A hingga kembang
  2. ayak bahan B
  3. campur bahan A, B dan C dan pukul rata
  4. sapu sedikit minyak pada acuan/loyang dan masukkan adunan kek 
  5. kukus selama 1 jam
  6. sedia untuk dimakan!
 cuba sekali, pasti nak lagi!

Tuesday, October 26, 2010

kenapa tak boleh tengok?

kenapa sy tak boleh tengok followers sy? blank je..bila buka page orang lain pun, blank je part followers dorg tu..aiyak! salah setting ke ape? macamane nk main follow-follow nih..so sad..sumone help me plezzzz!

                                           isk..isk..tolong la sy!


sy tau kamu boleh nmpk followers sy kt bwh tu..tp serius..sy nmpk blank je :(

Friday, October 22, 2010

boroi itu bahagia?!

si A: diet diet!! kau ni asyik makan je..

si B: eh kau pun makan jugak..aku makan, kau makan..lepas tu kau suh aku diet pulak..takut makanan tak cukup ke?

si A: haha..takdenye tak cukup..aku makan, tapi aku kurus..kau makan? erk..sori2..hehe..

si B: ciss!! ye la ye la..kau nak kata aku GEMss kan?? takpe la..aku sedar..tapi, boroi2 aku pun, aku takde takde kene pergi jumpa doktor..sihat je sampai sekarang!

______________________________________________

dialog kat atas tu, rekaan semata-mata okey..takde kena-mengena dengan yang hidup atau yang dah $%#@..hehe..tapi,pernah dengar tak orang cakap macam ni:

  • aku gemuk,tapi takde penyakit pun..dun wori la...
  • alah, ade rezeki nak makan,makan la..dari aku bazir duit beli benda lain??
  • selagi boleh makan, makan je la, kalau dah sakit??

haa..memang la ada orang yang berisi dan masih sihat..tapi kalau fikir-fikir, banyak sebenarnya faedah kalau kita semua dapat menurunkan sedikit berat badan..ni khas untuk yang mempunyai berat badan kurang ideal..kalau ikut BMI (body mass index) kira dalam kelompok 'berlebihan berat badan' atau 'obesiti' la..kalau korang dalam kelompok 'kurang berat badan' atau KZM (kurang zat makanan) tak payah la enh..buat dosa saya je buat post ni! hehe..

                                              sudah berapa bulan?? HAHA


okey..untuk pengetahuan semua,pengurangan 10% berat badan anda boleh:

  1. mengurangkan 10mmHg tekanan darah sistolik dan 20mmHg tekanan darah diastolik bagi penghidap penyakit tekanan darah tinggi (hypertension)
  2. mengurangkan 10% kandungan kolesterol darah, 15% kolesterol jahat (LDL) dan meningkatkan 8% kolesterol baik (HDL)
  3. mengurangkan lebih 50% risiko untuk mendapat penyakit diabetes (kencing manis)
  4. mengurangkan 50% risiko untuk mendapat penyakit osteoartritis (sakit sendi tulang) jika 2kg/m2atau lebih BMI dapat dikurangkan
  5. mengurangkan 40-50% risiko kematian disebabkan penyakit kanser berkaitan obesiti

menarik tak? mempunyai berat badan ideal bukan satu pembaziran..malah boleh memberi banyak faedah..macam lagu popular tu...chantek,menarik, kau memang da bommmmmmm!! hehe...



by da way, korang tahu macamana nak kira BMI? bagi yang baru nak belajar or da tahu tapi lupa, haa..ni ada rumus matematik dia~

BMI (body  mass index) = berat badan (kg) / [tinggi(m) x tinggi (m)]

contoh: 
berat inchik A = 70kg, tinggi = 1.74m

BMI (body  mass index) = berat badan (kg) / [tinggi(m) x tinggi (m)]
=70kg / [1.74m x 1.74m]
=70kg / 3.0276 m2
=23.1 kg/m2 ---> berat badan ideal! 

petunjuk BMI
kurang berat badan ( kurang 18.5 )
berat badan ideal ( 18.5 - 24.9 )
berlebihan berat badan ( 25.0 - 29.9 )
obesiti tahap I ( 30.0 - 34.9 )
obesiti tahap II ( 35.0 - 39.9 )
obesiti tahap III ( lebih 40.0 )

boroi tu bahagia ke? sy rasa, boroi tu sedap dipeluk! kamu mcmana? hehe

anugerah blogwalking 2010

i got this tag from my new frnds, inchik paan..blog die best, banyak info yang menarik untuk blogger baru macam sy! da best part, die junior uitm sy!! hehe..uitm dihatiku~ (oppss)








1. apa yang sedang bermain di fikiran anda sekarang ?


nk cuti..nk buat blogwalking smbil blogging..nk balik selayang!!



2. apakah nama samaran anda ?

fye-bubble-fyezrahman

 

3. senaraikan 3 orang yang anda sayang


orang? huh..family je da ada 5org not including me..mcmane ni?? hehe



4. panggilan untuk si dia

awak-kamu-anda!! ahhahaha..siapa tu??


5. hadiah yang paling diimpikan dari yang teristimewa

big happy family at home! haha..boleh tak??


6. Blog  mana yang paling anda suka visit ?

Blog yang byk info..bukan kisah dongeng-wayang-hidup semata2~


7 . Tag kepada blogger

khas untuk kawan baru sy dalam dunia blog nih :)

Saturday, October 16, 2010

Relakan pemergianku~

Esok akan bermulanya posting siri ke-4 saya di klinik kesihatan pengkalan kubor..ini bermakna saya akan meng-hibernate-kan diri dari segala bentuk hiburan berkaitan internet..no fb-ing..no chit chat-ing..no blog-ing! Broadband m*x*s takde line kt sana! Argh!!

Tapi takpe..segala yang berlaku harus dipandang dari sudut positif okey! Saya pergi untuk mencari ilmu dan pengalaman..doakan kesihatan, keselamatan dan kejayaan saya yea! Terima kasih kepada kawan-kawan yang bertandang ke blog ni..harap bersabar menantikan post saya yang berikutnya, sekembalinya saya ke kawasan yang berliputan..hehe..i luv u all!!


"Barangsiapa menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu,
maka Allah akan memudahkan jalan baginya menuju surga.
Dan sesungguhnya para malaikat menundukkan sayap-sayapnya bagi para pencari ilmu
karena rida terhadap apa yang dilakukannya.
Sesungguhnya orang-orang yang berilmu itu benar-benar akan dimintakan ampunan baginya
oleh siapapun yang ada di langit dan di bumi,
termasuk pula ikan-ikan yang ada di lautan.
Kelebihan orang yang berilmu atas ahli ibadah seperti kelebihan bulan purnama atas
semua bintang gemilang,
 dan sesungguhnya orang-orang yang berilmu itu adalah para pewaris nabi,
sesungguhnya para nabi tidak mewarisi dinar dan dirham,
 melainkan hanya mewarisi ilmu.
Barangsiapa mengambilnya, dia telah mengambil bagian yang banyak"


(H. R. Abu Daud, At Tirmidzy, Ibnu Majah dan Ahmad)


 


Friday, October 15, 2010

Leptospirosis - wabak tikus kencing merata-rata

Pernah dengar pasal wabak kencing tikus? okey, sebenarnya penyakit ni jarang berlaku..tapi kalau dah ada, memang teruk dan boleh berjangkit! eheh, jijik pulakkan cakap pasal tikus kencing merata-rata nih..tapi nak buat macamana, takde orang nak bagi training kat tikus-tikus malaysia ni untuk pergi kencing kat toilet..sebab tu tikus-tikus ni kencing dengan gembira, dimana-mana yang mereka suka..yuks!! 

                           jangan terpedaya dengan kechomelan tikus nih okey! hehe

Tengah berblogwalking tadi, terbaca satu entri yang bercerita pasal minum air tin..owner tu kata, dia dapat email, pasal orang yang minum air tin dan mendapat wabak penyakit kencing tikus nih..erk..bukan pasal tikus kencing dalam tin tu okey! ini pasal tikus tu kencing sepah-sepah dalam stor tempat penyimpanan air-air tin tadi..tokey kedai ambil air tin dari stor dan terus susun dalam fridge..datang manusia ni, terus beli dan minum dengan lahapnya..air tin sejuk kan sedap diminum time hari panas..hehe..

Nak di jadikan cerita, manusia ni minum air tu tanpa menggunakan straw..straight-mouth-to-tin-action..dan tanpa segan silunya, bakteria yang datang dari air kencing tikus tu terus meluncur masuk dalam perut dan menyebabkan manusia tersebut sakit, masuk hospital dan meninggal dunia! wallahualam.. (lepas ni, dinasihatkan minum air tin menggunakan straw..atau basuh dulu tin air okey?!)

Back to our topic, Leptospirosis ni ialah penyakit yang turut dikenali sebagai Penyakit Weil, Demam Icterohemorrhage, Penyakit Swineherd's, Demam pesawah (Rice-field fever), Demam Pemotong tebu (Cane-cutter fever), Demam Swamp, Demam Lumpur, Jaundis berdarah, Penyakit Stuttgart dan Demam Canicola..giler popular kan!

Leptospirosis ni terjadi disebabkan oleh pendedahan kepada bakteria Leptospira (gambar dibawah) yang terdapat di dalam air, makanan dan tanah yang tercemar dengan kencing si tikus tadi. biasanya terjadi di negara beriklim panas contohnya macam negara kita ni lah!



Tanda-tanda seseorang tu menghidap leptospirosis ialah (tak semestinya mengalami semua tanda yang disebutkan):
  • Demam, menggigil, sakit anggota tubuh dan sakit kepala
  • Sakit sendi, sakit tulang, sakit tekak dan sakit perut
  • Batuk tidak berkahak
  • Loya, muntah dan cirit-birit 
  • Radang selaput mata
  • Pembesaran limpa atau hati, bengkak salur kelenjar, perubahan bunyi pada paru-paru 
  • Ruam badan yang teruk


Penghidap wabak ni mungkin akan menerima kesan yang lebih teruk contohnya jangkitan kuman di otak (Meningitis), pendarahan teruk, kesukaran bernafas, kegagalan fungsi hati dan buah pinggang dan akhirnya yang paling akhir, kematian! Naudzubillah..

 Jadi, saya dengan ini menasihatkan kawan-kawan yang membaca entri ini supaya menjaga kebersihan rumah dan kawasan sekitar untuk mengelakkan ianya menjadi tapak permainan tikus ataupun tandas tidak rasmi si tikus..
  1. cuci tin minuman yang ingin di minum atau minum menggunakan straw..
  2. pastikan pinggan mangkuk dan perkakas memasak dirumah tidak dicemari air kencing tikus..
  3. masak air yang ingin diminum dengan betul..
  4. elakkan mengunjungi kawasan yang ada air bertakung/ air tenang/ kawasan rekreasi yang kotor..
  5. jika terdedah kepada kawasan yang berisiko, jumpa doktor untuk pengambilan ubat doxycycline yang boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit tersebut..

 anda sihat, keluarga bahagia! hehe

happy birthday dolly!

hari ni hari jadi kawan saya..nama dia Nur Dalila Bakir..tapi kawan-kawan panggil dolly..yeah! she's cute like baby doll!

                       gadis yang ditengah-tengah, berbaju T putih ialah cik dolly

saya kenal dolly masa sama-sama buat degree kt uitm shah alam..ktorg classmate sama-sama buat degree biology..sangat seronok bila coursework kene pegi zoo..pegi pantai..naik gajah! haha..miss our old sweet days!

dolly seorang yang aktif dengan kresma- kelab rekreasi uitm..panjat-panjat gunung..pergi camping-camping..heh dia memang rajin! sempena birthday dia, saya buat entri khas untuk cik dolly! semoga panjang umur, murah rezeki, sihat-sihat selalu dan cepat-cepat kawen! (jangan lupa bagi kad jemputan enh!) hehe..

                                                kek untuk cik dolly! hehe

happy birthday dolly!

makanan tradisi selangor

okey, disebabkan sekarang saya menetap untuk belajar dan bekerja di kota bharu, tak ramailah rakan-rakan yang berasal dari selangor or kuala lumpur..by truth, dalam kumpulan saya, im only the one yang dari selangor! mostly budak-budak terengganu, some from perak n pahang..adeh..dulu masalah bahasa..tapi alhamdulillah, sekarang da boleh faham la ape orang cakap..hehe

tapi sekarang, ada masalah baru muncul..my group members, keep asking me to cook selangor dishes! omg!! makanan selangor tu ape? puas saya google, n nothing can help! argh! saya rasa, orang selangor makan semua benda yang biasa-biasa kot..tak de la makanan exotic macam 'tahi itik' yang kat kelantan tu..or 'bunga pudak' yang kat kedah..'ulat mulong' sabah pun takde!!

so then, ape yang saya harus masak? plez la kawan-kawan..sape tahu makanan tradisi selangor tu ape? sila tolong saya! yang pasti, bukan yang ini kan?!

                   kalau nak saya masak cekodok pisang hari-hari pun takpe..hehe

ada sesiapa boleh tolong saya??

Thursday, October 14, 2010

majlis raya bulan zulkaedah

pelik tak tajuk tu? ahha..memang pelik pun! pelik tapi benar..bulan syawal ada 30 hari..boleh pulak nak buat majlis hari raya dalam bulan zulkaedah kan..7 hb pulak tu! adeh..ni semua pasal bz punye pasal..ade OSCE (ujian kecekapan prosedur), exam, komuniti (posting kat klinik), kerja shift malam..sampai tak sempat nk buat majlis..huh alasan la sangat!

tapi takpe la..not a big deal..yang penting, boleh kumpul ramai-ramai..pakai baju chantek-chantek..borak-borak..tengok persembahan..and the best part, tak payah pergi kerja, yeah hari ni cuti!! 

nah! ni beberapa gambar sekitar tapak kaki :)






hepi becoming hari raya haji!



Anugerah Blogger Harapan

syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya saya berjaya menggondol anugerah ini..sungguh tak disangka, hati berbunga cinta, bila baru 6 hari menjadi blogger, da ade orang menghargai usaha kita! haha..sori terskema pulak!



this award comes from my kipas-susah-mati follower, inchik ajim! xie xie ni!! ini budak huh, manyak baik wo..sangat lajin tolong olang..lu talak percaya, lu try-test-tengok mintak tolong sama dia, misti dia ada kasi tolong punya ma..dulu ha, ini budak kina gigit sama wa punya tikus putih sebab mau kasi tolong wa buat final project ma..sangat baguih la ini budak! haha..apa macam?! sudah percaya ka?!



as usual, kalo dpt award, kene la buat task yang disertakan..okey, lets begin!

1. Kenapa suka "Memori Sang Muda"?
sebab owner blog nih ialah 'Blogger UiTM'..yeah, uitm dihatiku beb!! hehe

2. Reaksi selepas mendapat award ini
blur kejap..pastu terfikir; eh tak sampai seminggu da dapat award? bagus betul sapa yang bagi tu kan! ^_~

3. Memasing award
well well well, kegembiraan harus dikongsi..ye tak? and now im choosing these lucky name untuk di-tag..jangan marah ye..saya nak kasi promote blog kamu je! hehe..

  • owner twistedrelevations - adik junior smksp yang menulis dengan sangat sempoi but nice! suke baca blog budak nih!
  • owner the journey II - sahabat yang sekarang dah menetap di Adelaide, Australia..(dayah, cerita la pasal Australia banyak-banyak enh!)
  • owner the colors of life - junior smksp yang hebat..setiap kali bukak blog die, macam ada aura yang buat saya lebih bersemangat untuk meneruskan hidup!
  • owner wahana citra - sahabat suka duka selama di uitm, shah alam..rindu giler kot kat makcik nih!!
  • owner turquoise fanatic - kawan baru yang da lama berblog..tp nk tag jugak! hehe (kamu, selamat berkenalan!)   

tahniah korang! ^_^

Korang pernah tak?!


Korang pernah tak…..

…... keluar jalan-jalan, tapi tak bawa payung…...
…... tak bawa payung, tiba-tiba hari hujan…...
…... hari hujan, sampai ‘stuck’ dekat luar…...
…... ‘stuck’ dekat luar, tiba-tiba perut lapar…...
…... perut lapar, tapi makanan semua tak bes…...
…... makanan semua tak bes, tapi terpaksa makan…...
…... terpaksa makan, tiba-tiba jadi sangat kenyang…...
…... jadi sangat kenyang, tiba-tiba rasa mengantuk…...
…... rasa mengantuk, tiba-tiba hujan stop…...
…... hujan stop, tapi jalan jammed nak balik…...
…... jalan jammed nak balik, tiba-tiba dapat sms…...
…... dapat sms, rupa-rupanya ada assignment…...
…... ada assignment, tapi tak boleh taip guna komputer…...
…... tak boleh taip guna komputer, tapi kene tulis tangan…...
…... kene tulis tangan, tiba-tiba dakwat pen habis…...
…... dakwat pen habis, tapi terpaksa tulis lagi…...
…... terpaksa tulis lagi, tiba-tiba idea kering…...


Korang pernah tak ?!

Saya pernah dan sedang!!! huh T_T

Tuesday, October 12, 2010

jom derma organ!

Semalam berlangsungnya seminar pendermaan organ anjuran HRPZ II, kota bharu, kelantan..seminar ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran tentang kepentingan menderma organ kepada mereka yang memerlukan..

Korang ingat lagi pada adik afiq yang menerima hati dari abang hafizam? hui yee dan fikri? atleast, walaupun jasad kita da kena tanam, organ kita masih boleh berbakti untuk orang yang memerlukan..banyak pahala tau..



Dari perspektif Islam, pemindahan organ diharuskan dengan syarat tidak ada alternatif lain yang boleh menyelamatkan nyawa pesakit. Di samping itu, kaedah rawatan ini juga diharuskan sekiranya tidak mendatangkan mudarat yang lebih besar kepada penerima organ atau penderma organ (sekiranya penderma masih hidup). Islam juga mensyaratkan pendermaan organ dilakukan secara ikhlas dengan niat untuk membantu orang lain semata-mata kerana Allah s.w.t. dan bukannya bagi tujuan untuk mendapatkan ganjaran, habuan, populariti atau glamor. Organ dan tisu juga tidak boleh diperniagakan kerana Islam melihat jual beli organ dan tisu sebagai suatu perkara yang haram. Pendermaan organ juga perlu mendapat izin dan persetujuan penderma, yakni pendermaan organ tidak boleh dilakukan kerana dipaksa. Nak fatwa pulak? okey usha sini..

Pendermaan organ terbahagi kepada 2 jenis iaitu dari penderma yang masih hidup (living transplant) dan dari penderma yang telah meninggal dunia (cadaveric transplant)

Penderma hidup hanya boleh menyumbangkan sebelah dari buah pinggang dan sebahagian dari hati sahaja..Penderma cadaveric pula berupaya untuk menderma banyak organ dan tisu seperti buah pinggang, jantung, paru-paru, kornea mata, tulang serta kulit..



Syarat-syarat nak menderma,
  • Umur lebih 18 tahun..kalau kurang, perlu kebenaran ibubapa
  • Sihat tubuh badan (living transplant)
  • Bebas dari penyakit berjangkit
  • Pesakit telah disahkan mati oleh doktor yang bertauliah (cadaveric transplant)
  • Organ yang ingin didermakan masih berfungsi dengan baik

By da way, bukan senang-senang je kita boleh jadi penderma..ada beberapa ujian yang perlu dilakukan untuk memastikan tahap kesihatan penderma tu bagus..so, takde la potensi penerima organ tu untuk mendapat penyakit yang dibawa oleh si penderma..

Simple kan?! So kalau sesiapa yang berminat untuk menjadi penderma berdaftar, boleh la isi borang..lepas tu korang akan dapat kad yang tulis 'malaysian donor card'..Color hijau..In case kalau ada apa-apa jadi kat kita, pihak hospital akan tahu la yang kita ni adalah seorang penderma yang berhati mulia..hehe..kad ni sila bawa setiap masa okey! Letak dalam wallet je senang..

heh, cakap pasal penderma berhati mulia, korang tahu pasal Chiew Fong Neo? Beliau adalah seorang wanita yang telah mendaftar sebagai penderma organ..one day, unfortunately, beliau mati akibat langgar lari..yang terharunya, paru-paru beliau telah didermakan kepada seorang wanita india berusia 43 tahun..hati pula kepada kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun..buah pinggang didermakan kepada seorang lelaki berusia 51 tahun dan seorang lagi penerima yang tidak mahu dikenali..injap jantung dan kornea mata beliau pula didermakan kepada individu yang tidak disebutkan namanya dalam berita tersebut..hehe..kagumkan?! 1 nyawa boleh menyelamatkan ramai orang!

                                                                    she's a hero!

P/s: Paling PENTING, korg kena bagitahu keluarga tentang pendaftaran korg sebagai pengikrar penderma organ supaya niat murni korg tu akan tercapai kelak..Ini untuk memudahkan keluarga korg untuk membenarkan pendermaan organ dan tisu korg bila tiba masanya nanti selepas kematian..

You can make the critical difference!

Saya nak isi borang..kamu macamana?!


Monday, October 11, 2010

today was a fairytale - taylor swift

tiba-tiba malam ni nak layan lagu ni pulakkan..lagu ni pernah jadi lagu chenta saya..pernah la dulu-dulu..bila survey kat youtube, jumpe pulak clip ni..nice! die guna muvee twilight sebagai latar belakang lagu..bile tengok twilight ni pulak, teringat kat memori yang satu lagi..heh, banyak sungguh la kisah silam saya ni..kan da kata,'macam da boleh buat novel' je! hehe..

jom layan!





ape lagu chenta korang? saya ada banyak..mana tahu TERsama pulak kan~ hehe

Sunday, October 10, 2010

jom belajar make-up: smokey eyes

saya suke giler make-over bahagian mata macam ni! cantik tak?

                               huh? TAK?! ahhahaha..tak kira, cantik jugak!!


eii..geram tengok..jom belajar!!

 

penggunaan celak yang melampau oleh saya (spt pic diatas) mmg sukar dielakkan! hehe

pernah kena demam denggi?

siapa pernah kena demam denggi? mesti fobiakan sebab kene masuk hospital, masuk air kat tangan..saya tak pernah kene and chooii choooiiii!! janganlah terkena pulak! eii takut :(



sekarang ni bilangan kes denggi sedang meningkat dengan jayanya di malaysia..di kota bharu, tempat saya bertugas, setiap hari bilangan kemasukan pesakit ke wad tak pernahnya berkurangan..sampai kadang-kadang katil dalam wad tu pun tak cukup..ouh so sad!

korang tau demam denggi tu ape? okey, meh kte story mory sket!

Demam denggi adalah disebabkan oleh virus denggi. Ia merebak melalui gigitan nyamuk aedes. Dianggarkan terdapat lebih 100 juta kes denggi di serata dunia setiap tahun. kat malaysia berapa? siapa tahu, saya upah coklat! hehe..


                                   cantik kakiku..belang-belang..kelas gitu :)


demam ni bukan macam demam biasa..boleh mati wa cakap sama lu! (haha..takut tak?!) so, kalo sesapa rasa die demam sekarang ni, better la pegi buat cheak-up..jangan malas-malas tau..kang buatnye betul awak tu kene demam denggi, da peringkat teruk baru nak sedar diri, haa..saya tak tahu~

benda yang paling simple korang boleh perasan ialah badan korang panas..demam la tu kan! hehe..tapi ingat, ini demam bukan sebarang demam..demam panas ye kawan-kawan..lepas tu diikuti dengan tanda-tanda lain seperti:


  • Sakit kepala
  • Sakit tulang belakang
  • Sakit sendi-sendi
  • Loya dan muntah-muntah
  • Sakit biji mata
  • Ruam 

                                              booo-chaaakk!! haha..takut tak?!


 ada lagi satu jenis demam denggi yang orang panggil denggi berdarah..kalau yang itu, ada extra tanda-tanda yang korang kene pantau iaitu:


  • Mudah lebam
  • Pendarahan di bawah kulit, pada hidung atau gusi
  • Ia boleh diikuti dengan pendarahan seluruh badan yang juga membawa maut 

so, silalah alert dengan tanda-tanda diatas..mencegah lagi baik daripada mengubati, ye tak?! macamana? hapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk aedes..semua orang pun tahu la..sebok je kau nih fyez! hahaha..sukati la..saya taknak korang kene masuk wad, tetibe katil tak cukup, kene bentang tikar kat lantai pulak! hehe..

yang penting, jangan takut pergi buat cheak-up..minum banyak air putih/air masak kalo korang demam..ada orang suka minum 100plus..up to you! tapi jangan minum manis-manis sampai dapat penyakit baru (kencing manis) sudahlah ye!
sape pernah kene demam denggi angkat tangan! cik misi nak mengira ^_~

HIV rapid test

Korang tahu ape tu rapid test? Untuk sape-sape yang da kawen or baru nak kawen, mesti tahu kan? ini ialah ujian saringan HIV untuk bakal pengantin..eh, tapi bukan bakal pengantin je yang boleh buat saringan ni..kalo sesiapa yang admit hospital, n history taken meragukan, pihak hospital akan melakukan ujian saringan ni jugak..senang macam makan coklat je..hehe..

amik darah sikit (setitik je beb!), titiskan dalam alat khas, letak 2 titis cecair pelarut pada darah tadi, then tunggu dan lihat..



lebih kurang 15minit je, result akan keluar macam ni:


satu line maksudnya result negatif (bebas dari HIV), dua line tu positif la! (naudzubillah)

Actually, tadi saya buat saringan ni untuk sorang pakcik tu..excited pulak sebab 1st time buat..haha..resultnye pun memberansangkan..tahniah pakcik, pakcik sihat! Yeay!

Untuk pengetahuan, ujian ni bertahan selama 6 bulan..maksudnya, status kesihatan anda mungkin berubah selepas 6bulan menjalani ujian saringan ini jika anda mengamalkan cara hidup songsang atau terdedah kepada pelbagai faktor yang boleh meningkatkan risiko berlakunya HIV (seks rambang, dadah).

Bagi bakal-bakal pengantin yang nak buat ujian ni, ada beberapa step yang anda kene ikut seperti :

     BORANG UJIAN SARINGAN HIV
  1. Boleh dapatkan borang ujian saringan HIV ini di Jabatan Agama Islam berhampiran anda..Borang in ada “genuine seal” untuk mengelakkan Pejabat Agama ditipu..
  2. Bayaran sebanyak RM10 dikenakan bagi setiap permohonan Ujian Saringan HIV..Perlu diketahui bahawa bayaran yang dikenakan kadang-kala adalah berbeza mengikut negeri..
  3. Setelah melengkapkan Borang Ujian Saringan HIV, bawalah borang tersebut ke klinik. Perlu diingatkan bahawa hanya Klinik Kesihatan Kerajaan sahaja yang boleh membuat dan mengesahkan Ujian HIV anda ini. Klinik private? Tak laku! 

UJIAN SARINGAN HIV DI KLINIK KESIHATAN KERAJAAN
  1. Bakal pengantin hendaklah hadir ke klinik kesihatan yang disenaraikan dengan membawa Borang Ujian Saringan beserta resit..
  2. Jika keputusan anda NEGATIF, bakal pengantin boleh relax, cool dan teruskan saja proses permohonan berkahwin anda tu..hehe..
  3. Sekiranya keputusan adalah POSITIF, pemohon perlu menjalani ujian seterusnya bagi pengesahan HIV..Keputusan ujian dikeluarkan dalam masa 2 minggu..Ujian ni lebih tepat kalo nak dibandingkan dengan ujian repid test..
  4. Keputusan ujian HIV akan dimasukkan ke dalam borang bertanda SULIT untuk diserahkan kepada bakal pengantin..
  5. Jika anda disahkan pembawa HIV, jangan risau, anda masih boleh lagi berkahwin..Tiada undang-undang yang melarangnya..hehe..Cuma anda dan pasangan akan diberikan khidmat nasihat tentang risiko meneruskan perkahwinan..
so gud luck n selamat pengantin baru! sape nak kawen, jangan lupe bagitahu ^_~

kami jururawat adalah manusia biasa !!

Copy daripada teman jururawat yg ada kat JURURAWAT MALAYSIA

"ish...tak ingin aku jadik 'nurse'.Pegang tahi org sakit!"

hurmmmm...kadang2 aku terasa bagai termakan kata-kata sendiri.
ha!ha!ha!
padan muka.

kini,sekarang aku bergelar seorang jururawat.
mungkin Tuhan mahu aku mengerti dan belajar perasaan menjadi seorang yang bergelar JURURAWAT..

mulanya,profession ini ku pilih sebab 'last choice'
dan pastinya bukan di sebabkan minat..
tapi,bila mendalami bidang ini..aku mula jatuh cinta..

dengan profession ini,aku belajar banyak perkara..
kerana aku berhadapan dengan banyak ragam manusia..
bukan setakat ragam pesakit,tapi juga para doktor..

cuma kadang-kadang terkilan dengan sikap sesetengah orang,
menganggap jururawat sebagai "amah"
dalam hati ingin mengatakan
"sial kau!kau ingat kau tu siapa??"
tapi,sabar mengatasi niat dihati..
tak sampai hati mengatakan hal sedemikan..
mungkin dia tidak berniat,sebab dia dalam keadaan sakit..

kadang-kadang berdepan dengan manusia yang..
"saya bayar maaa...saya punya suka laaa"
dalam hati ingin mengatakan
"kau bawa mati lah tu duit kau semua!"
tapi,dalam masa yang sama kesian juga..
mungkin dia tak tahu polisi-polisi,syarat2 yang dia tak boleh beli..hurmmmm

tapi,
pernah juga air mata ku menitis...
menyaksikan isteri meninggalkan si suami,
anak bongsu meninggalkan keluarga pada hari jadi nya,
terharu melihat kegembiraan seorang lelaki akan bergelar ayah...

kadang sedih melihat seorang nenek tua tiada berteman...
kadang menyampah bila melihat lagak anak2 tak ingin menyentuh pakaian ibunya sendiri yang dibasahi air kencing "what the hell?".

ketika memberi bantuan kecemasan,
aku sering berdoa
"ya Tuhan,kembalikan lah nafas nya"
membantu sedaya mungkin...
biar pun badan sendiri sakit gara2 "chest compression" & "bagging"
tapi adalah satu kepuasaan kalau melihat 'dia' selamat...
dan turut bersedih jika Tuhan lebih sayangkan nya...



para doktor?
ada banyak spesis.
dan yang peliknya,jururawat terpaksa menghafal stiap habit,ragam,apa yg di sukai dan di benci oleh sang doktor..
para doktor ni baca buku yang sama,
tapi dengan cara masing-masing...
haishhhhh...

ada yg beri arahan hanya sekali,
di tanya kali kedua-melenting!
hish...pasang recorder baru tawww....

"tulisan Doktor"????
aduiiiii...mmg payah.
hanya beberapa sahaja yg memiliki tulisan yang boleh di tafsir..
bak membaca tulisan zaman purbakala..
kalau ada penafsir tulisan,kan baguss..

ada yang asyik nak cepat..
ntah apa yang di kejar..
kadang2 ada yang tak reti bahasa..
tapi,siapalah jururawat di mata doktor??
pembatu jerrr...

kadang2
ingin juga bagi tumbukan sulung di muka doktor nih...
nasib baik lah peraturan wujud..
ingat dia sorang saja yang patut difahami?

tapi,bukan semua doktor mcm tuu yaaa...

apa2 pun,hanya jururawat faham perasaan seorang jururawat.

fyez: erk..dis is not my last choice okey! saya memang nak jadi nurse..nak sangaaaaaat!! thanks god, HE choose me :) 


Related Posts with Thumbnails